Friday, August 30, 2013

PENIPU DUNIA ISLAM BAHAGIAN II



MITOS ORANG-ORANG ISLAM DI TANAH MELAYU

Bagi kebanyakan orang-orang Islam di Asia Tenggara ini termasuk orang-orang Islam di Tanah Melayu tersalah anggap bahawa Kerajaan Wahhabi Saudi Arabia itu menjalankan Hukum-hukum Allah ‘Azza Wa Jalla sepenuhnya yakni berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. 

Dengan kepercayaan itu, mereka menerima baik apa sahaja yang datang dari kerajaan Wahhabi Saudi Arabia itu atas kepercayaan mereka bahawa kerajaan Wahhabi Saudi Arabia itu adalah pemerintah dua tanah suci Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah.  Sedangkan Baitullah pernah diperintah oleh beberapa kaum Arab Jahiliyah dan di antaranya kaum Arab Musyrikiin. 

Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah adalah dua tanah suci tetapi manusia yang menjaga dan memerintah dua tanah suci tersebut tidak sesuci tanah dan tempat yang diperintahinya kerana kedua tanah suci ini tidak melakukan maksiat kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.


MAKKAH AL-MUKARRAMAH PERNAH DIKUASAI OLEH MUSYRIKIIN

Firman Allah Ta’ala dalam Surah Al-Hajj, Ayat 25, maksudnya:

“Sesungguhnya (amatlah zalim) orang-orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan Allah (agama Islam), dan dari memasuki Masjid Al-Haraam yang Kami (Allah) jadikan dia tempat beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman) – samada yang tinggal menetap di situ atau yang datang berziarah; dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang zalim, Kami (Allah) akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.”  Ayat 25

Rumah suci, rumah tempat beribadat kepada Allah Yang Maha Esa yang pertama kali di dunia ini ialah Masjidil Haram di Makkah Al-Mukarramah.  

Pernah pada suatu ketika, Ka’abah dikuasai oleh orang-orang Musyrikiin.  Mereka meletakkan kurang lebih 360 buah berhala besar dan kecil di sekeliling Ka’abah untuk tujuan penyembahan mereka.    

Allah Subhanahu Wa Ta’ala menegaskan bahawa tempat suci ini adalah tempat ibadat bagi manusia (yang beriman) seluruhnya dan bukan tempat penyelewengan kepada yang lain dan bukan untuk membuat pemujaan yang lain.   

Berdasarkan kepada ringkasan sejarah tersebut, maka orang-orang Islam di Tanah Melayu ini harus berpegang bahawa tanah suci Makkah Al-Mukarramah itu adalah tempat yang suci di atas muka bumi ini.

Namun begitu, sayugia sama-sama mengambil perhatian dan i’tibar bahawa kesucian dan keamanan tempat itu tidak dapat menjamin tempat itu tidak dapat ditembusi masuk oleh syaitan-syaitan jinn dan syaitan-syaitan manusia yang membawa berbagai  angkara maksiat yang melanggar perintah Allah ‘Azza Wa Jalla dan menghina Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli-ahli keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda radhiallahu ‘anhum di sana.

Selain daripada itu terdapat jenayah-jenayah yang dilakukan yang kebanyakannya di sembunyi dari pengetahuan umum seperti pembunuhan, perkosaan, penipuan, mencuri dan lain-lain lagi.   Bagi  sesetengah umat Islam yang pernah menunaikan Rukun Haji dan Umrah, ada yang mengalami perkara-perkara jenayah tersebut.

Salah satu daripada kes-kes jenayah yang baru dilaporkan ialah mengenai dengan pencurian yang berlaku dalam Masjid Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di Madinah Al-Munawwarah dalam bulan Ramadhan 1434 Hijriyah yang lepas.

The Prophet’s Mosque’s security force in Madinah arrested 24 pickpockets of eight nationalities who stole from worshippers while praying inside the mosque.

The thieves were arrested during Ramadan under a plan implemented by the police director of the region, Brig. Gen. Saud bin Awad Al-Ahmadi. The plan involved deploying police detectives inside the mosque and the courtyards surrounding it to prevent any kind of pickpocketing activities.- Arab News 13 August 2013.


MAKKAH AL-MUKARRAMAH DAN MADINAH AL-MUNAWWARAH DIJADIKAN KOTA PELANCONGAN.

