Friday, August 31, 2012

BIAR MATI ANAK


ADAT

Bagi manusia yang mempunyai tamadun dan mempunyai akal serta nilai-nilai yang lebih tinggi daripada binatang, manusia mengadakan upacara perkahwinan mengikut agama dan adat-adat yang telah ditetapkan sebagai pegangan mereka.

ORANG BERAGAMA HINDU

Orang-orang India Hindu mengadakan perkahwinan mereka dengan mengadakan, di antaranya, upacara perarakan mempelai (pengantin) lelaki dan perempuan serta mengadakan pelamin yang indah-indah di mana mempelai lelaki dan perempuan duduk bersanding di atas pelamin tersebut untuk ditontoni para jemputan.

ORANG BERAGAMA KRISTIAN

Orang-orang yang beragama Kristian biasanya mengadakan perkahwinan mereka di gereja-gereja.  Pengantin lelaki diapit oleh saudara lelaki atau teman karib dipanggil “best man” manakala pengantin perempuan diapit oleh saudara perempuan atau teman karib dipanggil “maid of honor”. Juga terdapat di majlis perkahwinan tersebut beberapa orang lelaki dan perempuan yang digelar “groomsmen” dan bridesmaids”.

Ketika pengantin perempuan hendak memasuki gereja untuk upacara perkahwinan, dia diapit oleh beberapa kanak-kanak lelaki dan perempuan yang dipanggil “pages” (boys) dan “flower girls” yang terdiri daripada anak-anak saudara-mara atau anak-anak dari keluarga yang terdekat dengan pengantin perempuan dan lelaki. 

Majlis perkahwinan orang Kristian tidak ada pelamin, bersanding dan merenjis air mawar.


WALIMATUL URUS MELAYU ISLAM

Kebanyakan orang-orang Melayu, oleh kerana amat tertarik dengan upacara-upacara perkahwinan orang-orang kafir sehingga mereka mengadakan majlis kenduri walimatul urus melebih-melebihi acaranya yang mana tidak mengikut sunnah dan syari’at.

Kerana itu, kebanyakan orang-orang Melayu mengadakan majlis walimatul urus anak-anak mereka seperti berikut: 

1     1.     MENGIKUT ISLAM - Upacara akad nikah

2     2.     MENGIKUT UPACARA PERKAHWINAN INDIA HINDU - Persandingan dengan mendudukkan mempelai lelaki dan perempuan untuk direnjis air mawar dan menyuap makanan di antara mempelai lelaki dan perempuan sambil ditontoni oleh para jemputan

3     3.     MENGIKUT UPACARA PERKAHWINAN KRISTIAN - Mengadakan “flower girls” dan/atau “pages (boys)”


CAKAP LAIN BUAT LAIN

Walaupun orang-orang Melayu Islam yang biasanya nampak kononnya menjaga syari’at Islam dan sering bercakap-cakap tentang perkara-perkara bid’ah dan khurafat dan tahu bahawa adat-adat perkahwinan yang menyerupai adat-adat perkahwinan kafir, India Hindu dan Kristian itu tidak secocok dengan syari’at Islam, mereka lalai dan terus melakukannya.    

Mengenai dengan adat-adat dan upacara-upacara perkahwinan, bertambah celaru lagi apabila sesetengah Mufti-mufti, Kadi-kadi dan penjawat-penjawat Agama Islam bukan sahaja berdiam diri bahkan mereka ikut hadir dalam majlis-majlis perkahwinan walimatul urus tersebut.  Mereka juga membaca doa dalam majlis tersebut bila mereka diminta berbuat demikian.

Adat-adat walimatul urus yang mengandungi unsur-unsur adat-adat perkahwinan bercampur aduk dengan cara perkahwinan kafir, hidup subur beratusan tahun diamalkan oleh ramai masyarakat Melayu sehingga ke hari ini.

