Friday, September 23, 2011

MENGENALI MUHAMMAD IBN ABDUL WAHHAB (TERKINI)

Sebagai pengenalan sepintas lalu tentang diri Muhammad ibn Abdul Wahhab, adalah disusun secara ringkas kutipan-kutipan mengenainya yang terdapat di dalam beberapa tulisan-tulisan sejarah.

Muhammad ibn Abdul Wahhab dilahirkan di ‘Uyaynah, pada tahun 1114 Hijriyah/1703 Masihi dan mati pada tahun 1206 Hijriyah/1792 Masihi. Bapanya Abdul Wahhab ibn Sulaiman adalah seorang kadi (hakim) di Al-‘Uyaynah yang terletak 30 km dari Najd atau Riyadh sekarang ini.

Muhammad ibn Abdul Wahhab mempunyai seorang saudara lelaki bernama Sulaiman ibn Abdul Wahhab.

Pada peringkat awal Abdul Wahhab ibn Sulaiman telah mendidik kedua-dua orang anaknya iaitu Sulaiman dan Muhammad mengikuti Agama Islam Agama Tauhid.

Dalam pada itu, Muhammad telah mula keluar daripada mengikuti Agama Islam yang diajar oleh bapanya dan menyebarkan fahamannya sendiri. Ia memilih Hadis-hadis mengikut kesesuaian akal fikirannya dan membuang mana-mana Hadis yang tidak bersesuaian dengan pemikirannya. Mana-mana Hadis yang tidak bersesuaian dengan akalnya, ia menghukumnya sebagai Hadis Dha’if dan Hadis Palsu.

MENGHIDU KEGIATAN SALAH

Bapa dan saudaranya telah dapat menghidu kegiatan Muhammad ibn Abdul Wahhab yang menyebarkan dakyah-dakyah baru mengenai Islam dan melarangnya supaya tidak meneruskan kegiatannya itu. Dengan keegoan dan kedegilannya, Muhammad ibn Wahhab terus menyebarkan ajaran fahamannya itu.

Bapa dan saudaranya telah memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan mengikuti ajaran fahaman Muhammad ibn Abdul Wahhab yang menyelewengkan ‘aqidah daripada Islam yang sebenar.

Bapanya meninggal dunia dalam tahun 1740 Masihi. Selepas bapanya meninggal, ia meningkatkan kegiatan penyebaran ajarannya.

BERNIKAH 20 KALI

Dalam masa hayatnya, Muhammad ibn Abdul Wahhab telah bernikah 20 kali dan mendapat 18orang anak.

Pada tahun 1744 Masihi, Muhammad ibn Abdul Wahhab telah dihalau keluar dari ‘Uyaynah kerana penduduk-penduduk ‘Uyaynah mendapati ajaran fahamannya itu salah. Muhammad Ibn Abdul Wahhab itu melarikan dirinya ke Najd atau Riyadh. Di Najd, Muhammad ibn Abdul Wahhab dilabelkan sebagai orang luar dan ia tidak diterima disitu. Muhammad ibn Abdul Wahhab membawa dirinya melalui Wadi Hanifah, Al-Jubailah dan akhirnya ia berhenti di Dirriyah yang diperintah oleh Muhammad ibn Saud.

Di Dirriyah, Muhammad ibn Abdul Wahhab mendapati ajaran fahamannya itu diterima baik kaum Saud dan dengan itu, ia dapat mengembangkan ajaran fahamannya dengan subur.

TERPESONA DENGAN KATA-KATA

Orang-orang di sana telah terpesona dengan ajarannya yang diselimuti dengan kata-kata bahawa ajarannya itu untuk membersihkan ‘aqidah beserta ucapan-ucapan palsu yang manis di mulut menyatakan bahawa ia sayangkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mana dengan kata-katanya itu telah menjadi tarikan ramai.

Dalam pada itu, Muhammad ibn Abdul Wahhab dan pengikut-pengikutnya sebenarnya menganggap Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak lain tidak bukan Baginda hanyalah seorang manusia biasa sahaja, dan sesiapa yang memuliakan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam jatuh dalam syirik.

Muhammad ibn Abdul Wahhab mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa mengikut mana-mana fahaman bermazhab adalah bid’ah yang sesat (dhalalah) yakni masuk Neraka.

MENOLAK ‘ULAMA-‘ULAMA MUKTABAR

Muhammad ibn Abdul Wahhab juga menolak ajaran-ajaran ‘Ilmu yang dibawa oleh ‘Ulama-'ulama Muktabar.

Muhammad Ibn Abdul Wahhab lahir ke dunia dalam lingkungan 950 tahun hingga 1,034 tahun selepas ‘Ulama-‘ulama Muktabar yang mana mereka itu termasuk dalam golongan generasi awal Umat Islam. Di antara mereka itu ialah: Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad bin Hanbal.