Di samping itu yang ketara sekali, selepas menakluki  dua tanah suci itu, kini Kerajaan Wahhabi Saudi Arabia menjadikan kedua-dua tanah suci itu sebagai hak miliknya yang mutlak hingga ke hari ini.  

Sekarang ini semua kutipan hasil termasuk cukai-cukai masuk ke tanah suci itu  berjumlah berjuta-juta Riyal setahun, daripada umat Islam yang datang menunaikan ibadat Haji dan mengerjakan Umrah dijadikan milik kerajaan Wahhabi Saudi Arabia dan dikira sebagai hasil pelancongan untuk negara Wahhabi Saudi Arabia semata-semata.

Kerajaan Wahhabi Saudi Arabia, dalam tahun 2013 berhasrat menjadikan kota suci Makkah Al-Mukarramah pusat pelancongan dengan mengadakan pusat membeli-belah yang terbesar di dunia sebagai tarikan pelancong ke Makkah Al-Mukarramah.

Hasrat kerajaan Wahhabi Saudi Arabia itu tidak lain dan tidak bukan, bertujuan melencongkan niat umat Islam daripada menunaikan Fardhu Haji, mengerjakan Umrah dan lain-lain ibadat kepada melancong.  Maka melancong ke Tanah Suci itu menjadi keutamaan bagi sesetengah jemaah disamping mengerjakan ibadat Haji dan Umrah.

Na’uzubillahi min zalik - Kami berlindung dengan Allah daripada perkara sedemikian.


MAKKAH AL-MUKARRAMAH DAN MADINAH AL-MUNAWWARAH MILIK UMAT ISLAM SEDUNIA

Kedua-dua kota suci itu sebenarnya adalah kepunyaan umat Islam sedunia untuk beribadat kepada Allah ‘Azza Wa Jalla,  yang mana sepatutnya kedua-dua kota suci itu dijaga dan dikawal selia secara bersama-sama dengan negara-negara umat Islam lain mengikut peraturan yang ditetapkan bersama. 

Hasil daripada kutipan-kutipan daripada umat Islam yang datang mengerjakan ibadat Haji dan Umrah hendaklah disatukan dan diagihkan semula sebagai ibadat kebajikan kepada umat Islam bagi meringankan beban kewangan dan perbelanjaan mereka yang datang dari jauh dan dekat. 


Hari Juma’at
23 Syawal 1434 Hijriyah
30 Ogos 2013

Friday, August 23, 2013

PENIPU DUNIA ISLAM



MUSLIM PERANAKAN

Kini walaupun ternampak arus kebangkitan umat Islam menggalakkan,  namun begitu masih banyak negara-negara umat Islam yang menolak perlaksanaan sepenuhnya Hukum-hukum Allah Subhanahu Wa Ta’ala (Hudud) dan tidak menjadikan Al-Quran Al-Kariim sebagai perlembagaan negara serta tidak mengikut Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Bagi sesetengah negara-negara umat Islam itu, rakyatnya mahukan kerajaannya melaksanakan Hukum-hukum Allah ‘Azza Wa Jalla, namun ditolak dan dihalang oleh pemimpin-pemimpin mereka yang seagama dengan mereka.

Sebagai contoh terdekat, majoriti rakyat Islam di Mesir telah memilih parti Islam melalui proses pilihanraya berdemokrasi untuk memimpin mereka.  Parti Islam yang mereka pilih itu menang dan telah dapat membentuk sebuah kerajaan demokrasi yang pertama.

Kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat Mesir, di bawah pimpinan Dr. Mohamed Morsi dari Parti Ikhwanul Muslimun yang dilantik sebagai Presiden Mesir pada 12 Jun 2013, telah dirampas dan ditumbangkan oleh tentera Mesir selepas setahun pemerintahannya sebelum berjaya usaha beliau untuk mengembalikan negara Mesir kepada Islam daripada pemerintahan sekular sebelumnya.   

Pada 3 Julai 2013, tentera di bawah pimpinan Abdul Fattah el-Sisi, bersama orang-orang yang anti-Islam dan orang-orang Islam yang kurang senang  dengan perlaksanaan Hukum-hukum Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan RasulNya, merampas kuasa pemerintahan yang dipilih secara demokrasi.  Mereka yang berkelakuan demikian menyerupai orang-orang munafiq yang berpenyakit dalam hati mereka.

Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 10 dan Ayat 11, maksudnya:

“Dalam hati mereka (golongan yang munafiq itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka;”  Ayat 10

“Dan apabila dikatakan kepada mereka:  “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”,  mereka menjawab:  “Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.”  Ayat 11    

Mereka menjadi orang-orang Islam kerana mereka telah dilahirkan dalam Islam.  Mereka mahukan Islam tetapi dalam masa yang sama, mereka citakan dan cintakan kerja-kerja maksiat dalam kehidupan mereka.  Mereka itulah MUSLIM PERANAKAN yakni Muslim pada nama sahaja.

Rujukan laporan akhbar Al Ahram pada 19 Ogos 2013:


BAN EGYPT’S ISLAMIC PARTY
Al Ahram Online, Monday 19 August, 2013.

Egypt’s new draft constitution may ban the formation of political parties based on religious grounds, the state-owned Al Ahram Online reported on Monday.

The committee tasked with amending the new constitution was requested by “more than 400 political, economic and social institutions” to write the ban into the constitution as a way of “safeguarding Egypt against Islamist factions trying to change the civil nature of the country into a religious oligarchy,” the website cited unnamed sources as saying.

The amended 2012 constitution is expected to be announced on Wednesday, said Ali Awad Saleh, head of the constitutional committee and Interim President Adly Mansour’s legal advisor.

Last week, Saleh stated that Article 2 of the 2012 Islamist-backed constitution which states that Islamic Sharia is the main source of legislation will be kept in place “in order to stress the Islamic identity of Egypt.”


MUSLIM PERANAKAN DI BANGLADESH

Seperti di Mesir, orang-orang Islam di Bangladesh, Pakistan, dan negara-negara Arab di seluruh tanah Arab di Timur Tengah, pemimpin-pemimpin mereka yang terdiri daripada orang-orang Islam terang-terang menolak Hukum-hukum Allah ‘Azza Wa Jalla dan mengekalkan perlaksanaan pemerintahan sekular dengan mengguna pakai undang-undang jahiliyah rekaan manusia dalam kehidupan mereka.

Salah satu negara Muslim Peranakan ialah negara Bangladesh yang mempunyai 90.4%  penduduk Islam yang lebih senang dengan pemerintahan sekular.  Parti Islam yang terbesar di Bangladesh iaitu Jamaat-e-Islami di halang dari bertanding di dalam pilihanraya seperti yang diberitakan di bawah ini:


AGENCE FRANCE PRESSE
Published — Thursday 1 August 2013
Last Update 1 August 2013 1:45 pm

DHAKA: Bangladesh’s main Islamist party was banned from contesting next year’s election when the high court ruled on Thursday that Jamaat-e-Islami’s charter breached the country’s secular constitution.

“It is hereby declared illegal,” said Moazzem Hossain, the chief judge hearing the case amid tight security outside the courthouse in Dhaka.

A lawyer for the Bangladeshi election commission, which oversees preparations for elections due next January, said the ruling meant Jamaat could not field candidates.

“As a party Jamaat’s registration with the election commission is declared illegal, with the consequence that they cannot contest the election as a political party,” Shahdeen Malik told AFP.


KERAJAAN WAHHABI SAUDI MENOLAK HUKUM ALLAH

Muslim peranakan Kerajaan Wahhabi Saudi Arabia, dengan pertolongan British, menakluki dua tanah suci Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah pada tahun 1932, membawa fahaman Wahhabi dalam pemerintahannya dan meninggalkan Hukum-hukum Allah yakni tidak melaksanakan sepenuhnya Hukum-hukum (Hudud) yang diperintahkan Allah ‘Azza Wa Jalla dan RasulNya, kecuali mana-mana hukum yang difikirkan sesuai dengan kehendak nafsu diambil guna pakai. 

Di samping itu, menghapuskan semua kaum keluarga keturunan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang masih ada di Makkah Al-Mukarramah  yang menjadi penjaga Ka’abah, dengan dibuang ke Jordan dan kesan-kesan asal tempat-tempat bersejarah yang ada kaitan dengan kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam diroboh dan dimusnahkan. 

Sebagai contoh, rumah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan keluarganya telah diroboh dan dibangunkan di atas tapak rumah itu kompleks tandas awam yang besar.  Tempat kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah diroboh dan dibangunkan sebuah Maktaban dan lain-lain lagi seperti Jabal Al-Qubays dan binaan-binaan asal, tempat-tempat bersejarah berkaitan dengan Islam dan kebangkitannya telah dihancur dan dimusnahkan. 

