Friday, November 29, 2013

SEKALI AIR BAH SEKALI PASIR BERUBAH


JOHOR KEMBALI KEPADA JUMA’AT

Negeri Johor Darul Takzim mengisytiharkan hari Juma’at dan hari Sabtu menggantikan hari Sabtu dan hari Ahad sebagai hari cuti hujung minggu agar rakyat Islam dapat mengerjakan solat Juma’at dengan selesa dan beribadat kepada ALLAH TA’ALA dalam keadaan tenang, bermula dari 1 Januari 2014.

Negeri Johor, telah menjadikan hari Juma’at sebagai hari cuti mingguan sejak sebelum Tanah Melayu mendapat kemerdekaan sehingga tahun 1994 apabila pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad mengubahnya kepada hari Ahad.


WAKTU MASUK SEKOLAH DAN PEJABAT

Di samping hari Juma’at dijadikan hari cuti mingguan, orang-orang Islam di Malaysia khususnya harus juga memikirkan waktu jam yang diubah pada 1 Januari 1982, dalam masa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia, telah dipercepatkan 30 minit lebih awal daripada waktu jam yang pernah diguna semenjak sebelum dan selepas Merdeka itu, dapat diubah kembali kepada waktu jam yang asal.

Perkara tersebut adalah perlu bagi umat Islam kerana waktu jam itu telah diawalkan 30 minit, sedangkan waktu sekolah dan pentadbiran Kerajaan tidak pula diubah supaya sesuai dengan perubahan itu.

Dengan perubahan waktu jam yang ada sekarang ini dan masa masuk sekolah dan waktu pejabat Kerajaan, maka mahu tidak mahu terdapat murid-murid, guru-guru dan pekerja-pekerja awam yang tinggal jauh dari sekolah dan pejabat terpaksa bergegas  mengejar masa sehingga ada yang berkemungkinan tidak sempat menunaikan kewajiban Solat Subuh terutamanya penduduk di Semenanjung Tanah Melayu.


WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT
(Waktu Peringkat [WP])

Mulai pada 1 Mei 1998, sistem Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) dilaksanakan.  Didapati sistem WBB, walaupun memberi kelegaan masa pada pekerja-pekerja awam, terdapat juga kesuntukan waktu pada masa yang sama, sepertimana dapat dilihat daripada waktu-waktu pejabat dalam jadual-jadual berikut :

                  Hari                  Waktu Bekerja      Waktu Rehat         Waktu Bekerja

WP1     Isnin - Khamis   7.30 pg – 1.00 ptg      1.00 ptg - 2.00 ptg    2.00 ptg - 4.30 ptg
              Jumaat                7.30 pg – 12.15 tgh  12.15 tgh - 2.45 ptg    2.45 ptg - 4.30 ptg

WP2     Isnin – Khamis  8.00 pg – 1.00 ptg      1.00 ptg - 2.00 ptg     2.00 ptg - 5.00 ptg
              Jumaat               8.00 pg – 12.15 tgh   12.15 tgh - 2.45 ptg     2.45 ptg - 5.00 ptg

WP3     Isnin – Khamis  8.30 pg –  1.00 ptg     1.00 ptg - 2.00 ptg     2.00 ptg - 5.30 ptg
              Jumaat               8.30 pg – 12.15 tgh   12.15 tgh - 2.45 ptg     2.45 ptg - 5.30 ptg
  

WAKTU SEKOLAH

Sekarang waktu sekolah bagi sesi pagi ialah:

Isnin – Rabu           7.40 pagi   -    1.00  petang
Khamis                   7.40 pagi   -    1.30  petang
Juma’at                   7.40 pagi   -  12.30 petang
  
Apabila diperhatikan jadual waktu bekerja dan jadual waktu sekolah rendah sesi pagi, terdapat tidak ada keseragaman waktu-waktu tersebut.

Oleh kerana waktu-waktu tersebut tidak seragam, maka kecekapan perkhidmatan dalam semua bidang profesion yang berkaitan dengannya menjadi kurang cemerlang dan membuat kepayahan kepada mereka yang berkaitan dalam perkhidmatan.