Justeru itu, adalah mustahil bagi Muhammad Ibn Abdul Wahhab memiliki ilmu dalam agama Islalm melebihi ‘Ilmu-‘ilmu ‘Ulama-‘ulama Muktabar tersebut.
Muhammad ibn Abdul Wahhab, dikatakan bahawa ia pernah menjumpai seorang spy British bernama Hemper. British ketika itu sedang menaburkan benih perpecahan di antara umat Islam di seluruh dunia.

British telah berjaya menyuntik idea revolusi ke dalam pemikiran Muhammad ibn Abdul Wahhab. Perkara ini, apabila diketahui orang akan agenda-agendanya itu, seperti biasa British telah menafikannya.

Di samping itu, di India, British telah memupukkan idea-idea perpecahan umat Islam itu dengan mengadakan puak agama Baha’i yang dipimpin oleh Bahai‘u’llah dan puak agama Ahmadiyah yang dipimpin oleh Mirza Ghulam Ahmad.

ISYTIHAR DIRI SENDIRI MENJADI PEMIMPIN

Pada tahun 1787, Muhammad ibn Abdul Wahhab telah mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai pemimpin umat Islam seluruh dunia dengan membawa ajaran yang dikenali sebagai WAHABI. Ia mati pada tahun 1206 Hijriyah/1792 Masihi. Pengikut-pengikut Muhammad ibn Abdul Wahhab, menyembah dan memujanya yakni mengikut sepenuhnya segala fatwa-fatwa halal, haram, bid’ah dan lain-lain lagi yang dikeluarkan oleh Muhammad ibn Abdul Wahhab.

FAHAMAN WAHABI DIJADIKAN AGAMA RASMI

Di antara tahun 1801-1802, kaum Saud menguasai Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah di bawah pimpinan Abdul Aziz ibn Muhammad ibn Saud. Abdul Aziz ibn Muhammad ibn Saud memerintahkan supaya ajaran fahaman Wahabi itu dijadikan agama rasmi dalam pemerintahannya, yang mana kemudian pemerintahannya dikenali dengan panggilan Saud/Wahabi.

Di bawah pemerintahan Abdul Aziz ibn Muhammad ibn Saud juga, ajaran fahaman Wahabi bergerak dan berkembang dengan bebas dan pesat di Makkah Al-Mukarramah dan di Madinah Al-Munawwarah sehingga ke daerah-daerah lain dalam Semenanjung Arab.

MEMUSNAHKAN TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH ISLAM

Dalam tahun 1803-1804, Saud/Wahabi telah meruntuh dan memusnahkan tempat-tempat bersejarah Islam di seluruh Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah, tempat-tempat bersejarah Agama Tauhid yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Bermula dengan memusnahkan kubur Saiyidatina Fatimah bint Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Rumah peninggalan Saiyidatina Khadijah r.a. semasa hayatnya bersama Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta anak-anak Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu telah dijadikan tandas awam. Rumah tempat lahir Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dijadikan maktabah. Di atas bukit Abi Qubais yang pernah tersimpan Hajarul Aswad selama 40 tahun, sekarang telah dibina istana Fahd dan lain-lain lagi.

BERHASRAT MEMBONGKAR MAQAM NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM

Saud/Wahhabi juga telah berhasrat untuk membongkarkan maqam Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Rancang itu tidak diteruskan kerana mendapat kritikan dan tentangan daripada umat Islam seluruh dunia.

Mengikut ajaran Wahabi, menziarah kubur Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan para sahabatnya radhiallahu ‘anhum adalah SYIRIK.

Pada tahun 1998, Saud/Wahabi telah menyodok dengan jentolak kubur Aminah bint Wahb bunda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, dan menyimbahkannya dengan minyak dan seterusnya tanah kubur itu dibakar.

Adalah menjadi kesalahan Wahabi menghukumkan khurafat dan bid’ah dan syirik tempat-tempat yang mempunyai sejarah Islam yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,kerana apa yang menjadi khurafat, bid’ah dan syirik ialah amalan atau perbuatan orang-orang yang jahil ilmu Agama Allah yang sebenar.

Oleh itu, orang-orang yang melakukan khurafat, bid’ah dan syirik itulah yang wajib dikenakan hukuman tersebut.

MENGGUNAKAN HASIL KEKAYAAN MINYAK

Selama dua dekad, dengan menggunakan hasil kekayaan minyak, telah dikatakan bahawa Saud/Wahabi telah membelanjakan kurang lebih 82-100 billion dollar Amerika untuk membiayai pembelajaran fahaman Wahabi, membina 1,500 masjid, sekolah, pembiayaan-pembiayaan pelbagai yang berkaitan dengan kegiatan-kegiatan Wahabi, dan lain-lain lagi di seluruh dunia.