Jabal Al-Qubays yang mempunyai sejarah agong dalam Islam iaitu tempat tersimpannya Hajarul Aswad selama 40 tahun selepas banjir besar Nabi Nuh ‘Alaihissalam, sebelum Hajarul Aswad dikembalikan kepada tempatnya sekarang ini.  Di atas bukit itu (Jabal Al-Qubays) sekarang, telah dibina istana yang besar.

Untuk menutup segala perbuatan jahatnya itu daripada mata dunia, Kerajaan Wahhabi Saudi membina masjid-masjid baru yang besar dan indah hiasannya bagi menggantikan binaan-binaan seperti masjid-masjid tempat sahabat-sahabat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menunaikan solat telah dirobohkan, begitu juga tapak-tapak rumah sahabat-sahabat Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang dijadikan kompleks membeli-belah.  Mengadakan institusi pengajian Al-Quran dan Hadis hanya topeng untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka terdiri daripada orang-orang yang beriman yang menjaga dan membangunkan Islam.  

Dengan cara demikian, mereka mendapat kepercayaan orang-orang Islam di sekeliling mereka dan dengan itu, sekali gus, bertujuan meneguhkan pemerintahannya.

Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 8, Ayat 9, maksudnya:

“Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”, padahal mereka sebenarnya tidak beriman.”  Ayat 8

“Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.”  Ayat 9



Hari Juma’at
16 Syawal 1434 Hijriyah
23 Ogos 2013

Friday, August 16, 2013

OH, I SEE! DI MANAKAH O.I.C.?


 
56 NEGARA UMAT ISLAM

Pergolakan demi pergolakan, pertumpahan darah demi pertumpahan darah di dalam negara-negara umat Islam sepanjang masa sekarang ini, di manakah pemimpin-pemimpin dari 56 negara umat Islam dalam 0.I.C. (Organization of the Islamic Conference).


BERSUARA MENGUTUK

Sekarang ini pemimpin-pemimpin negara-negara umat Islam bersuara hanya mengutuk perbuatan zalim yang dilakukan oleh kafir dan boneka-boneka mereka di negara-negara umat Islam. 


MEMINTA PERTOLONGAN KAFIR

Apa yang berlaku sebaliknya, pemimpin-pemimpin negara-negara umat Islam pula meminta pertolongan orang-orang kafir atau membiarkan pemimpin-pemimpin kafir menjadi orang tengah “mediator” untuk mendamaikan persengketaan atau perbalahan di antara umat Islam.


UMAT ISLAM MENGABAIKAN PERINTAH ALLAH

Hingga kini, tidak ada mana-mana pemimpin negara-negara umat Islam yang bersatu, bangkit dengan kekuatan logistik dan ekonomi, menolong dan mendamaikan keadaan secara tegas dan menahan serta menepis agenda-agenda konspirasi kafir untuk mengkucar-kacirkan negara-negara umat Islam seluruh dunia.

Adalah didapati setakat ini, semua pemimpin-pemimpin negara-negara umat Islam dalam O.I.C. itu seolah-olahnya menunggu serta melihat sahaja saudara-saudara Islam  dipecah belahkan, dibunuh oleh konco-konco atau boneka-boneka kafir di dalam negara-negara umat Islam sendiri.

Apakah pemimpin-pemimpin umat Islam sebegitu caranya, kononnya  mereka tidak boleh mencampuri hal-hal pembunuhan umat Islam dalam negara-negara umat Islam lain.  Sebaliknya pemimpin-pemimpin negara orang-orang kafir terus mengasak dan mencampuri urusan-urusan negara umat Islam yang terlibat dalam kancah “perang saudara” perang sesama sendiri itu.  Tindakan mereka itu bertentangan dengan Hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Janganlah sekali-kali ada seorang di antara kamu yang berdiam diri melihat saudaranya teraniaya.  Sesungguhnya laknat Allah menimpa orang yang hadir menyaksikan tetapi tidak mahu membelanya.”  At-Tabrani.   


KONSPIRASI KAFIR

Pemimpin-pemimpin kafir itu sepakat dalam agenda mereka terhadap umat Islam.  Mereka mengguna dan bertopengkan kata-kata “membawa damai dan kestabilan” (bring peace and stability) kepada negara-negara umat Islam yang sedang bertelagah sesama sendiri itu. Dengan itu, dapatlah mereka masuk meninjau “spying” di samping menghantar senjata kepada puak-puak yang bersekongkol dengan mereka atau menceroboh masuk negara-negara umat Islam itu, atas alasan untuk mendamaikan puak-puak yang sedang bertelagah itu.   

