Friday, November 21, 2014

MAYAT DIBERI MAKAN HAIWAN


TIDAK PERLU KUBUR

Pengikut-pengikut Neo-Khawarij-Wahabi-Salafi fahaman Mohamad bin Abdul Wahab (1115H-1206H/1703M-1792M) di Malaysia memberi fatwa Bid’ah Dholalah masuk neraka perbuatan bertahlil, membaca talkin, menziarah kubur dan membaca Ayat-ayat suci Al-Quran Al-Kariim di kubur.

Oleh itu, maka amat sesuai bagi mayat-mayat mereka iaitu pengikut-pengikut Neo-Khawarij-Wahabi-Salafi fahaman Mohamad bin Abdul Wahab, tidak diurus dan ditanam dalam kawasan perkuburan orang–orang Islam yang beriman di mana-mana sahaja. 

Hal demikian dilakukan kerana hendak menjaga supaya mayat-mayat mereka itu tidak bercampur aduk dengan mayat-mayat orang-orang yang beriman yang ditalkinkan dan diziarahi oleh ibu bapa, kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang datang untuk mendoakan mereka.


TALKIN BID’AH DHOLALAH MASUK NERAKA

Untuk mengelak mayat-mayat pengikut-pengikut Neo-Khawarij-Wahabi-Salafi fahaman Mohamad bin Abdul Wahab ditalkinkan dan diziarah, maka disyorkan mayat-mayat mereka ini ditanam di jirat-jirat Yahudi atau Nasrani (Kristian) kerana di situ tidak perlu diadakan Solat Jenazah, tidak ada bacaan Talkin dan tidak ada bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran Al-Kariim.

Satu lagi pilihan bagi pengikut-pengikut Neo-Khawarij-Wahabi-Salafi fahaman Mohamad bin Abdul Wahab iaitu mereka boleh membuang mayat-mayat mereka samada ke dalam laut atau sungai untuk dimakan buaya dan ikan-ikan, atau dijadikan makanan binatang-binatang buas di dalam zoo atau hutan atau dibakar dan abu-abu mereka  ditaburkan ke dalam laut dan sungai supaya hilang dan tidak perlu ditalkinkan dan diziarahi oleh sesiapa pun.



Hari Juma’at
28 Muharram 1436 Hijriyah
21 November 2014


Friday, October 31, 2014

ALHABSHI


Mengikut sejarah, orang-orang dari negara Habshah disebut Habshi atau Habshee atau Alhabshi atau Al-Habshee.

Kebanyakannya orang-orang Habshi yang berketurunan dari negara Habshah “Ethiopia” itu ada di antaranya yang berpindah ke negara-negara Arab, India, Malaysia dan lain-lain.

Mereka itu mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza-beza.  Ada di antara mereka itu berpengetahuan Islam, dan ada yang kurang pengetahuannya mengenai Islam.

Orang-orang keturunan Habshi yang tinggal di mana-mana negara, sesetengah daripada mereka itu memegang jawatan-jawatan dalam parti-parti politik dan lain-lain jawatan dalam institusi-institusi tertentu dan juga sebagai ahli perniagaan dan dalam berbagai-bagai bidang pekerjaan.  

Walaupun sesetengah daripada orang-orang dari negara Habshah itu  berkahwin dan beranak cucu dengan orang-orang tempatan, namun mereka masih mengekalkan identiti mereka dengan menggunakan perkataan Habshi atau Habshee atau Alhabshi atau Alhabshee hingga sekarang ini.

Mereka mendaftarkan nama mereka dan keluarga mereka dengan perkataan “Syed atau Sayid” bagi lelaki dan “Sharifah” bagi perempuan di hadapan nama-nama panggilan mereka, seperti :

“Syed…….Ibni/Bin Syed…Al-Habshee/Al-Habshi” dan

“Sharifah…… Binti Syed……Al-Habshee/Al-Habshi”



Hari Juma’at
7 Muharram 1436 Hijriyah
31 Oktober 2014




Friday, September 26, 2014

BINGUNG


JIHADISTS…..

Lawan siapa?
Bunuh siapa?
Tumpah darah siapa?

Lawan Muslimiin?
Bunuh Muslimiin?
Tumpah darah Muslimiin?

Lawan Yahudi?
Bunuh Yahudi?
Tumpah darah Yahudi?

Lawan kafir harbi?
Bunuh kafir harbi?
Tumpah darah kafir harbi?

Lawan Kristian?
Bunuh Kristian?
Tumpah darah Kristian?


JIHADNYA DI MANA DAN KERANA APA…..

Kerana harta?

Kerana nama?

Kerana terpaksa?

Kerana telah dibuang kerja?

Kerana mendapat bayaran lumayan?

Kerana lari dari ditangkap sebab jenayah yang dilakukannya?

