Wednesday, December 9, 2009

PAIP AIR PECAH


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

ASTRO

Di NOSO, pada hari Isnin, 1 haribulan Disember 2009, kami menyambut hari lahir Amiir, genap dua tahun. NOSO ialah nama rumah keluargaku sekarang.

Pada siang hari itu, kami adakan rihlah keluarga dalam kawasan pagar rumah serta membaca doa selamat untuk mendapat keberkatan Allah Subhanahu Wata’alaa.

Tujuan kami ialah untuk bersukaria dan menikmati makan siang di laman rumah.

Daripada pagi sampai ke malam kecuali masa tidur, kaca TV di rumah NOSO seolah-olah berputar-putar disebabkan pertukaran “channel” sering berlaku.

Ada sahaja yang menekan butang “channel” “remote control” dan sekejap lagi ada pula yang menukar ke “channel” yang lain.

Begitulah yang berlaku kerana hendak mencari “channel-channel” yang menayangkan gambar yang baru tetapi kebanyakan cerita-cerita yang di tayangkan oleh Astro, sama ada sinema, komedi, kartun dan apa-apa lain lagi adalah ulang tayangan.

Budak-budak zaman sekarang lain daripada zaman aku semasa kanak-kanak dulu waktu zaman Jepun tahun 1940, tak ada televisyen atau radio.

WAYANG KULIT DAN MAKYONG

Aku masih ingat, pada masa itu aku selalu ikut kawan-kawan pergi tengok wayang kulit. Biasanya cerita Sri Rama dan Sita Devi bersama Sang Hanuman.

Bagiku, sekali sekala terhibur juga dengan pertunjukan itu. Adakala aku tertidur kerana sebenarnya aku tak begitu minat tapi kerana ajakan kawan-kawan, aku ikut juga.

Selain daripada itu aku juga diajak menonton Makyong. Makyong itulah yang amat aku tak suka. Dalam pertunjukan Makyong, kebanyakan pelakon-pelakonnya tua-tua belaka macam datuk-datuk.

Pakaian-pakaian mereka berwarna warni serta muka mereka diconteng tebal-tebal dengan alat kosmetik bagi menyelindungi muka mereka yang hodoh berkedut itu. Namun begitu aku nampak ramai juga orang-orang muda lelaki atau perempuan yang tergila-gila dengan anak (pelakon) Makyong itu.

CERITA KOREA

Dalam masa aku mengelamun imbasan masa zaman kanak-kanak aku itu, aku terhenti bila mendengar suara bising. Rupa-rupanya ada yang sedang berebut-rebut “remote control” Astro kerana pada masa itu cerita Korea sedang ditayangkan.

Bagi yang bersekolah asrama, mereka jarang dapat menonton Astro kerana tayangan-tayangan gambar di kaca televisyen itu kurang memberi manafaat. Ini membuat minda mereka suci daripada pencemaran-pencemaran nilai-nilai yang dibawa oleh orang-orang kafir (Yahudi dan Nasrani [Kristian]).

Tayangan-tayangan gambar yang mempamerkan babak berpeluk-pelukan, bercium-ciuman, pendedahan aurat dan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan.

Menonjol-nonjolkan karakter anjing dan babi dalam siri-siri kartun di samping aksi-aksi ganas yang melampau seperti memecah barangan dan pergaduhan yang tidak ada kesudahan.

AIR TAK ADA

Selepas solat Maghrib, kami duduk makan ‘asya iaitu makan malam yang diikuti dengan hidangan kek , ais krim dan buah-buahan yang selalu disebut sebagai pencuci mulut. Kadang-kadang terasa anih juga penggunaan perkataan “pencuci mulut”.

Setelah selesai makan dan bacaan doa kesyukuran dengan memuji Allah Subhanahu Wata’alaa kerana telah memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami orang-orang Islam.

Arsy, Sofi, Malia dan Ir bergotong royong mengangkat pinggan-pinggan ke dapur untuk dibasuh oleh Sofi. Malam ini, Sofi dengan sukarela mengambil tugasan membasuh pinggan.

Sekonyong-konyong terdengar suara Sofi berkata: “Air tak ada!”.

Kami semua terkejut dan kehairanan. Semua terdiam. Mungkin menunggu penjelasan daripada Sofi seterusnya. Sofi juga diam.

Aku masuk ke dapur untuk melihat apa yang terjadi sebenarnya.

Memang benar air tak ada.

Aku terdiam kecemasan. Fikiranku mula mencari-cari sebab mengapa tiba-tiba air tak ada.

Aku bergegas keluar rumah untuk melihat kalau-kalau meter air tertutup atau paip besar di luar pecah.

Di kawasan taman perumahan ini dulu selalu paip air pecah kerana paipnya di bawah tanah dan kecil pula saiznya. Aku diberitahu bahawa paip-paip tersebut sudah lama dan kecil pula jadi tidak dapat menahan tekanan air yang kuat.

CEMAS

Sebelum aku dapat kepastian apakah yang menyebabkan air di rumahku tak ada. Mungkinkah rumah-rumah dalam taman perumahan yang sama juga tidak ada air?

Dalam masa mencari-cari jawaban itu, fikiranku mula menjelajah keluar lebih jauh daripada taman yang aku tinggal sekarang ini. Menjelajah hingga ke Iraq, Pakistan, Afghanistan, dan Gaza di Palestin.

Jika aku yang baru sebentar tadi tak ada air, sudah menjadi resah dan gelisah; bagaimana pula saudara-saudara Islam di negara-negara yang mengalami bertahun-tahun keadaan kezaliman tentera-tentera kafir yang menceroboh negara-negara tersebut?

Renungkanlah bagaimana negara Afghanistan telah dicerobohi dan diduduki tentera-tentera asing kurang lebih delapan belas tahun. Sepuluh tahun diduduki tentera Russia dan delapan tahun diduduki pula oleh tentera Amerika dan NATO dari Eropah.

Pengeboman berlaku di sana sini, ramai yang mati; kanak-kanak, wanita dan lelaki. Berapa ramai kanak-kanak menjadi yatim, isteri-isteri menjadi janda, suami kehilangan anak dan isteri.