Helah kafir itu adalah agar umat Islam akan bunuh-membunuh sesama sendiri dan akhirnya negara-negara umat Islam akan menjadi hancur lebur kekuatannya, lemah ekonominya dan terhakis aqidah umat Islam itu sendiri. 

Apabila berlaku kehancuran umat Islam, maka orang-orang kafir yang menghasut peperangan di negara-negara umat Islam tersebut akan merasa damai dan selesa tanpa sebarang pertumpahan darah dan kerosakan di negara mereka sendiri.  Mereka dapat menguasai ekonomi negara-negara umat Islam yang telah berlaku peperangan itu, di samping mereka telah mengaut keuntungan yang besar di atas penjualan senjata-senjata api ke negara-negara tersebut.

Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Anfaal, Ayat 73, maksudnya:

“Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain.  Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.”  Ayat 73


KEWAJIBAN UMAT ISLAM 

Adalah menjadi kewajiban ke atas umat Islam supaya berusaha  menahan pertumpahan darah sesama saudara Islam sebagaimana diperintahkan oleh Allah Ta’ala ke atas mereka untuk menjadi pendamai apabila ada mana-mana puak yang bertelagah atau berselisihan.

Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Hujuraat, Ayat 9 dan Ayat 10, maksudnya:

“Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya;

jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah;

jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara);

sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”  Ayat 9

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu;

dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”  Ayat 10


WALLAHU A’LAMU BISSAWAAB



Hari Juma’at
9 Syawal 1434 Hijriyah
16 Ogos 2013

Sunday, August 4, 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA 'EIDUL FITRI 1434 HIJRIYAH



HARI RAYA ‘EIDUL FITRI 1434 HIJRIYAH

Setiap kali menjelang Hari Raya, perasaan gembira dan seronok dirasai oleh orang-orang yang telah sempurna menunaikan ibadat puasa mereka dan akan menyambut Hari Raya.

Kegembiraan itu terserlah benar bagi orang-orang yang diberi Allah Ta’ala rezeki yang lebih dengan persediaan-persediaannya.  Bagi orang-orang yang kurang berkemampuan sambutan Hari Raya mereka seadanya.

Namun begitu bagi orang-orang yang berkeluarga yang tinggal berasingan daripada orang tua mereka samada ibu bapa atau ibu atau bapa mereka, kegembiraan itu tidak terlepas daripada mengatur hal-hal “balik kampung” di antara suami dengan isteri, yakni  ke mana terlebih dahulu hendak mereka balik dan berapa hari mereka akan bersama dengan ibu bapa, atau ibu atau bapa mereka.

Hal itu, mahu tak mahu ditempuhi oleh kebanyakan orang kerana mereka, suami dan isteri, masing-masing mempunyai sentimennya sendiri. Jika tidak kena pada aturcaranya, maka sedikit sebanyak ianya akan membawa kesedihan dan terasa hati kepada salah seorang daripada mereka.

Oleh itu, seelok-eloknya suami dan isteri pandai-pandailah menyusun urusan “balik kampung” itu agar tidak menyentuh perasaan mana-mana pihak.

Bagi ibu bapa pula sebaik-baiknya tidak terlalu menaruh harapan yang tinggi agar anak-anak mereka terpaksa balik menziarahi mereka.  Serahlah urusan itu kepada anak-anak untuk memikir dan mengaturkan yang terbaik kerana menziarahi ibu bapa dan menggembirakan mereka adalah salah satu ibadat yang dilakukan kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala atas perintah Allah Ta’ala agar anak-anak terutamanya anak-anak lelaki berbuat baik kepada kedua ibu bapa atau ibu atau bapa mereka.

Jika anak-anak atau anak tidak dapat balik atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, maka terimalah hakikat tersebut dengan redha kerana Allah Ta’ala dan bersabar, mudah-mudahan diberi Allah Ta’ala ganjaran pahala, InsyaAllah.

Ibu bapa harus senantiasa berdo’a kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala supaya dapat bersama dan bermesra dengan anak-anak atau anak mereka semasa hayat masing-masing masih ada agar Allah Ta’ala mencucuri rahmat dan berkatNya atas keluarga, InsyaAllah.



Hari Ahad
26 Ramadhan 1434 Hijriyah
4 Ogos 2013