Friday, September 28, 2012

ULAMA' DI MALAYSIA



JENIS-JENIS ULAMA’

Jika mana-mana negara mempunyai ramai ulama’ yang soleh, maka itu adalah suatu anugerah Allah Ta’ala, kerana pada akhir zaman, ulama’-ulama’ soleh yang benar akan hilang dan ilmu Agama Islam akan hapus sehingga bila ada orang bertanyakan sesuatu hukum Allah, tiada sesiapa  yang dapat memberikan jawabannya.

Oleh itu bila Malaysia muncul dengan ramai ulama’nya, maka ia memberi gambaran bahawa perkara ini kononnya baik.

Namun begitu bila diperhatikan dengan teliti, terdapat beberapa jenis ulama’.  Di antara mereka itu, ada yang bertaraf ulama’ soleh yang benar lagi pengamal, dan sesetengahnya terdiri daripada ulama’ gelaran, ulama’ jolokan yang boleh disenaraikan di antara mereka itu kepada beberapa jenis, golongan dan puak.

Misalannya:

1.     Ulama’ Ahlissunnah WalJama’ah

2.     Ulama’ bebas yang mengajar agama secara sendirian dari awal

3.     Ulama’ bebas yang mengajar agama selepas pencen dari jawatan kerajaan

4.     Ulama’ dalam Parti Islam SeMalaysia (Ulama’ PAS)

5.     Ulama’ dalam Parti Pertubuhan Melayu Kebangsaan (Ulama’ UMNO)

6.     Ulama’ Mazhab Wahhabi {Muhammad ibn Abdul Wahhab (1115-1206H/1703-1792H) atau disebut juga ulama’-ulama’ itu dengan jenama-jenama: Mazhab Salaf, Salafiyah, Ansar al-Sunnah, Ittiba’ al-Sunnah, Golongan Tajdid, Kaum Muda, Golongan Islah, Muslim Progresif dan lain-lain.}

7.     Ulama’ dari gerakan Ahmadiyah “Qadyani” 

8.     Ulama’ dari puak Anti Hadis (menolak, meragui Hadis atau Assunnah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai sumber kedua syari’at Islam selepas Al-Quran),

9.     Dan lain-lain lagi orang-orang yang mengaku atau yang diberi jolok-jolokan gelaran ulama’.


Sesetengah ulama’-ulama’ yang tersebut di atas menjawat berbagai-bagai jawatan dalam pentadbiran kerajaan, badan kehakiman, institusi-institusi pendidikan, pentadbiran-pentadbiran  agama Islam, pertubuhan-pertubuhan media massa, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain.

Dengan ramainya orang-orang yang diberi gelaran ulama’ sekarang ini, maka ramailah pula rakyat Malaysia akan menjadi celaru dengan bawaan fahaman masing-masing ulama’ yang mana ianya menjuruskan kepada banyak cabang perpecahan di dalam Islam di Malaysia. 

Lebih-lebih lagi, dalam zaman teknologi maklumat tanpa sempadan sekarang ini, maklumat-maklumat dan dakyah-dakyah agama boleh disebarkan dengan cepat  dan meluas.  


FATWA DAN PANDANGAN

Perpecahan tersebut sememangnya berlaku kerana tiap-tiap ulama’ itu sama ada ia seorang ulama’ soleh yang mengamal, atau ulama’ suu’ “ulama’ jahat” (ulama’ jahat ialah ulama’-ulama’ yang mencintai dan mengejar dunia semata-semata, atau ulama’ upahan, atau ulama’ yang menjual agama kerana dunia), masing-masing ada ramai yang mengikuti bawaan, ajaran dan fahaman mereka itu.

Oleh itu orang-orang Melayu Islam di Malaysia khususnya, tidak dapat lari dari fenomena perpecahan fahaman mengenai Islam termasuk perbezaan fatwa yang dikeluarkan oleh tiap-tiap puak ulama’ dan masing-masing mempertahankan pendapat puaknya tanpa mahu balik kepada persepakatan dan bermusyawarah berpandukan Al-Quran dan Hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Malaysia mempunyai 14 buah negeri yang masing-masing mempunyai 14 Jawatankuasa-jawatankuasa  Fatwa Negeri dan 1 Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.

Adakala, didapati ada perbezaan fatwa di antara satu negeri dengan negeri yang lain, dan percanggahan pendapat secara peribadi di antara orang-orang perseorangan yang diberi gelaran ahli-ahli agama;  di antara contoh-contohnya adalah seperti tersebut:

·         1.   Majlis Fatwa Negeri Perlis  mengeluarkan di antara Fatwa-fatwanya ialah mengharamkan bacaan      Qunut solat subuh di masjid-masjid, sedangkan bagi negeri-negeri lain dibolehkan bacaan Qunut.