Bagi yang masih hidup hilang segalanya; harta benda, tempat tinggal dan rumahtangga.

Semua angkara itu dilakukan oleh orang kafir dan juga orang-orang yang mengaku diri mereka Islam tetapi munafik talam dua muka. Orang-orang talam dua muka ini pun telah ada semenjak dari zaman Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Mereka bersolat di belakang Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Mereka juga mendirikan masjid, mengadakan pembangunan dan kemajuan-kemajuan fizikal yang nampak menarik kepada orang-orang mencintainya.

Ketua munafik tersebut pada zaman Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, namanya ialah Abdullah bin Ubay.

Di hadapan orang-orang mukmin mereka mengaku sebagai orang-orang yang beriman, kononnya jaguh memperjuangkan kebebasan negara, bangsa dan agama. Pada waktu yang lain pula orang-orang munafik itu pergi kepada sekutu-sekutu kafirnya menyatakan yang mereka itu hanya memperbodoh-bodohkan orang-orang yang beriman.

Orang-orang munafik itu sanggup mengajak tentera-tentera kafir datang membunuh kaum-kaum bangsanya sendiri dengan alasan menghapuskan pengganas “terrorist”. Hakikat sebenarnya orang-orang munafik itu tak lain dan tak bukan ialah untuk mendapat kuasa pemerintahan dengan bantuan tentera-tentera kafir.

PENGGANAS SEBENAR

Aku mula membandingkan keadaan di rumahku yang tidak ada air dengan orang-orang yang ditindas dengan kezaliman. Sudah tentu mereka itu lebih menderita dan lebih susah lagi berbanding dengan apa yang aku sedang alami sekarang.

Mereka kekurangan makanan, pakaian, dan serba keperluan harian mereka. Kehidupan mereka tidak dapat mereka uruskan dengan baik bertahun-tahun lamanya.

Ladang-ladang poppy, jagung dan lain tanaman yang menjadi mata pencarian orang-orang yang ditindas itu dimusnahkan oleh penceroboh kafir dan orang-orang munafik yang zalim lagi ganas itu. Tujuan mereka semata-mata untuk melemahkan kehidupan dan ekonomi orang-orang Islam yang beriman.

Dalam keadaan kebanyakan daripada rakyat negara itu menjadi susah dan miskin, orang-orang munafik bersenang lenang tinggal dalam istana presiden dan menteri-menteri menjadi kaya raya. Mereka duduk makan malam, minum teh dengan pemimpin-pemimpin dunia kafir di White House, German, Brussel dan lain-lain tempat lagi.

TERMENUNG

Balik kepada keadaan rumahku yang tidak ada air, rupa-rupanya paip yang diletak alat penapisan air menyembur keluar air. Bila aku perhatikan dengan lebih dekat, aku dapati alat penapis air itu telah pun pecah mengakibatkan rumahku tidak berair.

Aku terus menutup kepala paip meter di luar kawasan rumah untuk mengelakkan air daripada memancut terus keluar begitu sahaja.

Aku mula memikirkan bagaimana keadaan kami malam itu dan esok harinya, apabila air tangki di atas bumbung rumah juga kehabisan nanti? Bagaimana hendak mandi, bersuci, berwuduk dan juga keperluan yang lain-lain lagi?

AIR TANGKI KEHABISAN SELEPAS SOLAT SUBUH

Alhamdulillah, esok paginya kami semua dapat menunaikan solat subuh barulah kehabisan air tangki.

Kurang lebih pukul delapan aku hidupkan kereta terus ke kedai cina penjual “hardware” menanyakan alat penapis air.

Cina itu belum pun menjawab pertanyaanku, sebaliknya dia bertanyakan aku bagaimana alat penapis air itu boleh pecah. Aku kehairanan dengan pertanyaan itu sedangkan aku sendiri tidak tahu bagaimana alat itu boleh pecah.

TIDAK ADA KEDAI HARDWARE MELAYU

Ini bukan kali pertama aku bertanya-tanyakan diriku sendiri; mengapa setelah lima puluh dua tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, belum ada orang-orang Melayu yang dapat membuka kedai hardware mereka sendiri. Atau sekurang-kurangnya membuka kedai menjual paip-paip serta peralatan kelengkapan kerja-kerja air untuk kemudahan pengguna-pengguna di luar bandar.

Aku pernah mendengar pemimpin-pemimpin negara mungucapkan kata-kata gerak semangat kepada rakyat di antaranya: “ Kita orang-orang Melayu perlu ada kuasa politik dan mempertahankan kedudukan ketuanan Melayu” .

Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamed pernah menyebut: “Kita orang-orang Melayu perlu berniaga secara “Ali Baba” iaitu berkongsi dengan bangsa asing khususnya taikun-taikun cina supaya dapat kita belajar selok belok perniagaan.”

Tambahnya lagi: “ Malaysia ini jika tidak ada orang cina, maka tak ada perniagaan dapat dijalankan.”

NYANYIAN YANG TAK DAPATKU LUPAKAN

Akhirnya aku ke Batang Kali, bandar kecil dalam daerah Hulu Selangor. Di sana ada sebuah kedai hardware kepunyaan cina yang terbesar bagi seluruh daerah ini.

Di situ aku dapat beli alat penapis air yang sama jenama dengan harga 34 ringgit.

Setelah aku pasang alat penapis yang baru itu, maka teringatlah aku akan nyanyian yang didendangkan oleh kanak-kanak anak orang Melayu di luar bandar. Lagu nyanyian itu memikat hatiku kerana susunan seni katanya amat mudah serta dalam ertinya.

