Friday, February 13, 2015

KEAJAIBAN AIR


THE MIRACLE OF WATER

ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Anbiyaa’, Ayat 30, maksudnya:

“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu KAMI (ALLAH) pisahkan antara keduanya, dan KAMI (ALLAH) jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup, maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”  (V21: 30)

ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah An-Nur, Ayat 45, maksudnya:

Dan ALLAH menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. ALLAH menciptakan apa sahaja yang IA (ALLAH) kehendakki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya ALLAH Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”  (V24: 45)

ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Furqaan, Ayat 54, maksudnya:

Dan DIA (ALLAH)lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu (ALLAH) berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakkiNYA).” (V25: 54)


KEGUNAAN AIR
THE USE OF THE WATER

Air yang digunakan manusia selain daripada kegunaan dan keperluan seharian, air juga digunakan sebagai bahan rawatan atau ubat, di antaranya sebagaimana tersebut dalan Hadis-hadis berikut:

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan dari Rafi’ Bin Khadij radhiallah ‘anh, mafhumnya:

“Demam itu merupakan bahang daripada api neraka, maka sejukkan ia dengan air.”

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anh, mafhumnya:

“Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendakki.”


AIR SEJUK “BARID”
COLD WATER

Mengenai istilah bahasa Al-Quran Al-Kariim, perkataan “barid” maknanya ialah air sejuk tabi’i (natural cold water) dan perkataan “Salj” bererti salji (snow) atau air batu atau ais (ice).

ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Saad, Ayat 42, maksudnya:

“{Maka KAMI (ALLAH) kabulkan permohonannya (Nabi Aiyub ‘alaihissalam) serta KAMI (ALLAH) perintahkan kepadanya}: “Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu”, {setelah ia melakukannya, maka terpancarlah air, lalu KAMI (ALLAH) berfirman kepadanya}: “Ini ialah air sejuk “barid” untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)”.  (V38: 42)


AIR PENAWAR “RUQYAH”
INCANTATION WATER

Lazimnya orang-orang Melayu menyebut perkataan “air sejuk” yakni air sejuk yang dimaksudkan itu ialah air telaga, air perigi, air sumur, air hujan dan lain-lain yang belum dipanaskan.

Seperti yang ditulis dan diamalkan oleh orang-orang Islam, biasanya “air sejuk” itu digunakan sebagai air menawar yang diRUQYAH bagi berbagai-bagai penyakit yang berkaitan.

Namun begitu ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BIJAKSANA tidak menghadkan cara-cara pengubatan. 

Oleh itu, maka berubatlah dengan air sejuk atau air batu, atau dengan apa-apa bahan, atau dengan apa-apa cara asalkan bahan-bahan ubat dan pengubatannya itu bukan daripada bahan-bahan yang HARAM dan tatacara pengubatannya pula bukan dengan melakukan maksiat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, yang diriwayatkan oleh Abu Darda’ radhiallahu ‘anh:

“Sesungguhnya ALLAH menurunkan penyakit dan ubat dan menyediakan bagi setiap penyakit itu ubat. Maka berubatlah dan janganlah kamu berubat dengan benda yang diHARAMkan.”


RAWATAN PENYAKIT DENGAN AIR BATU “ICE”

Dengan menggunakan teknologi semasa, air sejuk barid” itu boleh dijadikan lebih sejuk seperti menjadikan ia air batu ice”, maka air sejuk barid” itu telah bertukar menjadi lebih sejuk, yang mana boleh diminum, boleh digunakan untuk rawatan penyakit dan lain-lain kegunaan selama mana ia tidak bercampur dengan bahan-bahan najis dan haram.

Prof. Madya Dr. Ahmad Rohi Ghazali dari Universiti Kebangsaan Malaysia, menyatakan:

“Dalam dunia perubatan, menurunkan suhu badan ke bawah tahap sejuk juga telah digunakan untuk merawat beberapa penyakit kronik.

Di Russia, pesakit dimasukkan ke dalam bilik sejuk atau mandian ais untuk seketika untuk kerap kali bagi merencat “stunt” aktiviti virus HIV.”



Hari Juma’at
23 Rabi’ulAkhir 1436 Hijriyah
13 Februari 2015