Kerana putus asa dalam hidup?

Kerana terlalu banyak hutang untuk dibayar?

Kerana diisytihar bankrap?

Kerana berhajat untuk dapat bersama wanita-wanita atau lelaki-lelaki di luar negara?


MAKA IA BINGUNG, JIHADNYA KERANA APA???



Hari Juma’at
1 DzulHijjah 1435 Hijriyah
26 September 2014


Monday, September 1, 2014

KISAH SEORANG PENIAGA


Peniaga:
Pasar tani
Pasar malam
Pasar tamu
Pasar rabu
Pasar minggu

Berniaga semenjak hari kemerdekaan
Di celah-celah deretan gedung-gedung perniagaan
Di atas jalan-jalan debu berterbangan
Di bawah payung-payung berkembangan

Berpindah randah dari tempat ke tempat
Menjelajah melalui sungai dan darat
Menyusun barangan diangkut dan diangkat
Mencari rezeki tak ingat lelah dan penat

Apabila datang  ribut dan hujan
Payung-payung berterbangan
Air hujan membasahi jualan
Semuanya menjadi barang buangan

Berniaga tujuh hari seminggu
Tinggal rumah sepanjang waktu
Tinggal anak-anak tiada menentu
Siang malam jarang bertemu


Lima puluh tujuh tahun telah berlalu

Peniaga:
Pasar tani
Pasar malam
Pasar tamu
Pasar rabu
Pasar minggu

Habis sudah modal simpanan
Habis kampung hilang halaman
Habis tanah pesaka warisan
Habis kudrat hilang kekuatan
Habis angan-angan berketuanan
Hilang gah hilang keperkasaan
Tiada milik gedung perniagaan
Tiada punya kedai mahupun bangunan

Nukilan oleh gmnur



Hari Isnin
6 Dzulkaedah 1435 Hijriyah
1 September 2014


Friday, August 29, 2014

MUFTI BISU


TIDAK TEGUR

Apabila berbangkit sesuatu isu semasa yang berkaitan dengan hal-hal agama Islam,  yang mana kebanyakan orang Islam tidak mengetahui sama ada ianya salah atau betul mengikut hukum Islam dan apabila sekalian mufti-mufti dan ulama-ulama tidak menegurnya mengikut hukum-hukum yang sahih, maka ramai orang-orang Islam berpendapat bahawa apa-apa amalan yang mereka lakukan itu betul sejajar dengan hukum syar’ie.


TIDAK SEPAKAT

Dalam sesetengah isu tertentu berkaitan dengan hukum-hukum Islam, terdapat  sesetengah mufti-mufti tidak sepakat mengeluarkan penjelasan dan pandangan atau fatwa-fatwa yang dikeluarkan berbeza-beza atau berlainan di antara satu sama lain, maka bertambahlah lagi kecelaruan di kalangan orang-orang Islam di Malaysia ini. 

Justeru itu, maka ramailah pula orang-orang jahil di dalam berbagai bidang pekerjaan mengeluarkan fatwa-fatwa sesat dan songsang mengikut pandangan masing-masing dalam laman sesawang, akhbar-akhbar dan ceramah-ceramah mereka.  


MUSUH DALAM SELIMUT ISLAM

Ada di antara fatwa-fatwa tersebut dikeluarkan oleh musuh-musuh Islam yang berada dalam selimut Islam yakni orang-orang yang menggunakan  Ayat-ayat Al-Quran Al-Karim dan Hadis-hadis yang telah disusun serta menggunakan nama-nama kitab yang mana semuanya itu bertujuan untuk menyesatkan orang ramai. 

Di samping itu, musuh-musuh Islam dalam selimut membawa nama-nama kitab dan menyebut nama-nama orang-orang yang kononnya alim ulama, yang tidak dikenali  ramai untuk menegakkan fatwa-fatwa mereka.

Musuh-musuh Islam itu tahu bahawa mustahil bagi kebanyakan orang-orang Islam dapat mencari dan merujuk nama-nama kitab dan nama-nama orang-orang yang disebutkan itu.  Maka dengan itu, secara tidak langsung, ramai orang Islam akan melihat mereka yakni musuh-musuh Islam ini sebagai tokoh agama.


MEROSAKKAN AKIDAH ISLAM

Disebabkan kekurangan ilmu dan pengetahuan Islam, orang-orang Islam mudah tertipu oleh musuh-musuh dalam selimut Islam itu dengan menggunakan peluang-peluang tersebut untuk terus merosak akidah mereka.

Oleh yang demikian, maka terdapat percanggahan demi percanggahan “fatwa-fatwa”, pandangan dan pendapat atas sesuatu isu hukum-hukum Islam yang berbangkit khususnya di Malaysia ini.  



Hari Juma’at
3 Dzulkaedah 1435 Hijriyah
29 Ogos 2014