·          2.  Pada tahun 2011, terdapat perbezaan Fatwa di antara Mufti Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Fatwa Kebangaan mengenai dengan TARIAN POCO-POCO.  Tarian POCO-POCO ini asalnya adalah suatu tarian agama di mana lelaki dan perempuan menari bersama-sama.

·         3.   Dan lain-lain lagi.


BUIH DI LAUTAN

Fenomena ketidak sepakatan dalam hal-hal agama Islam di Malaysia ini menjadikan retak-retak perpecahan yang sedia ada semakin membesar di antara orang-orang Melayu Islam.

Perpecahan-perpecahan itu juga membawa kepada ketidak seragaman hukum hakam atau perundangan Islam di mahkamah syari’ah di Malaysia, dan keputusan penghakimannya pula dipertikaikan di luar mahkamah melalui media massa-media massa oleh orang-orang yang tidak mempunyai kewibawaan, seperti dalam kes
Kartika Sari Dewi Shukarno (Tahun 2008 – 2010), telah didapati bersalah kerana minum arak dan telah dijatuhkan hukuman sebat. 

Seorang individu, bekas mufti telah menyuarakan pendapatnya selepas penghakiman itu dijatuhkan, maka pendapatnya itu telah dibuat tafsiran oleh sesetengah masyarakat, sama ada pro atau kontra, sehingga hukuman sebat itu disemak semula.
 
Perpecahan demi perpecahan, akhirnya umat Islam sekarang ini hanya menjadi seperti buih air di lautan yang mana dengan mudah, boleh dikincah-kincahkan, hancur, hanyut dipukul ombak dan dibawa dengan tidak menentu arah tujunya oleh arus yang ganas.  Buih-buih yang kecil dan lemah itu pula akan tenggelam bersebati dalam arus gaya kehidupan kafir, kecuali hanya golongan yang sedikit sahaja.

WALLAHU A’LAMU BISSAWAB


Hari Jumaat
12 Zulkaedah 1433 Hijriyah
28 September 2012 

Friday, September 21, 2012

SURAT DARIPADA TOK AYAH


Bismillahirrahmaanirrahiim.

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh, cucunda yang dikasihi.

Cucunda,

Tidak lama lagi cucunda akan menduduki peperiksaan yang akan membawa cucunda ke alam yang berbeza daripada alam persekolahan maka Tok Ayah mengambil kesempatan ini untuk menulis sepucuk surat kepada cucunda.

Surat Tok Ayah ini agak panjang, jadi Tok Ayah harap cucunda bersabar dan mengambil masa untuk membaca surat Tok Ayah ini.

Cucunda,

Semasa cucunda balik seketika dalam masa cuti hujung minggu kali ini, banyak perkara yang dapat kita bincangkan.  Di antaranya mengenai peperiksaan dan pembelajaran, khususnya peperiksaan dalam bulan November dan Disember ini.

Cucunda,

Hari dan bulan berjalan menjadi lebih cepat lagi apabila seseorang itu belum sempat membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan;  banyak topik dan  mata pelajaran yang belum habis di menelaah dan dibuat kajian.

Sekali sekala, cucunda nampak mengeluh kerana cemas.  Cemas bukan kerana takut menghadapi peperiksaan atau takut tidak berjaya.  Apa yang membuat cucunda menjadi cemas ialah takut tidak mendapat “straight A’s”  nanti, yakni mendapat markah cemerlang dalam semua mata pelajaran. 

Perasaan takut dan gerun itulah yang menjadi tekanan perasaan (stres) yang membawa cucunda kepada lemah mengingati pelajaran-pelajaran yang diulangkaji, sedangkan mengingati pelajaran-pelajaran itu adalah lebih mustahak daripada mengingati kehendak orang lain yang mahu cucunda mendapat kejayaan “straight A’s” bagi memenuhi kebanggaan ibu bapa, saudara mara, guru–guru sekolah dan di samping itu dikatakan akan menaikkan nama atau prestasi sekolah di mana cucunda belajar.

Cucunda,

Tok Ayah dapati sesetengah ibu bapa yang mahukan kejayaan anak-anak mereka hanyalah untuk berbangga-bangga dan menunjuk-nunjuk di antara kalangan mereka.

Jadi bagi sesetengah anak-anak, mereka akan merasai bahawa mereka belajar bertungkus lumus untuk mendapat kejayaan “straight A’s” bukanlah untuk diri mereka sendiri tetapi untuk ibu bapa mereka, atau untuk menunjuk-nunjuk kepada saudara mara mereka, atau untuk guru-guru sekolah mereka atau untuk menaikkan prestasi sekolah mereka.