Oleh kerana mereka  tidak dapat meninggalkan adat-adat yang diambil daripada orang-orang kafir itu, maka  amalan mereka itu bersesuaian dengan peribahasa Melayu: “Biar mati anak jangan mati adat”,  walaupun peribahasa tersebut digunakan bagi sesuatu adat tertentu. 


Hari Jumaat
13 Syawal 1433 Hijriyah
31 Ogos 2012

Tuesday, August 28, 2012

LIFE AFTER DEATH



Sekumpulan orang sesat lagi bahlul hendak membuat kajian mengenai kehidupan selepas mati “life after death”, syurga dan neraka, sepertimana yang dilaporkan pada 4 Ogos 2012 di bawah tajuk “University professor to study life after death”.  Lihat salinan di bawah ini.

Orang-orang yang beriman yakin dengan kehidupan selepas mati dan mereka beriman adanya syurga dan neraka.

Sekiranya profesor tersebut benar-benar hendak mengkaji sendiri “life after death”, ia mestilah terlebih dahulu merasai mati untuk mengetahui secara mendalam kehidupan selepas mati “life after death”.

Profesor tersebut hendaklah balik hidup semula di dunia ini bagi membentangkan laporan hasil kajiannya itu.


University professor to study life after death
Pop quiz: Does life exist after death?

A University of California, Riverside philosophy professor, John Martin Fischer, has been awarded a three-year, $5 million grant by the John Templeton Foundation to study just this topic—and yes, students can take his class.

Fischer noted in an email to Yahoo News, "Both I and my post-doc, Benjamin Mitchell-Yellin, will teach related classes over the next three years. I have frequently taught classes on death, immortality, and the meaning of life both at Yale University and UC Riverside."

So what's the meaning of life? More on that in a moment.

Fischer noted, "We'll be open both to studying religious and non-religious views about immortality. One thing that we'll study is whether human beings would want to live forever: would it be boring? Would it lose its meaning and beauty and urgency? Does death give meaning to life?"

According to the university's website announcing the grant award, many anecdotal reports of the afterlife abound, but there has been "no comprehensive and rigorous, scientific study of global reports about near-death and other experiences, or of how belief in immortality influences human behavior." The research will look at a range of phenomena, including heaven, hell, purgatory, and karma.  The grant is the largest ever awarded to a humanities professor at UC Riverside, and one of the largest given to an individual at the university.

Fischer said in a statement, "We will be very careful in documenting near-death experiences and other phenomena, trying to figure out if these offer plausible glimpses of an afterlife or are biologically induced illusions," Fischer said. "Our approach will be uncompromisingly scientifically rigorous. We're not going to spend money to study alien-abduction reports."

The grant will also fund two conferences to discuss the findings. Said UC Riverside Chancellor Timothy P. White, Fischer's research "takes a universal concern and subjects it to rigorous examination to sift fact from fiction."

The Immortality Project, as it is called, will solicit research proposals from eminent scientists, philosophers and theologians whose work "will be reviewed by respected leaders in their fields and published in academic and popular journals."

The research will also delve into cultural aspects of the afterlife. For example, there are reports of millions of Americans seeing a tunnel with a bright light at the end. In Japan, reports often find the individual tending a garden.

The professor added that the academic research could include a range of issues, like "heaven and hell: If we are material beings, how can we exist in heaven, where we would not have physical bodies (or not of the sort we have here)?

"There is a lot of interest in near-death experiences. We can carefully catalog them and look into whether there are patterns. There has already been a lot of work on this. Perhaps some cross-cultural studies would be helpful.

"We'll also be open to studying the relationship between beliefs in afterlife and behavior--moral behavior and crime rates."

Sounds like the kind of research topics that many college students have already spent hours pondering. As for the meaning of life? The professor says check back in three years.


Hari Selasa
10 Syawal 1433 Hijriyah
28 Ogos 2012


Friday, August 24, 2012

TABIAT HAIWAN MAKAN


  
DIPAKAIKAN DENGAN KALUNG EMAS

Setiap orang boleh melihat bagaimana anjing, babi, kera, kucing dan ayam mencari dan makan makanan.  Haiwan-haiwan itu berada disekeliling kehidupan manusia di mana-mana sahaja.