Seni katanya berbunyi seperti berikut:

BUAI LAJU-LAJU

SAMPAI KE PUCUK SENA

BELI BAJU BARU

DI KEDAI CINA



Hari Rabu

22 Dzil Hijjah 1430 Hijriyah

9 Disember 2009

Friday, November 20, 2009

PUAK TAJDID DAN MULHID

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

TAJDID

Selain daripada puak-puak yang Anti Hadis, dan lain-lain puak yang menjadi musuh kepada Islam yang sebenar, sekarang ini ada satu puak yang menggelarkan diri mereka sebagai puak tajdid yang kononnya untuk membaharui ajaran-ajaran dalam Islam. Mereka itu senantiasa mempertikaikan hukum-hukum Allah Subhanahu Wata’alaa yang mana mereka rasa tidak sesuai pada pandangan logik mereka.

MULHID

Mulhid pula adalah puak yang tak menerima hukum-hukum dalam Islam, mengumpat-ngumpat tentang agama Islam, meninggalkan perintah-perintah Allah Ta’ala dan RasulNya serta cenderung kepada kezaliman dan menyangka buruk terhadap Allah Subhanahu Wata’alaa.

DUA DALAM SATU

Mulhid dan tajdid itu bolehlah digabungkan kedua-dua puak itu menjadi satu. Mereka itu berselindung di sebalik nama Islam tetapi sifat-sifat dan pemikiran mereka menyamai musuh Islam.

CETEK ILMU PENGETAHUAN AGAMA ISLAM

Islam yang sebenar telah berada di Malaysia ini lebih awal yakni sebelum orang-orang yang mengaku diri mereka sebagai puak tajdid itu lahir ke dunia ini.

Segala ilmu dan didikan agama puak-puak tajdid itu, tidak lain tidak bukan mereka dapat daripada Ulama-ulama yang terdahulu daripada mereka. Tanpa Ulama-ulama yang terdahulu itu, sudah tentu mereka menjadi musyrik dan kafir daripada awal kelahirannya lagi.

Selepas mereka mendapat sedikit ilmu agama Islam, puak tajdid itu sudah mula mencemuh kewibawaan Ulama-ulama yang beramal lagi muktabar yakni Ulama-ulama yang senantiasa takut akan Allah Subhanahu Wata’alaa.

MEMPERTIKAIKAN AL-QURAN DAN HADIS

Puak-puak tajdid itu, walaupun pandai dalam bahasa Arab, mereka bukan sahaja tidak dapat mendalami kefahaman Al-Quran Al-Karim sepertimana juga sesetengah bangsa Arab yang berbahasa Arab tidak dapat memahaminya.

Ada di antara mereka itu, orang-orang Arab keturunan syed-syed Quraisy jahiliyah dan menganut agama Nasrani (kristian) dan lain-lain lagi.

Puak-puak tajdid itu tidak menghafal ribuan Hadis-hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Banyak Hadis-hadis Nabi yang mereka tidak ketemu, tidak baca dan tidak faham.

Namun begitu mereka menonjolkan diri mereka seolah-olah mereka sahajalah yang dapat menilaikan tentang kesahihan , da’if, hasan dan gharib sesebuah Hadis itu.

Sebenarnya penilaian Hadis-hadis itu telah pun selesai dibuat lebih awal lagi oleh para-para sahabat radiallahu ‘anhum dan ahli-ahli Hadis “Al-Muhaddisiin” sehingga tersebar luas ke seluruh dunia dan menjadi sumber hukum-hukum dalam Islam.

Tanpa para-para sahabat radhiallahu ‘anhum, para-para pengikut dan pengikut-pengikutnya sekalian, Islam tentu tidak akan berkembang sebegitu luas ke serata dunia.

Sesungguhnya dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’alaa, Agama Tauhid iaitu Agama Islam terus tetap dijaga dan dipeliharaiNya.

Dengan kejahilan dan kebodohan mereka, puak-puak tajdid itu dengan angkuh dan sombongnya mengeluarkan dengan cepat, petua-petua dalam agama Islam mengikut persepsi-persepsi mereka sendiri.

Jika perkara-perkara amalan yang sedia diamalkan oleh Ulama-ulama muktabar itu tidak ada dalam ilmu pengetahuan puak-puak tajdid itu, mereka mengatakan bahawa amalan-amalan Ulama-ulama muktabar itu tidak terdapat dalam Al-Quran dan Hadis dan amalan-amalan itu semuanya bid’ah dan khurafat tanpa usul periksa lagi.

MENGKRITIK ULAMA

Seperkara yang jelas bahawa puak-puak tajdid itu telah diberikan tempat dan peluang oleh pihak-pihak berkuasa sekular untuk berceramah agama, menulis mengenai Islam dan sebagainya.

Untuk menjadikan ceramah-ceramah mereka nampak seolah-seolah betul , mereka mencedok dan memplagiatkan hasil-hasil tulisan daripada kutipan-kutipan mafhum Hadis termasuk juga cedokan-cedokan karya-karya daripada Ulama-ulama yang terdahulu dan Ulama-ulama Empat samada tentang keilmuan, falsafah dan hukum-hukum syari’e.

Sebalik cedokan-cedokan itu, mereka mengkritik pula Hadis-Hadis, Ulama-ulama dan Imam-imam Empat.

Hari Jumaat
3 Dzil Hijjah 1430 Hijriyah
20 November 2009

Friday, November 13, 2009

BERINGAT-INGAT BILA CARI MAKANAN

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

Ingat! Bila berjalan-jalan cari makanan
Jangan terburu-buru masuk kedai makan
Yang ada ayat-ayat Al-Quran dipasangkan
Semuanya itu hanya hiasan luaran

Walee

KERATAN AKHBAR METRO 13 NOVEMBER 2009

‘Mamak’ tidak tahu mengucap

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

BANGI: Mengaku kononnya adalah penganut agama Islam tulen namun rata-rata pekerja sebuah restoran ‘mamak’ muslim yang disoal siasat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah atau membaca surah al-Fatihah sekali gus membongkar rahsia identiti mereka yang sebenar.

Lebih mengejutkan pemilik restoran berkenaan sengaja menggantung deretan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad di dalam premis untuk memperdaya pelanggan yang menyangka ia restoran halal.

Taktik itu dibongkar Jakim selepas penyamaran dilakukan kakitangannya di restoran berkenaan sejak sekian lama sebelum melakukan serbuan semalam.