Dengan kuasa pemerintahan dua Tanah Haram yang termulia di dunia Islam iaitu Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah, serta menguasai kekayaan hasil minyak yang banyak dan keteguhan ekonominya, maka pemahaman Wahabi itu mudah menguasai orang-orang yang jahil ilmu Allah untuk menerima ajaran tersebut.

TARIKAN DUNIA MATA BENDA

Sepanjang sejarah tamadun manusia, harta benda, kekayaan, wang dan emas itulah menjadi rebutan manusia, seperti pemerintah Namruzd dan Fir’aun.

Melalui program pembelajaran, Saud/Wahabi telah berjaya menyebarkan ajaran Mazhab Wahabi sehingga ke negara-negara dalam kawasan Asia Tenggara ini.

Pada hari Jumaat, 19hb Ogos 2011, King Abdullah bin Abdul Aziz Al-Saud, telah melancarkan projek pembesaran kawasan Masjid Al-Haram yang menelan perbelanjaan SR 80(lapan puluh) billion. (Lihat gambar reka bentuk projek).

Adalah menjadi trend orang-orang yang mempermain-mainkan agama Islam yang menjadi pemerintah di negara-negara orang-orang Islam yakni “Muslim State” tidak meletakkan Al-Quran sebagai perlembagaan negara, tetapi menjadikan Al-Quran untuk bacaan semata-mata dan membina masjid-masjid yang besar, indah dan cantik lengkap dengan perhiasan yang menarik agar kelihatan pemerintah-pemerintah itu kononnya perpegang kepada agama Islam.

Kerajaan Wahabi/Saud yang menguasai dua tanah haram itu bukan kerajaan Islam “Islamic State” kerana kerajaan itu tidak melaksanakan hukum-hukum hudud sepenuhnya dalam jajahan-jajahan takluknya. Segala peraturan dan hukum-hukum yang dijalankan oleh kerajaan Wahabi/Saud adalah mengikut fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti besar “Grand Mufti” Wahabi/Saud dan Perintah Raja (Royal Decrees).

Adalah benar seperti kata Imam Al-Ghazali rahimahullah: “Pada akhir zaman, Al-Quran itu dalam kitab dan orang-orang Islam itu dalam kubur.”

Sekarang ini terdapat ramai lulusan-lulusan daripada pusat-pusat pengajian Wahabi telah balik ke negara masing-masing semata-mata untuk memperkembangkan dakyah-dakyah Wahabi dan bukan untuk memperjuangkan Al-Quran itu supaya dijadikan perlembagaan negara mereka.

Di antara mereka itu ada yang menjadi pensyarah, guru, penceramah-penceramah agama dan dilantik memegang jawatan tinggi dalam kerajaan negara masing-masing.
Saudi Arabia

Facts & Figures

Sovereign: King Abdullah (2005)
Land area: 829,995 sq mi (2,149,690 sq km)
Population (2010 est.): 29,207,277 (growth rate: 1.7%); birth rate: 28.2/1000; infant mortality rate: 11.2/1000; life expectancy: 76.5; density per sq mi: 33
Capital and largest city (2003 est.): Riyadh, 3,724,100
Other large cities: Jeddah, 2,745,000; Makkah (Mecca), 1,614,800
Monetary unit: Riyal

More Facts & Figures

Geography

Saudi Arabia occupies most of the Arabian Peninsula, with the Red Sea and the Gulf of Aqaba to the west and the Persian Gulf to the east. Neighboring countries are Jordan, Iraq, Kuwait, Qatar, the United Arab Emirates, the Sultanate of Oman, Yemen, and Bahrain, connected to the Saudi mainland by a causeway. Saudi Arabia contains the world's largest continuous sand desert, the Rub Al-Khali, or Empty Quarter. Its oil region lies primarily in the eastern province along the Persian Gulf.
History

The kingdom of Saudi Arabia is almost entirely the creation of King Ibn Saud (1882–1953). A descendant of Wahhabi leaders, he seized Riyadh in 1901 and set himself up as leader of the Arab nationalist movement. By 1906 he had established Wahhabi dominance in Nejd and conquered Hejaz in 1924–1925. The Hejaz and Nejd regions were merged to form the kingdom of Saudi Arabia in 1932, which was an absolute monarchy ruled by sharia. A year later the region of Asir was incorporated into the kingdom.

WALLAHU A’LAMU BISSAWAB


Hari Jumaat
25 Syawal 1432 Hijriyah
23 September 2011

Tuesday, September 6, 2011