Sekiranya anak-anak mereka itu tidak dapat mencapai apa yang dikehendaki, sesetengah ibu bapa itu akan membebel dan menunjukkan reaksi  yang kurang sihat terhadap anak-anak mereka.

Mereka juga akan membandingkan kebolehan anak-anak mereka dengan anak-anak orang lain yang mendapat “straight A’s” dengan menunjukkan perasaan yang kurang memuaskan yang menuju hala kepada perasaan mereka merasa malu dengan keputusan peperiksaan anak-anak mereka yang tidak mendapat “straight A’s”.

Ibu bapa-ibu bapa seperti ini sebenarnya lebih mementingkan diri mereka sendiri kerana sibuk dengan urusan harian mengejar dunia mereka sehingga mereka tidak ada masa untuk duduk bersama-sama dengan anak-anak mereka sambil membimbing dan memberi sokongan agar anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang.

Cucunda,

Cucunda mempunyai  jati diri sendiri sebagai seorang yang beriman, bijak dunia dan akhirat, yang mana hanya meletakkan dan bergantung segala harapan, kejayaan dan pujian tidak kepada yang lain, hanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’alaa Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Harus diingatkan bahawa  kejayaan cucunda dalam peperiksaan adalah terletak di atas bahu cucunda sendiri.  Barangsiapa yang berusaha kerana Allah Ta’alaa, pasti ia dapat dengan izin Allah Ta’alaa kerana janji Allah Subhanahu Wa Ta’alaa itu adalah benar.

Oleh itu, jangan sekali-kali cucunda meminta pertolongan daripada manusia atau makhluk lain, kerana manusia itu sendiri lemah dan memerlukan pertolongan, dan begitu juga sekalian makhluk-makhluk yang dijadikan Allah Subhanahu Wa Ta’alaa tidak berkuasa menolong cucunda.

Cucunda,

Di antara sebab-sebab kesusahan yang mana menjadi kesusahan hati seseorang itu  yang amat sangat adalah berpunca daripada seseorang itu mahu Allah Ta’alaa mengikut kehendak nafsunya (nafsu seseorang itu), dan yang lebih jahat lagi bila seseorang itu berdo’a meminta dengan penuh perasaan bahawa ia berhak atas permintaannya itu.

Cucunda,

Janganlah berputus asa dan mendakwa Allah Ta’alaa kerana lambat permintaan do’a dimakbulkan, tetapi hendaklah cucunda memperbetulkan diri cucunda sendiri supaya tidak melambat-lambatkan atau melengah-lengahkan apabila melaksanakan kewajiban-kewajiban cucunda terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’alaa.

Di sini Tok Ayah salinkan sedikit kata-kata indah dari kitab Al-Hakam yang berbunyi:

“Janganlah merasa lambat pemberian Allah Ta’alaa kepadamu, pada hal engkau telah bersungguh berdo’a kepadaNya sehingga menyebab putus dan patah harapan sebab Allah Ta’alaa menjamin menerima semua do’a dalam apa jua yang Ia (Allah) kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu, dan pada waktu yang ditentukanNya, bukan waktu yang engkau tentukan.” 

Dan, orang yang beriman mempercayai bahawa apa yang diberi Allah Ta’alaa itulah yang terbaik baginya, meskipun ianya tidak bersesuaian dengan kemahuan dan kehendak nafsunya.

Cucunda,

Akhir sekali, cucunda ambillah ingatan bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’alaa memerintahkan hambanya supaya berusaha menuntut harta kekayaan di dunia ini sepertimana firmanNya dalam Surah Al-Qasas, Ayat 77, maksudnya:

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah  kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia;…”

Ingatlah, bila cucunda berjaya dalam kehidupan di dunia ini bahawa semuanya itu datangnya dari Allah Subhanahu Wa Ta’alaa.  Oleh itu cucunda wajib berbuat baik kepada Allah Subhanahu Wa Ta’alaa sebagaimana Allah Subhanahu Wa Ta’alaa telah berbuat baik kepada cucunda, maka patuhlah akan firman Allah Ta’alaa dalam Surah Al-Qasas, Ayat 77, maksudnya:

“Dan berbuat baiklah kepada Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah);  dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi;  sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.”  Ayat 77

Cucunda,

Semoga Allah Ta’alaa memberi hidayah pertunjuk kepada cucunda dan cucunda berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang ini, InsyaAllah.


Tok Ayahmu


Hari Jumaat
5 Dzulka’edah 1433 Hijriyah
21 September 2012



Friday, September 14, 2012

TIDAK BERIMAN SESEORANG ITU APABILA.......



MENGHINA ALLAH, RASULNYA DAN MALAIKATNYA

Allah Ta’ala berfirman dalam Surah An-Nisaa’, Ayat 136 dan Ayat 137 maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman!  Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. 

Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan  Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.”  Ayat 136

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, (maka) Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi pertunjuk HIDAYAH  kepada mereka ke jalan yang benar.”  Ayat 137

Seseorang yang mengaku ia seorang Islam yang mengucap dua Kalimah Syahadah, rosak pengakuan Syahadahnya, apabila ia menghina Allah Ta’ala mengenai sifat-sifatNya dan mempermain-mainkan keimanannya iaitu ia sering tukar imannya kepada kafir dan daripada kafir kepada beriman, dan daripada beriman kepada kafir semula.

Dan, rosak pengakuan Syahadah mereka bagi orang-orang yang menghina dan mencerca Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengenai apa jua yang berkaitan dengan diri Baginda, sifat Baginda, pakaian Baginda, kehidupan Baginda dan lain-lain lagi yang berhubung kait dengan Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, melalui percakapan atau tulisan atau tayangan gambar (filem) atau lukisan dan sebagainya.

Dan, seseorang itu bukan juga seorang yang beriman, jika ia tidak beriman dengan Malaikat-malaikat dan menyamakan sifat-sifat Malaikat-malaikat dengan syaitan la’natullah atau tidak beriman dengan kesemua atau salah satu daripada enam Rukun Iman iaitu: 

1    1.   Iman kepada Allah
2    2.   Iman kepada Malaikat-MalaikatNya
3    3.   Iman kepada Kitab-kitabNya
4    4.   Iman kepada Rasul-rasulNya
5    5.   Iman kepada Hari Akhirat
6    6.   Iman kepada Qada’ dan Qadar

Firman Allah Ta’ala dalam Surah An-Nisaa’, Ayat 150 dan Ayat 151 yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) berkata:  “Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain,”  serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu:” Ayat 150

“Mereka itulah orang-orang yang KAFIR dengan sebenar-benarnya.  Dan Kami (Allah) telah menyediakan bagi orang-orang KAFIR itu azab siksa yang menghina.”   Ayat 151

Justeru itu, orang yang mengaku ia seorang Islam atau orang yang dilahirkan dalam Islam yang tidak beriman kesemua Rukun Iman atau salah satu daripadanya seperti yang tersebut di atas, adalah nyata orang tersebut orang yang sesat dan kafir sebagaimana terdapat dalam  “Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran” bagi menghuraikan firman Allah Ta’ala dalam Surah An-Nisaa’, Ayat 150 dan Ayat 151,  dengan mengkategorikan orang-orang kafir itu terbahagi kepada tiga puak:

1    1.   Puak yang pertama tidak beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya seperti orang-orang Komunis,    Atheis, dan lain-lainnya yang tidak beragama.

2    2.   Puak yang kedua pula beriman kepada Allah sahaja dan tidak beriman kepada Rasul-rasulNya .

      (Puak Anti Hadis yang menolak atau meragui Hadis atau Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang mengikut fahaman tersebut telah    difatwakan sebagai murtad, keluar dari Agama Islam yang suci.)

3     3.  Puak yang ketiga pula beriman kepada setengah Rasul-rasul Allah dan kufur kepada setengahnya yang lain, seperti kaum Yahudi yang beriman kepada Nabi Musa ‘Alaihissalam dan kufur ingkar kepada Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam dan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;  dan kaum Kristian (Nasrani) yang  beriman kepada Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam dan Nabi Musa ‘Alaihissalam, tetapi TIDAK BERIMAN KEPADA NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM.

Kesemua golongan itu adalah KAFIR BELAKA dan akan menerima azab siksa neraka pada hari Akhirat kelak kerana umat manusia seluruhnya diwajibkan beriman kepada Allah Ta’ala dan sekalian RasulNYa, mulai dari Nabi Adam ‘Alaihissalam hingga kepada Nabi yang akhir sekali, iaitu Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.


Hari Jumaat
27 Syawal 1433 Hijriyah
14 September 2012

Sunday, September 9, 2012

ANAK ZINA TIDAK MEWARISI HARTA DAN DOSA



TIDAK BERZINA BILA ADA IMAN

Bila nafsu syahwat mengatasi akal, seseorang itu akan hilang pertimbangan dan kewarasan dan akan mengaburkan pengetahuan agama yang ada padanya,  maka berzinalah lelaki dan perempuan Islam itu hingga melahirkan anak.  Mereka juga sanggup dengan zalimnya, membunuh nyawa anak-anak yang dikandung atau yang telah lahir hasil perzinaan yang mereka lakukan.