Kewujudan restoran `halal’ palsu itu dibongkar selepas sepasukan lima pegawai Jakim dibantu enam pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menjalankan serbuan mengejut di restoran berkenaan di Jalan Bangi di sini, semalam.

Pemeriksaan diketuai Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, dilakukan selepas mendapat aduan berhubung kesangsian orang ramai terhadap sijil halal milik restoran berkenaan.

Sumber Jakim berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, pegawai Jakim yang menjalankan pemeriksaan menyoal siasat lapan pekerja warga asing restoran berkenaan yang ketika itu sedang melayan berpuluh pelanggan Islam.

Menurutnya, kebanyakan pekerja dari India itu pada mulanya mengaku beragama Islam, namun gagal membaca surah al-Fatihah atau mengucap dua kalimah syahadah.

“Mereka tiba-tiba menjadi gagap dan hanya menggeleng kepala sekali gus membuktikan mereka bukan beragama Islam seperti didakwa.

Menurutnya, pemilik restoran sengaja menggantung kalimah ayat suci Al-Quran, Allah dan Nabi Muhammad di dinding premis termasuk ayat seribu dinar untuk mengaburi pemilik sebenar restoran berkenaan.

“Semua ayat al-Quran itu sengaja digantung di atas kaunter pembayaran selain sijil halal palsu yang turut diguna pakai bagi meyakinkan pelanggan seolah-olah restoran terbabit milik orang Islam.

“Siasatan susulan terhadap sijil pendaftar syarikat (ROC) bagaimanapun mendapat bukti paling jelas apabila nama pemilik yang tertera pada dokumen bukan Islam,” katanya......

Friday, November 6, 2009

SARANG BURUNG YANG KOSONG "THE EMPTY NEST"


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

HIDUP TANPA BELAIAN

Pada 1 haribulan Mac, cuaca di hari itu sejuk sedikit berbanding hari-hari sebelumnya kerana rahmat hujan pada malamnya. Hari terus mendung sehingga waktu Zuhur. Setelah selesai solat, aku keluar ke halaman rumah sambil menghirup udara yang nyaman itu, aku membelek-belek pokok-pokok tanaman di sekeliling rumahku.

Di hadapan rumahku ada serumpun bunga melor atau disebut juga bunga jasmine. Sudah lama aku tanam sehingga terlupa bila masa sebenarnya aku tanam pokok itu. Ingat-ingatku mungkin sepuluh atau lima belas tahun yang lalu.

Semenjak menanamnya, aku biarkan ia hidup tanpa belaian. Aku tidak menjirusnya kecuali pada mula-mula aku menanamnya dahulu. Walaupun aku tidak mempedulikannya, ia terus hidup segar dengan jirusan air hujan dari langit dan khasiat makanan dari dalam bumi.
Pokok-pokok bunga melor itu, aku lihat selalu mengeluarkan bunga putih bersih berseri. Baunya wangi bila aku melintasi kawasan itu.

Aku pernah terbaca tentang beberapa khasiat bunga melor ini dalam sebuah buku yang dihadiahkan oleh Cik Junidza menantuku. Buku itu bertajuk “The Encyclopedia of Herbal Medicine” oleh Thomas Bartram, yang mencatitkan bahawa bunga melor atau Jasminum Grandiflorum boleh dijadikan penawar penenangan saraf “nerve relaxant”. Caranya ialah menjadikan bunga melor itu sebagai teh dan diminum tiga kali sehari. Aku pernah minum “Jasmine Tea” yang dibeli oleh anakku Profesor Madya Dr. Ahmad Rohi. Aku meminumnya hanyalah semata-mata untuk merasa teh itu sahaja. Sudah tentu ianya tidak memberi apa-apa kesan yang boleh aku ceritakan kerana aku tidak ikut jadual peraturan meminumnya.

MAKANAN POKOK

Dikata orang bahawa pokok dan tumbuh-tumbuhan mendapat makanan yang mengandungi bahan-bahan organik di dalam bumi yang mana di antaranya disebut N.P.K.

“N” ialah nitrogen. Kandungan bahan ini digunakan oleh pokok untuk mengeluarkan daun, juga untuk membesarkan dan menghijaukan daun-daun.

“P” ialah phosphorus. Kandungan bahan ini digunakan oleh pokok untuk menggalakkan pengeluaran buah dan juga untuk menambahkan serta menguatkan akar-akarnya.

“K” ialah potassium (potash, kalium). Kandungan bahan ini digunakan oleh pokok untuk pembungaan, warna dan saiz dan juga untuk menguatkan batang pokok.

Pokok-pokok melor itu terus hidup mengikut tabi’inya di celah-celah pepohon-pepohon lain yang tumbuh sama-sama segar di sekelilingnya. Di situ di celah ranting-ranting dan dedaun-dedaun pokok melor itu kulihat sepasang burung merbah membuat sarang yang indah susunan jalinannya dan amat seni dibuat daripada rumput-rumput dan daun-daun kering.

Bentuk sarang itu nampak seperti mangkuk yang sederhana besarnya. Mungkin hanya boleh memuatkan seekor burung sahaja. Sarang itu bukan untuk burung-burung itu tidur berpasangan di dalamnya .

Biasanya aku lihat burung tidur bertenggek di atas dahan-dahan pokok bukan dalam sarang yang dibuatnya. Sarangnya dibuat untuk persediaan bertelur dan untuk mengeram sehingga menetas telur-telurnya.

Selepas itu induk burung itu akan terus tinggal di dalam sarang itu dan di waktu malam tidur bersama-sama dengan anak-anaknya yang masih kecil.

KEMAHIRAN MEMBUAT SARANG

Bila aku renung, memerhatikan sarang burung di atas pokok melor itu, terlintas di dalam kepalaku betapa pandainya burung-burung itu membina sarangnya.

Dari manakah burung-burung itu mendapat latihan kemahiran dan kepandaian membuatnya?

Bagaimanakah burung-burung itu tahu bahan-bahan dan cara susunan serta jalinan bahan-bahan tersebut agar menjadi kukuh dan rapi, tidak terjatuh bila dipukul ribut atau ditimpa hujan?

