Friday, October 25, 2013

SEBUTAN ALLAH DALAM TUTURAN DAN TULISAN


PETIKAN BERITA

Telah dilaporkan dalam sebuah halaman web pada 18 Oktober 2013, bahawa seorang penulis telah mengeluarkan hukum bahawa perbuatan melarang orang-orang bukan Islam menggunakan perkataan “ALLAH” itu boleh jatuh kepada "SYIRIK".

Petikan laporan itu ialah seperti berikut: 
  
KUALA LUMPUR, Oct 18 — Banning non-Muslims from calling God “Allah” is tantamount to “syirik”, which refers to the sin of practicing idolatry or polytheism and is an unforgivable crime in Islam, respected Islamic scholar has warned Muslims.

The respected scholar also questioned the logic of prohibiting non-Muslims from referring to GOD as “Allah”.
“What about Christian Arabs who come to Malaysia? Will they be forced to stop themselves from saying ‘masya Allah’ (God has willed it) and instead, replace it with ‘masya God’?  While non-Muslim Chinese in Kelantan are used to saying the Arabic phrase “insya Allah” (God willing).


SYIRIK

Adalah tidak wajar bagi penulis tersebut menghukumkan bahawa melarang orang-orang bukan Islam menggunakan perkataan “ALLAH” boleh menjadi "SYIRIK" besar yang membawa padah celaka di Akhirat ke atas orang-orang yang melarangkannya.

Menjadikan satu hukum bahawa larangan penggunaan perkataan “ALLAH” boleh menjadi “SYIRIK” bukan sahaja ianya luar biasa tetapi juga terkeluar daripada kecerdikan akal dan ilmu.


TIDAK MENGERTI BAHASA
 
Penulis tidak mengerti bezanya penggunaan perkataan “ALLAH” dalam pertuturan dan penulisan bahasa Arab di kalangan bangsa Arab Islam atau bukan Islam, yakni bagi Arab kafir, ianya adalah hanya satu ungkapan kata.

Merujuk kepada laporan di atas, penulis itu juga bertanya: “Adakah orang-orang Arab Kristian akan dilarang menggunakan perkataan “ALLAH” dalam pertuturan mereka?”

Untuk pengetahuannya, orang-orang Arab, sejak dahulu kala yakni sejak wujudnya bangsa Arab telah menggunakan bahasa Arab dalam semua perkara dalam kehidupan mereka termasuklah perkataan “ALLAH”. 

Oleh itu samada orang Arab itu Kristian atau Musyrik Jahiliyah, mereka menggunakan perkataan “Allah”, seperti “Masya Allah”, "Insya Allah”  sebagai bahasa pertuturan harian (common usage) dalam kehidupan mereka.

Walaupun mereka menggunakan perkataan “ALLAH”, "Masya Allah” dan “Insya Allah”; Arab Kristian tidak sembah “ALLAH”, mereka sembah tuhan “god” Trinity  (Father, Son and Holy Spirit), dan begitu juga orang Arab musyrik jahiliyah tidak sembah “ALLAH”, mereka sembah berhala-berhala dan sebagainya.

Maka perkara asas sekarang ini ialah orang-orang Kristian di Malaysia mahu menggunakan perkataan “ALLAH” dalam tulisan kitab Injil mereka, penerbitan-penerbitan Kristian dan di mana-mana tempat dan objek yang mereka kehendakki.


ORANG KELANTAN

Begitu juga, sebagaimana yang disebut oleh penulis bahawa orang-orang Cina bukan Islam di Kelantan menggunakan perkataan “Insya Allah”.

Untuk pengetahuan penulis bahawa perkataan “Insya Allah” yang dituturkan oleh sesetengah orang-orang Cina bukan Islam di Kelantan itu tidak memberi apa-apa kesan “significant” kepada mereka selain daripada perkataan itu hanya sebagai adat berbudi bahasa yang dituturkan dalam masyarakat Kelantan. 

Orang-orang Cina bukan Islam di Kelantan juga sembah berhala Tok Pekong-Tok Pekong dan sebagainya.  Mereka tidak sembah “ALLAH” walaupun mereka menyebut "ALLAH"  dalam pertuturan mereka.



Hari Juma’at
20 DzilHijjah 1434 Hijriyah
25 Oktober 2013


Friday, October 18, 2013

MENGHARAMKAN TUNAI HAJI SELAMA 10 TAHUN



15 RIBU ORANG BAKAL HAJI DITAHAN

Orang-orang Islam datang ke Baitullah AlHaram, dari jauh dan dekat kerana menyambut seruan Allah Subhanahu Wa Ta’ala bagi menunaikan Fardhu Haji yang diwajibkan ke atas orang-orang berkuasa dan berkemampuan, sekali dalam hayat mereka.

Mereka itu datang dengan berjalan kaki atau berkenderaan secara senang dan susah payah semata-semata kerana Allah Ta’ala.

Mereka itu tidak membawa sebarang senjata yang berbahaya dan membahayakan orang ramai atau kerajaan dan bakal-bakal Haji lelaki pula memakai pakaian Ihram yakni pakaian yang tidak berjahit dan tidak berseluar.  Lebih-lebih lagi ibadat Haji adalah di dalam bulan DzilHijjah, salah satu dari empat bulan haram yakni bulan-bulan pengharaman peperangan.

Terdapat berita yang disiarkan oleh akhbar di Jeddah pada 10hb September 2013, menyatakan bahawa terdapat seramai 15,000 orang bakal-bakal Haji dari luar dan dalam negeri  (domestik) bagi tahun 1434 Hijriyah/2013 Masihi, tidak mempunyai permit Haji dan telah ditahan Kerajaan Wahhabi Arab Saudi. 

Bakal-bakal Haji yang ditahan itu telah sampai dan telah pun berada di Makkah AlMukarramah dan sudah bersiap sedia untuk berwuquf di Arafah pada hari Selasa, 9 DzilHijjah 1434 Hijriyah/14 Oktober 2013.

Kerajaan Wahhabi Arab Saudi telah menahan bakal-bakal Haji tersebut daripada mengerjakan ibadat Haji tahun ini dan mengharamkan mereka daripada menunaikan Fardhu Haji selama tempoh 10 tahun akan datang, yakni 10 kali musim Haji, berkuatkuasa mulai dari tarikh mereka ditahan dan diusir keluar dari Tanah Haram oleh Kerajaan Wahhabi Arab Saudi.

10 tahun pada hakikatnya adalah suatu masa yang tidak seorang pun manusia yang boleh menentukan hayat masing-masing samada masih bernyawa lagi dalam tempoh masa tersebut, kerana belum tentu seseorang itu masih dapat menarik nafasnya sesaat kemudian, mahupun keesokan harinya. 

Kerajaan Wahhabi Arab Saudi telah mengadakan berbagai-bagai alasan yang mewajarkan dan membolehkan kerajaannya mengambil tindakan menahan dan menghukum bakal-bakal Haji tersebut dengan cara begitu.   

Antara alasan-alasan yang diambilnya ialah bagi menjaga keselamatan jema’ah Haji dan lain-lain lagi untuk menyakinkan mata dunia yang sekongkol dengannya.

Hakikatnya, Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Pelindung.



Hari Jumaat
13 DzilHijjah 1434 Hijriyah
18 Oktober 2013


Friday, October 11, 2013

SAMBUTAN JEMAAH HAJI DENGAN MUZIK



Gambar di atas menunjukkan upacara muzik yang diadakan khas untuk menyambut ketibaan yang pertama sebahagian dari para jemaah Haji bagi tahun 1434 Hijriyah/2013 Masihi yang menjadi tetamu jemputan khas kerajaan Wahhabi Arab Saudi.

Mereka disambut oleh pasukan pancaragam setibanya dengan kapal laut di Pelabuhan Jeddah.

Rasanya bagi sesiapa yang melihat kepada gambar dan berita tersebut yang disiarkan pada 8 Oktober 2013, macam tidak percaya ada sepasukan pancaragam yang diatur khas oleh kerajaan Wahhabi Arab Saudi untuk menyambut ketibaan jemaah Haji.

Biasanya, upacara seumpama itu diadakan untuk menyambut pemimpin-pemimpin dari negara-negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, China, Jepun dan lain-lain negara.

