Friday, September 7, 2012

MASQUERADE BALL





“Masquerade ball” adalah satu acara (event) yang dijadikan tarian atau permainan di sesuatu majlis, berasal dari Eropah dalam kurun yang ke 16 dan telah menjalar pesat ke Asia Tenggara, termasuk Filipina, Indonesia dan Malaysia.

Bagi orang-orang kafir dan orang-orang yang serupa dengan mereka, melakukan maksiat adalah perkara biasa tetapi bagi orang-orang yang beriman perbuatan tersebut adalah perkara yang luar biasa.

Namun begitu, terdapat sesetengah orang-orang Islam terikut-ikut dengan pakaian dan topeng muka yang berbagai corak dan bentuk yang beraneka warna.  Mereka meniru cara  memakai pakaian dan topeng dan digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti majlis menyambut hari jadi, majlis kenduri walimatul urus dan  lain-lain lagi.

“Masquerade ball” diadakan dalam berbagai-bagai cara.   Di antaranya ialah para jemputan dalam sesuatu majlis dikehendaki memakai topeng supaya tidak dikenali dan mereka diminta mencari dan mengenali jemputan-jemputan lain yang memakai topeng.  Hal itu menjadikan majlis itu riuh rendah dengan gelak ketawa seperti hilaian suara himar dan syaitan.

Pernah juga diadakan dalam majlis yang ramai, satu pesta di mana perempuan-perempuan akan memakai topeng dan pakaian tertentu keluar berlari-lari di tengah-tengah orang ramai dengan gaya yang bermotif “assignations motivated”  yang menghala tuju kepada kemaksiatan.

Oleh itu, permainan atau tarian “masquerade” ini, bila diperhatikan, ianya menunjukkan bahawa ianya satu tarian atau permainan yang mengghairahkan dan bermotifkan kepada melakukan maksiat.  


Hari Jumaat
20 Syawal 1433 Hijriyah
7 September 2012 

No comments: