Friday, March 13, 2015

WAHABI TIDAK SESUAI DIAMALKAN DI MALAYSIA


PENDUDUK MAJMUK

Malaysia adalah sebuah negara orang-orang Islam yang mana penduduknya terdiri daripada berbagai-bagai bangsa, kaum, keturunan etnik dan agama.

Penduduk Malaysia menjalani cara hidup mengikut adat resam bangsa dan kaumnya sendiri.  Mereka juga mempraktikkan  apa-apa agama dan fahaman yang mereka anuti. 

Justeru, puak-puak Wahabi bawaan fahaman Mohamad bin Abdul Wahab (lahir 1115H - mati 1206H/1703M-1792M), yang menggunakan berbagai-bagai nama di antaranya seperti Salafi, Sunni, Tajdid dan lain-lain, boleh menjalankan kegiatan kehidupan mereka dalam aliran Wahabisme tersebut secara berasingan.


TAKLUK MAKKAH DAN MADINAH

Fahaman Wahabi adalah ekstrem dan keras, yang mengkafir, mensyirik, membid’ah sekalian orang-orang Islam lain yang tidak sealiran dengan mereka.

Kerajaan A’rab Saudi mengisytiharkan fahaman Wahabi menjadi agama rasmi kerajaan tersebut setelah menaklukki dua Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah hak milik orang-orang Islam sedunia, pada tahun 1932M dan menjadikan tanah suci-tanah suci tersebut hak milik mutlak kerajaan Wahabi A’rab Saudi hingga sekarang ini.

Kini, kerajaan Wahabi A’rab Saudi terus mengembangkan sayap fahaman Wahabi ke negara-negara orang-orang Islam termasuk Malaysia dan Nusantara melalui agen-agen pendakyahnya yang terdiri daripada rakyat-rakyat tempatan negara-negara berkenaan.


RETAK MENANTI BELAH

Mengambil perhatian daripada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia seperti yang disiarkan dalam Sinar Harian bertarikh 1 Mac 2015 dan keputusan-keputusan berkaitan pergerakan Wahabi sebelum itu, maka ia jelas menunjukkan bahawa Umat Islam di Malaysia kini menghadapi krisis nilai ‘aqidah di antara Ahlussunnah Wal Jama’ah dan Wahabi.

Krisis demi krisis sedang berlaku terhadap nilai ‘aqidah Umat Islam di Malaysia ini ibarat “retak menanti belah”.

Jika perkara tersebut daripada awal tidak ditangani dan dibendung segera, maka Umat Islam di Malaysia akan berkemungkinan ditimpa bala dan kecelakaan perpecahan.  Na’uzubillahi min zalik.


API KECIL BAIK PADAM
NIP IN THE BUD

Untuk mengelakkan permusuhan, pembunuhan, kacau-bilau dan kucar-kacir di antara umat Islam dalam negara, maka adalah dilihat bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah mengambil tindakan proaktif bagi mengekang kegiatan ekstremis yang akan membawa kepada pergerakan militan bunuh-membunuh di antara umat Islam kerana perbezaan aliran fahaman agama sebagaimana hal tersebut sedang berlaku di negara-negara Arab di Timur Tengah dan sesetengah negara Afrika sekarang ini.

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia adalah sebagai badan yang memberi nasihat mengenai hukum-hukum dan hal ehwal Agama Islam dan penguatkuasaannya adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri masing-masing.

Maka dengan itu, rakyat harus mengambil perhatian atas setiap keputusan berkaitan dengan kegiatan Wahabi yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.


ASINGKAN WAHABI

Oleh demikian, supaya Umat Islam di Malaysia ini dapat hidup dengan aman, saling faham-memahami kepercayaan dan agama di antara satu sama lain, maka adalah lebih baik puak-puak Wahabi itu mengadakan tempat-tempat sembahyang, kubur-kubur, tempat-tempat pengurusan jenazah secara berasingan, jauh daripada masjid-masjid, kubur-kubur dan tempat-tempat pengurusan jenazah orang-orang yang beriman di Malaysia ini.

Adalah perlu diingati bahawa mana-mana doktrin, fahaman dan aliran agama yang ekstrem, keras dan melampau, amat tidak sesuai berada di Malaysia ini.


Salinan akhbar Sinar Harian bertarikh 1 Mac 2015









































Hari Juma'at
22 JamadilAwwal 1436 Hijriyah
13 Mac 2015