Selain daripada itu, bagi sesetengah kaum kafir dan kaum musyrik, pasukan pancaragam seumpama itu juga diadakan untuk mengiringi keluarga yang mati ke jerat-jerat mereka untuk dibakar atau ditanam.


Hari Juma’at
6 DzilHijjah 1434 Hijriyah
11 Oktober 2013

Friday, October 4, 2013

TRINITY



BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM


AGAMA DI SISI ALLAH IALAH ISLAM

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah Al-Maa’idah, Ayat 3, maksudnya:

“Pada hari ini, Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku (Allah) telah cukupkan ni’matKu kepada kamu, dan Aku (Allah) telah redhakan  ISLAM  itu menjadi agama untuk kamu.”  Ayat 3

Allah says:

“This day, I (Allah) have perfected your religion for you, completed My Favour upon you, and have chosen for you  ISLAM  as your religion.”  (V5: 3)


Allah Ta’ala berfirman dalam Surah A-Li ‘Imraan, Ayat 19, maksudnya:

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya;  (perselisihan itu pula) semata-mata  kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka.  Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat  segera hitungan hisabNya.”  Ayat 19

Allah says:

“Truly, the religion with Allah is Islam.  Those who were given the Scripture (Jews and Christians) did not differ except, out of mutual jealousy, after knowledge had come to them.  And whoever disbelieves in the Ayaat (proofs, evidences, verses, signs, revelations, etc.) of Allah, then surely, Allah is Swift in calling to account.” (V3: 19)


Allah Ta’ala berfirman dalam Surah A-Li ‘Imraan, Ayat 84 dan Ayat 85, maksudnya:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan Ismail, dan Ishaq, dan Ya’qub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi; Musa dan ‘Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka.  Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam).”  Ayat 84

“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.”  Ayat 85

Allah says:

“Say (O Muhammad): “We believe in Allah and in what has been sent down to us, and what was sent down to Ibrahim (Abraham), Ismail (Ishmael), Ishaq (Isaac), Ya’qub (Jacob) and Al-Asbat [the offspring of the twelve sons of Ya’qub (Jacob)] and what was given to Musa (Moses), ‘Isa (Jesus) and the Prophets from their Lord.  We make no distinction between one another among them and to Him (Allah) we have submitted (in Islam).”  (V3: 84)

“And whoever seeks a religion other than Islam, it will never be accepted of him, and in the Hereafter he will be one of the losers.”  (V3: 85)


MEMPERSEKUTUKAN ALLAH “TRINITY” JADI KAFIR

Firman Allah Ta’ala dalam Surah Al-Maa’idah, Ayat 73, maksudnya:

“Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan (trinity)”.  Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa.  Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”  Ayat 73

Allah says:

“Surely, disbelievers are those who said: “Allah is the third of the three (in a  trinity).”  But there is no Ilah (God) (none who has the right to be worshipped) but One Ilah (God-Allah).  And if they cease not from what they say, verily, a painful torment will befall on the disbelievers among them.”  (V5: 73)


Allah Ta’ala berfirman dalam Surah An-Nisaa’, Ayat 171, maksudnya:

“Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani)!  Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al-Masih ‘Isa ibni Maryam itu hanya seorang Pesuruh Allah, dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. 

Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga “trinity”

Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu.

Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. 

Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).”  Ayat 171

Allah says:

“O people of the Scripture (Christians)!  Do not exceed the limits in your religion, nor say of Allah aught but the truth.  The Messiah ‘Isa (Jesus), son of Maryam (Mary), was (no more than) a Messenger of Allah and His Word,(“Be”!  - and he was) which He (Allah) bestowed on Maryam (Mary) and a spirit (Ruh) created by Him (Allah);  so believe in Allah and His Messengers.  Say not: “Three (trinity)!”  Cease! (it is) better for you.  For Allah is (the only) One Ilah (God), glory is to Him ((Far Exalted is He) above having a son.  To Him belongs all that is in the heavens and all that is in the earth.  And Allah is All-Sufficient as a Disposer of affairs”  (V4: 171)


SODAQALLAHUL’AZIIM



Hari Juma’at
28 DzilQa’edah 1434 Hijriyah
4 Oktober 2013