Berdasarkan jadual masuk bekerja dan jadual masuk sekolah yang telah ditetapkan seperti di atas, maka persoalannya dapatkah rakyat beragama Islam di Semenanjung Malaysia ini, menunaikan Solat Subuh dalam keadaan yang khusyu’ dan selesa tanpa memikirkan atau merasa gusar mengejarkan waktu untuk ke pejabat atau ke sekolah.

Sama-samalah kita renungkan.

  
Hari Juma’at
25 Muharram 1435 Hijriyah
29 November 2013 



Friday, November 22, 2013

TELANJANG BOGEL


Wahai manusia!
Tika engkau lahir ke dunia
Engkau bertelanjang sebentuk rupa
Tiada pakaian tiada harta
Tiada nama tiada gelaran tiada kuasa

Wahai manusia!
Bila engkau mati
Engkau ditelanjang dimandi
Terbuka rahsia badan dari kepala hingga ke kaki 
Segala kotoran daki dicuci

Wahai manusia!
Selesai engkau dikapani
Engkau disolat ditanam di dalam bumi
Dalam tanah engkau bersemadi
Segala nikmat dunia dan harta tiada lagi

Wahai manusia!
Apabila engkau dibangkitkan semula
Padang mahsyar tempat berhimpun sekalian manusia
Engkau bertelanjang tanpa kain tanpa celana
Seperti ketika engkau lahir di dunia.


ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Anbiyaa’, Ayat 104, maksudnya:

“(Ingatlah) hari Kami (Allah) menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana Kami (Allah) mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami (Allah) ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami (Allah); sesungguhnya Kami (Allah) tetap melaksanakannya.”  Ayat 104

(Yakni, pada hari Allah mengembalikan makhluk-makhluk menjadi makhluk yang baru, sebagaimana Allah menciptakan mereka saat pertama kali. Dia (Allah) Maha Kuasa untuk mengembalikan penciptaan mereka.  Ini adalah sesuatu yang pasti dan harus terjadi, kerana janji Allah tidak dimungkiri atau diganti dengan yang lain).


Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menyampaikan suatu nasihat kepada kami, sabda Baginda:

“Sesungguhnya kamu (akan) dihimpun kepada Allah (dalam keadaan tanpa alasan kaki, telanjang, dan belum dikhatan. “Sebagaimana Kami (Allah) telah memulai penciptaan pertama, begitulah Kami (Allah) akan mengulanginya lagi.  Sungguh, Kami (Allah) akan melaksanakannya.”  Muslim dan Bukhari



Hari Juma’at
18 Muharram 1435 Hijriyah

22 November 2013

Friday, November 8, 2013

YAHUDI DAN KRISTIAN MENJADIKAN PENDITA TUHAN


               بسم الله الرحمن الرحيم  


ALLAH TA'ALA berfirman dalam Surah At-Taubah, Ayat 31 dan Ayat 32, maksudnya:

31. Mereka (Yahudi dan Kristian) menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari ALLAH (yakni mereka menerima sahaja hukum-hukum yang hanya berdasarkan pendapat-pendapat pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat atau ahli-ahli agama mereka yang tidak berasalkan dari agama yang diperintahkan oleh ALLAH), dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia (ALLAH). Maha suci ALLAH dari apa yang mereka sekutukan.

32. Mereka (kafir-kafir, Yahudi dan Kristian) hendak memadamkan cahaya ALLAH (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang ALLAH tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).