Orang-orang yang dilahirkan dalam Islam sama ada ia pelajar atau pengajar agama Islam atau ia ahli ibadah atau ia seorang pemerintah yakni ia dilahirkan oleh kedua ibu bapanya yang beragama Islam, bila tiada iman padanya, maka berlakulah perzinaan dan sumbang mahram di mana sahaja;  remaja berzina, orang dewasa berzina, orang yang bertunang berzina, orang yang berkahwin berzina dan orang tua juga berzina, maka lahirlah ramai anak-anak zina.

TIADA ISTILAH ZINA BAGI KAFIR

Bagi orang-orang kafir dan orang-orang yang serupa dengan mereka, istilah zina tiada dalam kehidupan mereka.  Presiden berzina, perdana menteri berzina, menteri-menteri berzina, V.I.P-V.I.P. berzina, suami-suami berzina, isteri-isteri berzina, anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan berzina. 

Maka dalam kehidupan orang-orang kafir dan orang-orang yang serupa dengan mereka juga tidak ada istilah anak zina.  Seseorang  perempuan kafir boleh melahirkan beberapa orang anak hasil daripada perzinaannya dengan berlainan lelaki.

Berlainan dengan orang-orang yang beriman, perzinaan adalah dosa besar dan hukumannya berat.
  
KERATAN AKHBAR  

Melihat kepada kenyataan akhbar bertajuk “Baby-dumping cases escalate” yang disalinkan di bawah ini, dan siaran-siaran berita TV sekarang ini mengenai dengan kes-kes buang anak, maka tertanya-tanya bahawa anak-anak zina keturunan bangsa apakah mereka itu. 

Apa yang dilaporkan dalam berita-berita itu adalah kes-kes buang anak sama ada yang ditemui itu masih hidup atau sudah mati, tidak dilaporkan pula keturunan mereka.

Laporan-laporan akhbar tidak memaparkan semua kejadian buang anak hasil dari perlakuan penzinaan atau sumbang mahram yang berlaku secara rahsia yakni anak-anak yang telah digugurkan, anak-anak yang dibuang secara rahsia, yang tidak dapat dikesan yang mana kemungkinan jumlah kes-kesnya lebih besar lagi.

Masyarakat harus menerima hakikat bahawa di Malaysia ini terdapat ramai anak-anak zina atau anak-anak sumbang mahram yang mana sesetengahnya menjadi ibu bapa dan datuk nenek dan ramai juga yang telah mati.

Semoga anak-anak zina yang masih hidup, tidak menyambungkan warisan dosa melakukan zina seperti yang dilakukan oleh kedua orang Islam yang berzina itu yang menyebabkan mereka lahir ke dunia ini.

Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Anak-anak zina putus nasab dan tidak mewarisi harta pesaka dan dosa orang-orang lelaki dan perempuan Islam yang melakukan zina yang menyebabkan mereka lahir ke dunia.


“Baby-dumping cases escalate"
The star online    
PETALING JAYA: There has been a spike in the number of baby-dumping incidences since 2010.
After dropping from 102 cases in 2008 to 79 in 2009, the figure increased to 91 and 98 in 2010 and 2011 respectively.
So far this year, 31 cases were reported, Women, Family and Community Development Ministry deputy secretary-general Harjeet Singh said.
He said the increasing numbers could be due to more reports being made and society becoming aware of the scourge.
He said feedback from counselling sessions and case studies at several shelter homes for those aged under 18 listed peer pressure and lack of knowledge about reproductive health as the two most important factors that led to unwanted pregnancies.
“The desire to fit in influenced many teenagers into adopting the lifestyle of their peers,” he said after launching a “Say No to Baby Dumping” seminar here.
Harjeet said teenagers mixed freely with little parental supervision these days.
“Sometimes, the in-thing among them is to go to parties or have intimate relationships with their partners,” he said, adding that many of the young were not educated on how to avoid getting into such situations.
Syarhah Mohamed Tahir, a project administrator at OrphanCARE, said some underage teens were coaxed into having intimate relationships while others believed that their partners were truly in love with them.
OrphanCARE is an NGO that was started in 2008 to help expedite the adoption process for abandoned babies and children in orphanages. Consultant clinical psychologist Dr Alvin Ng Lai Oon said it was more important for teenagers to be taught skills to deal with unwanted pregnancies.”

Hari Ahad
22 Syawal 1433 Hijriyah
9 September 2012