Tiap-tiap haiwan itu mencari makanan mengikut cara tabiatnya masing-masing.  Anjing yang bukan dipelihara dan dikurung atau dirantai, ia berjalan dan menghidu-hidu bau makanan di atas tanah untuk mendapat makanan seperti tahi, bangkai atau sisa-sisa makanan yang dibuang manusia.

Peribahasa Melayu ada menyebut:  “Anjing itu, meskipun dirantai dengan emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat tahi (najis).”  Maksudnya seseorang yang tabiatnya melakukan kejahatan maksiat, walaupun ia telah diberi tempat dan kemuliaan dalam masyarakat, ia masih “ada hati” gemar kepada perkara-perkara jahat dan maksiat dan melakukannya secara bersembunyi-sembunyi dari pandangan manusia.


JILAT MENJILAT

Anjing apabila mendapat makanan, sifatnya tamak dan gelojoh, selalu mengawal supaya makanan itu tidak terjatuh kepada anjing-anjing lain walaupun dalam kumpulan yang sama. 

Dengan itu anjing-anjing sekumpulan itu akan bergomol atau bergaduh, gigit menggigit dan cakar-mencakar sesama sendiri, sedangkan sebelumnya anjing-anjing yang sama  pada kebiasaannya bermain-main, jilat menjilat di antara satu sama lain.

Sifat-sifat anjing itu terdapat juga  pada haiwan-haiwan lain seperti babi, kucing, ayam dan lain-lain lagi yang hidupnya tidak dikurung dalam sangkar.


PERUMPAMAAN

Haiwan-haiwan itu diciptakan Allah Ta’ala supaya makhluk manusia yang diberi akal dan lebih tinggi martabatnya daripada haiwan, dapat melihat dan mengambil iktibar agar manusia dapat membezakan cara makan dan minum manusia dan haiwan.

Haji Abdulmalik Abdulkarim Amrullah (HAMKA) mengumpamakan manusia yang serupa dengan binatang tentang makan dan minum seperti berikut:

“Binatang ternak hanya memikirkan sekitar makan.  Kerbau dan sapi (lembu) mengunyah terus, baik sedang duduk atau sedang  berhenti bertugas, namun mereka mengunyah terus.  Kerjanya hanya makan belaka.  Orang yang tidak mempunyai cita-cita tertentu (tentang agama) dalam hidupnya, apabila  makannya sudah cukup hatinya sudah senang.  Pada hakikatnya, kalau binatang memikirkan makan siang dan malam, tidaklah ada orang yang menyalahkan.  Sebagaimana kambing, jika dia tidak memakai pakaian, bertelanjang seluruh badannya tidaklah ada orang yang mengomel.  Tetapi kalau manusia berfikir hanya sekadar dan sekitar makan, jadilah dia tumpuan penghinaan dan pandangan rendah.”   


TUJUH PERUT

Dari Ibnu ‘Umar r.a., dari Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, sabdanya:

“Orang-orang kafir makan dengan tujuh perut, dan orang mukmin  makan dengan satu perut.”  Muslim dan Bukhari.    

Kiasan ini disebut adalah kerana kerakusan dan ketamakan orang kafir terhadap nikmat dan kelazatan dunia.

Allah Ta’ala mengumpamakan sifat haiwan dengan sifat manusia yang kafir. Pada asasnya sifat manusia yang kafir sama dengan sifat binatang, tidak kira sama ada manusia itu seorang ahli profesional seperti doktor, jurutera, saintis, dan lain-lain lagi, cara makan dan minumnya adalah seperti binatang ternakan.

Walaupun pada teorinya mereka dilihat mempunyai cara dan adab-adab makan yang disebut sebagai “table etiquette” yang digunakan hanya pada waktu majlis-majlis tertentu sahaja.

Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Muhammad, Ayat 12, maksudnya:

“Dan orang-orang yang kafir yang menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang (haiwan) ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.”  Ayat 12.


Hari Jumaat
6 Syawal 1433 Hijriyah
24 Ogos 2012

Sunday, August 19, 2012

1 SYAWAL 1433 HIJRIYAH

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM


1 SYAWAL 1433 Hijriyah

Setahun sekali perjalananmu
Gemerlapan  hadirmu
Membawa gembira kepadaku
Andai ada duka yang ditemu
Namun engkau tetap membawa cahaya
Beraneka warna
Tika nafasku masih ada

Sehari engkau menjelma dan terus pergi
Aku menunggu setahun lagi bilangan hari
Harapan dapat berjumpamu sekali lagi
Rahmat Allah Tuhanku aku pohoni
Apabila engkau hadir kembali
Semoga aku masih ada di sini

Hari Ahad
1 Syawal 1433 Hijriyah
19 Ogos 2012

Sunday, August 12, 2012

RAMBUT CACAK-CACAKAN




Bila generasi muda kafir dan generasi muda yang serupa dengan mereka dari Eropah, Amerika Syarikat yang kehidupan mereka dalam kesesatan, mencari-cari ketenangan jiwa dan mahukan kebahagiaan dan kepuasan hidup; mereka membuat pelbagai perubahan gaya hidup mereka dengan berbagai-bagai cara termasuk cara pakaian dan gaya  potongan rambut.  

Mereka memakai pakaian-pakaian yang mendedahkan aurat yang boleh dilihat tumbul-tumbul daging badan, seluar ketat, baju sendat dan seluar yang elok sengaja dirobek agar ia menjadi koyak rabak dan bertampal di sana sini. 

Bagi generasi muda lelaki, selain dari berpakaian compang camping, mereka bergaya dengan berbagai potongan rambut. Mereka membiarkan rambut mereka panjang berserobeh hingga ke belakang, berbotak “skin head”, potongan rambut “punk”, potongan rambut  “Mohawk” dan bermacam-macam lagi stail potongan rambut mereka.

Namun semua usaha mereka itu tidak kesampaian dan mustahil mereka ketemu  apa yang mereka cari-cari iaitu ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup mereka.  Mereka terus sesat dan lalai dalam kehidupan seharian mereka.

Kini datang pula stail potongan rambut cacak-cacakan bagi lelaki. 

Potongan rambut cacak-cacakan itu sudah menjadi trend bagi sesetengah kanak-kanak, remaja dan orang dewasa di Malaysia sekarang ini.


MENGHARGAI RAMBUT

Bagi orang-orang yang beriman, penjagaan kebersihan dan penampilan diri amatlah penting.  Mengenai penjagaan rambut, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melarang orang-orang Islam mukmin tidak menjaga dan merapikan rambut mereka dan membiarkan rambut mereka kusut masai dan menjadikan rambut mereka cacak-cacakan.


Atha bin Yassar meriwayatkan sebuah Hadis seperti berikut:

“Pada suatu hari ada seorang datang mengadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam keadaan rambut dan janggutnya sangat kusut dan tidak teratur. 

Melihat itu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memberi isyarat seolah-olah memerintahkan supaya orang itu merapikan rambut.  Orang itu segera berbuat seperti yang diisyaratkan.

Setelah ia pergi meninggalkan tempat, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi bersabda kepada para sahabat:  “Tidakkah itu lebih baik, daripada kalau seseorang di antara kamu datang dengan rambut  kusut seolah-olah seperti syaitan.”   Malik.


Dalam Hadis yang lain, Jabir bin Abdullah meriwayatkan sebagai berikut:

“Pada suatu hari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang berambut cacak-cacakan, Baginda kemudian bersabda:  “Apakah orang itu tidak dapat menemukan sesuatu untuk merapikan rambutnya?   Abu Daud.


Hari Jumaat
21 Ramadhan 1433 Hijriyah
10 Ogos 2012