ALLAH SAYS in Surah At-Taubah, Verses 31 and 32:

In the Name of ALLAH, the Most Gracious, the Most Merciful

“They (Jews and Christians) took their rabbis and their monks to be their lords besides ALLAH (by obeying them in things which they made lawful or unlawful according to their own desires without being ordered by ALLAH), and (they also took as their Lord) Messiah, son of Maryam (Mary), while they (Jews and Christians) were commanded [in the Taurat (Torah) and the Injil (Gospel)] to worship none but One ILAH (God – ALLAH) La Ilaha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He [ALLAH]).  Praise and glory be to Him (ALLAH) (far above is He [ALLAH]) from having the partners they associate (with Him [ALLAH])” (V9: 31)

“They (the disbelievers, the Jews and the Christians) want to extinguish ALLAH’s Light (with which Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam has been sent - Islamic Monotheism) with their mouths, but ALLAH will not allow except that His (ALLAH) Light should be perfected even though  the Kafiruun (disbelievers) hate (it).” (V9: 32).


Hari Juma’at
4 Muharram 1435 Hijriyah
8 November 2013


Friday, November 1, 2013

BAPHOMET SIMBOL LAMBANG LOGO


Dengan adanya lambang dan logo, maka orang ramai dapat mengenali sesuatu organisasi, persatuan, parti politik, persatuan sukan, kumpulan kongsi gelap, kumpulan pekerja, persatuan artis, kelab dan sebagainya.

Antara contoh-contoh lambang yang diketahui adalah lambang Salib “Cross” yang digunakan oleh orang-orang Kristian, lambang  “Star David” yang digunakan oleh orang-orang Yahudi, lambang “Mata Satu” yang digunakan oleh Illuminati dan lain-lain lambang lagi.

Namun begitu, kebanyakan orang tidak mengambil tahu mengenai lambang-lambang yang digunakan kecuali lambang-lambang parti-parti politik yang selalu ditonjol-tonjolkan sewaktu kempen pilihanraya.


SIMBOL-SIMBOL SYAITAN  

BAPHOMET  ialah satu pergerakan pemuja Syaitan, telah lama menggunakan simbol-simbol Syaitan “signs of Satan” iaitu dua jari tangan yakni samada jari telunjuk dan jari hantu atau jari kelingking dan jari telunjuk diangkat ke atas atau ke bawah.

Begitu juga dengan pergerakan sulit Yahudi FREEMASON dan ILLUMINATI  menggunakan simbol-simbol BAPHOMET bersama dengan simbol-simbol lain yang dirahsiakan dari pengetahuan umum. 

Di samping simbol-simbol Syaitan “signs of Satan”, lambang-lambang dan logo-logo juga  digunakan sebagai pengenalan dan isyarat menandakan seseorang itu adalah ahli atau pengikut tegar atau pengikut sambilan atau sekutu pergerakan tersebut.


MENDIDIK ANAK-ANAK

Justeru itu, penceramah-penceramah agama, pendidik-pendidik Islam, ibu bapa-ibu bapa muslimin haruslah mengkaji dan membuat penyelidikan mengenai simbol-simbol Syaitan “signs of Satan” supaya anak-anak dan zuriat keturunan tidak terpengaruh dengan lambang-lambang, logo-logo dan simbol-simbol Syaitan “signs of Satan” dengan menyampaikan maklumat-maklumat tersebut kepada mereka agar lambang-lambang, logo-logo dan simbol-simbol Syaitan “signs of Satan”, tidak digunakan dan menjadi mangsa tersalah identiti “mistaken identity”.

Perkara ini disebutkan kerana kelihatan ramai murid-murid sekolah, pelajar-pelajar, muda mudi, orang dewasa, pendidik, penceramah, artis, ahli sukan dan lain-lain yang terdiri daripada orang-orang Islam khususnya di Malaysia, gemar menunjukkan dua jari berbentuk “V”.  Ia adalah salah satu daripada lambang BAPHOMET.

Orang-orang Islam dilarang keras memakai sebarang lambang berbentuk Salib “Cross” dan lain-lain lambang yang digunakan oleh orang-orang Kristian dan Yahudi serta mengikut gaya hidup mereka dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan-perayaan dan lain-lain perkara dan perbuatan yang tidak disyari’atkan ALLAH TA’ALA.


WALLAHU A’LAMU BISSAWAB


Hari Juma’at
27 DzilHijjah 1434 Hijriyah
1 November 2013