TUKANG RUMAH

Dalam kehidupan manusia hari ini, sesebuah rumah atau bangunan dibina oleh orang-orang yang pandai dan mahir atau oleh orang-orang yang ada pengetahuan seni bina dan lain-lain lagi yang berkaitan dengannya. Bukan semua orang boleh membina rumah atau bangunan sendiri.
Bagi menyiapkan sebuah rumah atau bangunan manusia perlu mendapat kerjasama bantuan daripada beberapa orang lain seperti: arkitek, engineer dan lain-lain lagi. Tetapi burung-burung boleh membina sarangnya sendiri tanpa memasuki mana-mana institusi pelajaran tinggi atau mempelajari pertukangan pembinaan dan sebagainya.

DUA BIJI TELUR

Pada suatu pagi, aku menjenguk ke dalam sarang burung merbah di atas pokok bunga melor itu ada terdapat dua biji telur. Telur-telur itu berwarna keputih-putihan dan berbintik-bintik kelabu dan coklat hampir-hampir sama warna dengan bahan-bahan yang dijadikan sarang burung itu.

Semasa aku berdiri dekat dengan pokok melor tersebut, dua ekor burung nampak sibuk terbang ke sana ke sini hampir denganku. Aku agak ia memberi amaran supaya jangan mendekati dan jangan membahayakan anaknya.

Selepas aku beredar dari situ, aku nampak kedua-dua ekor burung itu pula terbang berkejar-kejaran satu sama lain sambil bersiul-siulan. Aku mengandaikan kelakuan seperti itu disebabkan burung-burung itu amat gembira dan bahagia sekali. Entahlah samaada andaianku itu betul atau tidak, aku bukanlah faham bahasa burung.

DUA BENDA HITAM

Pada pagi 9 haribulan Mac, aku pergi melihat sarang burung itu dan aku dapati ada dua benda hitam yang lembut di dalam sarang burung tersebut.

Aku terus memerhatikan dua benda hitam itu dan kelihatan benda itu berdenyut-denyut, maka tahulah aku bahawa dua benda hitam itu ialah anak-anak burung yang baru menetas.

Ketika itu badan anak-anak burung itu belum berbulu lagi. Apa yang boleh dilihat di atas kulitnya itu ialah bintik-bintik tajam seperti duri buah durian yang muda.

BERBEZA ANAK BURUNG DENGAN ANAK AYAM DAN ANAK ITIK

Aku perhatikan anak-anak burung itu semasa baru menetas berbeza dengan anak-anak ayam atau anak-anak itik yang pernahku pelihara suatu masa dulu.

Anak ayam yang baru menetas diselaputi bulu-bulu yang halus dan basah dengan lendir dari telur.

Selepas beberapa minit bulu-bulu itu bertukar menjadi gebu semacam baldu yang licin dan halus. Badan anak ayam itu bulat, cantik dan menarik.

Ia terus mengeluarkan suara dan keluar masuk di celah ketiak kepak induknya.

Bulu-bulu anak ayam itu terus berada pada badan anak-anak ayam itu dan bertukar ganti dengan bulu-bulu yang lebih keras di kepak dan sayapnya apabila ia membesar bagaikan pakaian yang diciptakan semulajadi baginya.

Bulu-bulu itu menutupi ketul-ketul daging dan kulitnya daripada dilihat orang di samping terlindung daripada terkena panas dan hujan dan mengelakkan daripada gigitan serangga dan sebagainya.

MENYUAP ANAK

Selepas aku dapati anak-anak burung itu telah menetas, aku kerapkali pergi mengintip gerak geri dua ekor anak burung itu bila aku kelapangan.

Anak-anak burung itu disuap makanan oleh kedua-dua induknya secara bergilir-gilir beberapa kali sehari. Aku nampak makanan yang dibawa itu serangga atau cebisan-cebisan buah-buahan dan entah apa-apa lagi tidaklah aku dapat pastikan.

Aku tidak dapat pastikan bilangan kekerapannya kerana itu adalah di luar kemampuanku. Apa yang dapat aku pastikan ialah burung-burung itu tidak ada simpanan makanan seperti manusia.

Anak-anak burung tersebut cepat membesar, gerak gerinya cergas dan sihat pula.
Aku dapat lihat bulu badannya daripada tiada kepada ada dan sudah hampir penuh tetapi masih pendek begitu juga dengan ekornya. Matanya hitam kilat bercelak dan paruhnya nampak semacam keras dan besar sedikit jika dinisbahkan dengan ukuran badannya.

VITAMIN A, B, C, D DAN E…

Apabila aku melihat kepada anak-anak burung itu begitu kuat dan sihat serta bulu-bulunya berkilat-kilat, aku mula menanya diriku sendiri. Apakah makanan yang disuapkan oleh induk-induk burung itu? Adakah ia mengandungi vitamin-vitamin yang istimewa dan sempurna yang ada mengandungi vitamin-vitamin A, B, C, D, E dan lain-lain lagi sepertimana aku pernah mendengar para-para doktor menasihati pesakit-pesakit mereka supaya memakan makanan yang bervitamin.

Aku sendiri juga pernah membaca artikel-artikel mengenai vitamin-vitamin yang ditulis oleh pakar-pakar perubatan dan pakar pemakanan.

Untuk menjadikan badan sihat, pakar-pakar pemakanan sentiasa menasihatkan orang ramai supaya mengambil makanan yang berkhasiat dan mengandungi vitamin-vitamin yang cukup seperti daging, susu, ikan, telur, sayur-sayuran dan sebagainya.

Sedangkan burung-burung itu tidak makan makanan-makanan seperti yang tersebut tetapi masih sihat ; tulang-tulangnya kuat, matanya terang dan tubuh badannya didapati sempurna.

SARANG YANG KOSONG “THE EMPTY NEST”

Pada pagi 17 haribulan Mac, aku nampak anak-anak burung tersebut mempunyai bulu dan bulu sayapnya sudah penuh. Warna badannya kekuningan dan bulu sekeliling matanya putih serta kelopak matanya hitam bercelak.

Lebih kurang jam pukul 5.00 petang hari itu, perasaanku terharu, menjadi kosong dan sepi apabila aku pergi melihat dan mendapati sarang burung itu sudah menjadi kosong, senyap dan sunyi. Di situ tiada lagi suara kicauan burung-burung dan anak-anaknya.

Anak-anak burung itu sudah terbang meninggalkan sarangnya.


Hari Jumaat
19 Dzil Qa’edah 1430 Hijriyah
6 November 2009

Saturday, October 24, 2009

24 OKTOBER


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

36,266,400 minit

Masaku di sini

Dengan rahmatMu, Engkau kurniakan daku

Udara

Air

Berbagai jenis makanan

Minuman

Dari darat

Dan dari laut

Engkau rizkikan daku

Siang

Malam

Setiap saat dan waktu

Tiada putus-putus

Engkau Yang

Maha Pengasih

Lagi Maha Penyayang

Engkau kurniakan daku

Isteri-isteri yang solehah

Anak-anak yang soleh

Dan dzuriyat keturunanku yang baik-baik

Serta sejuk mata memandang

Ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku

Hidupkan daku dengan iman

Matikan daku dalam iman

Masukkan daku ke dalam syurgaMu dengan iman

Amiin Ya Allah

Amiin Ya Rahmaan

Amiin Ya Rahiim

LA ILAHA ILLALLAH

Hari Sabtu

06 Dzil Al-Qa’idah 1430 Hijriyah

24 Oktober 2009

Friday, October 2, 2009

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

TUNANGAN HIDUPMU

Tunangan hidupmu

Bertunangan sejak lahirmu

Tak pernah renggang seketika dan waktu

Mengekori segala gerak gerimu


Tunangan hidupmu

Amat setia kepadamu

Amat cinta kepadamu

Tiada sesaat melupaimu


Tunangan hidupmu

Berpaut kasih setia menunggu

Walaupun seribu tahun hidupmu

Ia tidak resah dan tidak jemu


Tunangan hidupmu

Tidak melihat rupa parasmu

Tidak memandang keturunanmu

Tidak peduli bangsamu

Tidak memilih miskin kayamu

Tidak kira cinta atau bencimu

Ia tetap menunggumu


Tunangan hidupmu

Sampai dewasa mengintai-intaimu

Engkau tidur ia baring di sampingmu

Engkau bangun ia berdiri bersamamu

Engkau berjalan ia mengikut langkahmu


Tunangan hidupmu

Lahir bersamamu

Tanpa penentuan umurmu

Mulai dari lahir atau kecil atau tuamu

Ia hadir tanpa hilang sesaat umurmu

Di alam dunia ia pasti bertemumu

Di tanah mana di bumi mana tidak engkau tahu

Di saat pertemuan itu akhirlah hayatmu

Di akhirat ia bercerai selama-lamanya dari kamu


Hari Jumaat

13 Syawal 1430 Hijriyah

2 Oktober 2009

Arthur Van Schendelplein 77

2624 CS Delft

The Netherlands

Friday, September 11, 2009

EXCERPT FROM ARAB NEWS 11 SEPT.2009


Mobile phone menace in holy placeBadea Abu Al-Naja Arab News

PIETY: Pilgrims circumambulating Kaaba on Thursday.

MAKKAH: It is the bounden duty of a Muslim to respect the marks of Islam and behave without violating the solemn atmosphere of the holy places. Some people, unfortunately forget that they are in the most holy place on earth, especially when they circumambulate around the Kaaba, talking on their mobile phones, discussing mundane matters or joking and laughing at the top of their voice while most others are engrossed in prayers is pure violation of the sanctity of the holy place.

Ahmad Alya, a pilgrim, told Arab News that the workers in the Grand Mosque should make it a point to stop anyone who commits deeds that violate the sanctity and tranquility of the holy precinct. “One day I saw a man, while performing tawaf (circumambulation), talking on his mobile phone in a high voice and laughing. Such deeds should not be tolerated,” he said.

Bara Salah, another pilgrim said, “The authorities should take steps to stop anyone speaking loudly and other actions that violate the sanctity of the Grand Mosque. I heard the man close to me discussing real estate prices on a cell phone. I told him to stop it and focus on the rites so that he did not disturb other pilgrims. His response was a blank look at me as he continued to talk on the phone.”

Salah, however, was more outraged by the fact that another man was talking on his cell phone while standing under the shadow of the Kaaba. There he was more concerned in conveying the message to the other party on the phone that he was presently in Makkah and he would meet him personally when he returns from Makkah to Jeddah. This imparting of the message was more important to him then praying and completing his tawaf to seek forgiveness. As if the use and abuse of cell phones in the holy precincts are not enough there are people more intent in recording their tawaf rather than completing the spiritual journey. There are people going round the Kaaba with another person recording it on a video camera, and then there are instances of two men meeting at any point of circumambulation and opening up a conversation until the end of their tawaf.

Makkah chief of the Commission for Promotion of Virtue and Prevention of Vice, Sheikh Ahmad Al-Ghamdi, said while one has to be respectful and not raising one’s voice is a necessary part of the manners.

“A Muslim should be busy with his rituals and worships and keep away from any act that disrupts or diverts his attention,” he said, adding, “A man in his prayer should not look at his mobile to see who is calling him or his watch or do anything that diverts his attention from the act of worship. The same is the case with tawaf and saay (walking between Safa and Marwah).

Uttering the name of God and supplications are the only permitted things while doing them. Talking with friends or family will only violate the veneration of the places of worship.”

Monday, September 7, 2009

DZULQARNAIN


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

KECELARUAN DI ANTARA MITOS DAN SEJARAH

ARAB MUSYRIK BONEKA YAHUDI

Kisah Dzulqarnain ini adalah sebuah kisah yang diwahyukan Allah Ta’alaa kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk menjawab pertanyaan orang-orang Arab musyrik di atas suruhan kaum Yahudi kerana hendak menguji kebenaran baginda.

Oleh kerana kisah Raja Iskandar telah dikaitkan dengan Dzulqarnain yang mana disebut oleh orang-orang Melayu Raja Iskandar Dzulqarnain, maka sedikit sebanyak terdapat kecelaruan dalam kepercayaan bagi setengah-setengah golongan khususnya orang-orang Melayu dan umumnya penduduk-penduduk lain di seluruh Nusantara.

Tulisan yang pendek ini bukanlah suatu tulisan sejarah. Namun apa pun adalah diharap dengan tulisan yang ringkas ini bolehlah kita sama-sama berusaha memikirkan apa sebenarnya kisah Dzulqarnain itu dengan membuat semakkan-semakkan Hadis-hadis dan Kitab-kitab yang masyhur.

SEJARAH DITULIS OLEH NASRANI DAN YAHUDI

Adapun pengajian sejarah itu adalah penting bagi mendapat gambaran-gambaran yang sebenar pada tempat, zaman, masa dan peristiwa. Namun begitu kita dapati apa-apa sejarah termasuk sejarah Islam biasanya diolah dan ditulis semula oleh orang-orang kafir, Nasrani dan Yahudi yang mengubah fakta-fakta mengikut nafsu jahat dan hasad dengki mereka terhadap Islam.

Dari buku-buku sejarah yang tidak dirujuk kembali kepada Hadis-hadis dan Kitab-kitab yang masyhur itu, maka ada di antara pengkaji-pengkaji sejarah sama ada untuk pembelajaran atau untuk lain-lain tujuannya; mahu tak mahu terpaksa membaca buku-buku sejarah tersebut yang membawa kepada kecelaruan dan percanggahan fakta-fakta di antara buku-buku sejarah itu di atas subjek yang sama.

Di samping Yahudi dan Nasrani, ada juga pemindaan dan pengubahan fakta-fakta atau artifak-artifak Islam atau tempat-tempat sejarah Islam dilakukan oleh orang-orang yang diberi gelaran cendekiawan-cendekiawan Islam. Mereka itu terdiri daripada orang-orang yang mendapat kelulusan dalam pengajian Islam daripada Yahudi dan Nasrani.

Mereka juga meminda kisah-kisah sejarah Islam dengan mengurang atau menokok tambah supaya catitan kisah-kisah yang sebenar dalam Al-Quran dan Hadis-hadis menjadi samar dan seterusnya menjadikannya seolah-olah cerita dongeng dahulu kala.

Nasrani dan Yahudi berjaya mengubah ayat-ayat dan kisah-kisah yang terdapat dalam kitab-kitab Taurat, Zabur dan Injil; cendekiawan-cendekiawan yang mengaku diri mereka Islam pula dapat mengubah dan menokok tambahkan fakta-fakta dalam sejarah Islam tetapi mereka tetap gagal dalam usaha mereka untuk mengubah ayat-ayat Al-Quran Al-Karim. Namun begitu mereka terus cuba melakukannya tanpa berhenti.

MUTASYABIHAAT

Justeru itu, setiap orang mukmin wajib berwaspada dan menjaga kesucian Al-Quran. Begitu juga jika apa-apa jua penemuan sejarah atau lain-lain hasil daripada penyelidikan dan kajian yang mana bercanggah dengan apa-apa yang disebutkan atau yang dinyatakan atau yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis, maka bagi seseorang mukmin wajib ia berpegang kepada Al-Quran dan Hadis sahaja kerana Allah Ta’alaa Lebih Mengetahui dan Lebih Bijaksana.


Sekiranya terdapat sesuatu penemuan yang ada persamaan dengan apa yang dinyatakan secara samar-samar “Mutasyabihaat” di dalam Al-Quran dan Hadis, maka hendaklah mengambilnya sebagai kebetulan sahaja tetapi bukan sah dan benar.

SIAPAKAH DZULQARNAIN?

Dzulqarnain ialah gelaran yang bererti ‘yang mempunyai dua tanduk’, yang melambangkan bahawa kekuasaannya meliputi negeri-negeri di barat dan di timur.

Allah Ta’alaa dengan rahmatNya memberikan kuasa pemerintahan dan segala kemudahan, termasuk kekuatan tentera, untuk menjayakan segala yang hendak dilakukan oleh Dzulqarnain, seorang pemimpin “Imam” yang beriman lagi soleh.

Di dalam Al-Quran Surah Al-Kahfi, Ayat-Ayat; 83, 84, 85, 86, 87, 88, 89, 90, 91, 92, 93, 94, 95, 96,97,98 dan 99; Allah Ta’alaa tidak menerangkan siapakah sebenarnya Dzulqarnain dan bila zamannya. Dengan itu terdapat banyak andaian-andaian mengenai siapa sebenarnya Dzulqarnain itu.

Professor Dr. HAMKA, menulis dalam “Tafsir Al-Azhar”, di antara lain katanya:

“Apabila kita renung dan perhatikan sifat-sifat dan kebijaksanaannya di dalam menaklukkan suatu negeri sebagai tersebut di dalam Al-Quran sampai kepada sikapnya setelah selesai membuat bendungan (tembok) penting penghambat banjir (kemasukan?) Ya’juj dan Ma’juj itu, kita sudah dapat mengambil kesan bahawa orang ini bukan sembarang orang. Terang bahawa dia seorang Kepala Perang, Penakluk, Pahlawan gagah Perkasa dan penuh kebijaksanaan.


Dibuktikan lagi oleh ayat-ayat itu bahawa dia telah menaklukkan negeri-negeri sebelah Barat dan sebelah Timur. Di negeri yang ditakluknya dijalankannya hukum yang ‘adil. Di atas dari itu semuanya dia pun percaya kepada Kekuasaan Tuhan dan percaya bahawa di belakang hidup yang sekarang ada lagi Hari Pembalasan, Hari Akhirat.”

SIAPAKAH ALEXANDER THE GREAT?

Alexander The Great “Megas Alexandros” atau Alexander III of Macedon, ialah Raja Greek Purba.

Dilahirkan pada 20 Julai, 356 Sebelum Masihi, di Pella, Macedonia.

