Friday, April 17, 2015

ADA EKOR MAKA ADA KEPALANYA


LAPORAN MEDIA MENGENAI IS

Kebelakangan ini terdapat berita-berita yang disiarkan oleh media massa mengenai penahanan individu-individu yang disyakki terlibat dengan pergerakan militan IS (Islamic State) di Malaysia.

Pada 7hb. April 2015, dilaporkan bahawa seramai 17 pengganas yang disyakki ada kaitan dengan IS (Islamic State) ditahan oleh Polis DiRaja Malaysia.  Dan pada 17hb. April 2015,  pihak Kementerian Pertahanan Malaysia melaporkan bahawa seramai 70 orang askar disyakki terlibat dengan IS.


IS DIBENTUK DI TIMUR TENGAH

Militan IS dikatakan dibentuk oleh Wahabi A’rab Saudi, Yahudi, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya untuk memecah belahkan umat Islam di Timur Tengah dan Asia Barat kerana hendak menjaga kepentingan negara-negara Wahabi A’rab Saudi, Yahudi, Amerika Syarikat serta sekutu-sekutunya.

Dari segi geografi Timur Tengah terletak jauh dari Malaysia, dan bahasa pertuturan juga berlainan; orang-orang di Timur Tengah mengguna bahasa Arab dan orang-orang di Malaysia menggunakan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu).

Walaupun jarak negara-negara di Timur Tengah itu jauh dan bahasa pertuturan berlainan dengan Malaysia, pergerakan militan IS telah dapat menyusup dan menjalar masuk ke Malaysia melalui agen-agen rakyat tempatan.

Individu-individu yang disyakki mengikut pergerakan militan IS itu mungkin telah lama dididik dan dirangsang oleh agen-agen Wahabi yang berada di Malaysia.

Agen-agen Wahabi biasanya bertopengkan agama Islam menggunakan kelulusan-kelulusan dari institusi-institusi pengajian tinggi dari Timur Tengah sebagai tarikan untuk meyakinkan sesetengah orang Islam menyertai pergerakan militan IS.

Ada kemungkinan bahawa di antara agen-agen itu berselindung di sebalik pekerjaan mereka dalam negara.


MALAYSIA TANPA IS

Justeru itu, apabila individu-individu yang disyakki terlibat dengan pergerakan militan IS telah ditahan, maka sewajarnyalah bagi pihak-pihak berkuasa Malaysia mengesan individu-individu yang menjadi kepala-kepala atau ketua-ketua yang bergerak secara “under-cover” yang menaja, membiayai, membekal persenjataan, melatih dan merangsang orang-orang baru dalam pergerakan militan IS tersebut.

Adalah menjadi harapan bahawa apabila kepala-kepala atau ketua-ketua dan orang-orang yang menjadi agen pergerakan militan IS itu ditangkap atau diusir, maka tiada lagi anasir-anasir jahat yang membentuk pergerakan militan IS di Malaysia.



Hari Juma’at
27 JamadilAkhir 1436 Hijriyah
17 April 2015


Friday, April 10, 2015

ALLAH TA'ALA MENCIPTA ALAM SEMESTA DALAM ENAM MASA


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

Dengan nama ALLAH yang Pemurah lagi Penyayang, segala puji-pujian bagi ALLAH Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian.


Firman ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 32, maksudnya:

“(Malaikat itu menjawab): “Maha Suci Engkau (Ya ALLAH)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau (ALLAH) ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau (ALLAH) jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.   Al-Baqarah (V2: 32).


ALAM SEMESTA DICIPTAKAN DALAM ENAM MASA

ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-A’raaf, Ayat 54, maksudnya:

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah ALLAH yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Ia (ALLAH) bersemayam di atas ‘Arasy (yakni menurut cara yang layak bagiNya, kerana ALLAH ‘AZZA WA JALLA Maha Suci dari segala-gala cara yang difikir dan difahamkan);  Ia (ALLAH) melindungi malam dengan  siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti terus menerus), dan (Ia [ALLAH] pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya (ALLAH).  Ingatlah, kepada ALLAH jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan.  Maha Suci ALLAH yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.”  Al-A’raaf (V7: 54)


ALLAH TA’ALA memberitahukan bahawa Dia (ALLAH) menciptakan alam:  langit dan bumi berikut segala isinya dalam enam hari, sebagaimana Dia (ALLAH) menyampaikan hal itu di sejumlah ayat-ayat Al-Quran Al-Kariim.  Enam hari tersebut ialah Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Juma’at.  Dalam enam masa itulah diciptakan seluruhnya, termasuk penciptaan Adam ‘Alaihissalam.

Adapun pada hari Sabtu tidak ada penciptaan, kerana ia hari ketujuh. Dan kerana itulah, maka hari itu di sebut Sabtu (Sabt) yang bererti al-Qath’ (terputus).


FAHAMAN SESAT YAHUDI

Demikianlah di zaman Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri, orang-orang Yahudi menyampaikan faham dalam kalangan Arab Jahiliyah bahawasanya hari Sabtu hendaklah dijadikan hari SABAT “beristirahat” sebab di hari itu tuhan istirahat. 

Sehingga ke hari ini, hari Sabtu dijadikan hari Sabat “hari istirahat” bagi Yahudi.

Al-Quran Al-Kariim menolak fahaman yang sesat itu yakni ALLAH TA’ALA serupa dengan makhluk yang berkeadaan penat dan lelah dan perlu beristirahat. 

Firman ALLAH TA’ALA dalam Surah Ar-Rahmaan, Ayat 29 dan Ayat 30, maksudnya:

“Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya (ALLAH).  Tiap-tiap masa Ia (ALLAH) di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya).”   Ar-Rahmaan (V55: 29)


“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu (ALLAH), yang kamu (jinn dan manusia) hendak dustakan?”   Ar-Rahmaan (V55: 30)


HARI YANG DISEBUTKAN DI DALAM FIRMAN ALLAH TA’ALA JUGA BERMAKNA ZAMAN DAN MASA

Di dalam Al-Quran Al-Kariim, ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Hajj, Ayat 47, maksudnya:

“Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal ALLAH tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya;  dan (katakanlah kepada mereka):  sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu (ALLAH) adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.”   Al-Hajj (V22: 47)


ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah As-Sajdah, Ayat 5, maksudnya:

“ALLAH mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia [ALLAH] menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi;  kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (ALLAH) (segala yang berlaku dari pelaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa  yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya seribu tahun menurut hitungan masa kamu yang biasa (yakni satu hari satu malam bersamaan 24 jam).”   As-Sajdah (V32: 5)


Dalam Surah Al-Ma’aarij, Ayat 4, ALLAH TA’ALA berfirman, maksudnya:

“Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (ALLAH) (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, khasnya) pada satu masa yang adalah tempohnya lima puluh ribu tahun (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang.”   Al-Ma’aarij (V70: 4)


KIRAAN HARI MENGIKUT EDARAN BUMI

Diperhatikan bahawa hari-hari yang disebut dalam Ayat-ayat Al-Quran Al-Kariim itu adalah hari-hari yang dikira dari edaran bumi dan matahari iaitu 24 jam sehari semalam. 

Maka hitungan hari yang disebut dalam firman-firman ALLAH TA’ALA itu adalah hitungan hari mengikut edaran bumi kita ini.


WALLAHU A’LAMU BISSAWAB



Hari Juma’at
20 JamadilAkhir 1436 Hijriyah
10 April 2015