Bapanya Philip II of Macedon dan ibunya Olimpias of Epirus.

Beliau menaiki takhta menggantikan bapanya Philip II of Macedon dalam tahun 336 Sebelum Masihi.

Beliau mati di Babylon pada 10 Jun atau 11 Jun, 323 Sebelum Masihi pada umurnya 32 tahun.


Kematiannya disebabkan diracun atau akibat minum arak.

Alexander The Great mendapat pendidikan khusus dalam bidang falsafah dan sastera daripada guru peribadinya iaitu Aristotle, salah seorang ahli falsafah Yunani purba yang masyhur hingga kini. Aristotle adalah murid kepada Plato seorang ahli falsafah.

Beliau berkahwin dengan Roxana of Bactria dan Stateira of Persia.

Beliau mempunyai anak Alexander IV Aegus yang memerintah di antara tahun 323 – 309 Sebelum Masihi.

Alexander The Great adalah seorang musyrik.

MITOS DI BUKIT SEGUNTANG MAHAMERU

Professor Dr. HAMKA, dalam “Tafsir Al-Azhar”, Juzu’ ke 16, muka surat 259, menceritakan di antara lain bahawa dalam buku “Sejarah Melayu” , yang ditulis oleh Tun Sri Lanang, menyebut bahawa Kerajaan Melayu Tua berasal dari sebuah tempat bernama Bukit Seguntang Mahameru, Raja-raja Melayu pun membangsakan keturunan mereka kepada Iskandar Dzulqarnain.

Ceritera ini rupanya pun masuk pengaruhnya ke dalam dongeng-dongeng orang Melayu.

Seterusnya Prof. Dr. HAMKA menceritakan bahawa dalam buku “Sejarah Melayu” menyebut:

“Dikatakan bahawa seorang Raja bernama Iskandar, bergelar Dzul Qarnain, berasal dari negeri Macedonia, menaklukkan negeri Hindi sampai berperang dengan Raja Kida Hindi dan Raja Kida Hindi itu kalah, lalu masuk Islam menurut Agama Nabi Ibrahim Khalilullah. Dan ketika Iskandar Dzul Qarnain nikah dengan puteri Raja Kida Hindi itu, yang menjadi Qadhi yang menikahkan ialah Nabi Khidhr. Dan nama puteri Raja Kida Hindi itu ialah Syahrul-Bariyyah.
Perkahwinan Raja Iskandar dengan Puteri Syahrul-Bariyyah binti Raja Kida Hindi itu melahirkan seorang putera diberi nama Aristun Syah. Dari Raja Aristun Syah inilah turun-temurun, dan bertali juga dengan Raja Anusyirwan Al-Adil, yang menurunkan raja-raja Melayu yang kemudian dimulai dengan Raja Suran, yang pernah kahwin dengan puteri raja di dasar Laut yang bernama Aftabul-Ardh, dan nama puteri itu Mahbatul-Bahr. Kemudian Raja Suran kahwin dengan Puteri Raja Keling, dan seorang di antara anaknya bernama Bicitram Syah: Itulah yang menjelma di atas Bukit Seguntang Mahameru, menjadi Sang Sapurba Terambri Sri Tribuana, Raja Melayu yang mula menjelma datang ke dunia.”

CYRUS THE GREAT – KURUSY KABIR

Terdapat di antara penulis-penulis dan pengkaji sejarah dari kalangan kafir dan Islam yang membandingkan ketokohan Cyrus The Great of Persia itu kononnya ada persamaan dengan Dzulqarnain yang tersebut namanya di dalam Al-Quran Al-Karim.

Cyrus The Great dikenali juga sebagai Cyrus II of Persia and Cyrus The Elder. Beliau adalah penubuh empayar Parsi, dan memerintah selama 30 tahun.

Lahir: 600 Sebelum Masihi (SM) atau 576 SM

Tempat Lahir: Anshan Parsi

Mati : 530 SM

Tempat Mati: Syr Darya, Parsi

Tempat dikebumikan: Pasargadae, Parsi

Beragama: ZOROASTRIANISMA

AKHIR KATA

Prof. Dr. HAMKA, dalam “Tafsir Al-Azhar” menyudah kata berkaitan dengan Dzulqarnain itu, katanya: “Dan sebagai kesimpulan dalam soal Dzulqarnain ini, ialah bahawa kita percaya adanya seorang Dzulqarnain, sebab ada kisahnya dalam Al-Quran. Tetapi siapakah orangnya yang sebenarnya, Al-Quran sendiri tidak menerangkan dan Hadis yang sahih pun tidak. Segala yang tersebut dalam kitab-kitab tafsir, hanya semata tafsir, semata kemungkinan; bukan yaqin.”

WALLAHU A’LAMU BISSAWAB

Catatan pada
Hari Jumaat
14 Ramadhan 1430 Hijriyah
4 September 2009

Monday, August 24, 2009

A'UDZUBILLAHI MINASY-SYAITAANIRRAJIIM


sSIS (5)

Agence France-Presse - 8/24/2009 6:01 AM GMT

Beer-drinking Muslim model wins caning reprieve

A Muslim model who was sentenced to be caned for drinking beer won a surprise reprieve Monday when she was abruptly released after being detained by Malaysian religious officials.
Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, was last month sentenced by a religious court to six strokes, making her the first woman to face caning under Islamic law in Malaysia, a moderate Muslim-majority country.

She was taken into custody Monday from her family home in northern Perak state by three religious officials who were to transport her to a jail outside Kuala Lumpur where the sentence was to be carried out.

But after moving a short distance, the vehicle halted for almost an hour and then returned.
"I am unable to execute the warrant of arrest and the court order at this moment," Sharifuddin Zainal Ariffin, enforcement chief from the Islamic department in Pahang state told her family.
Sharifuddin said his orders had come from "higher authorities" and that Kartika was officially released from their custody, but was not able to say whether the sentence could be carried out later.

"I am speechless," said Kartika, who initially refused to get out of the van. "I want to know what my status is. I want a black and white statement from them," she told reporters.

Kartika, who has refused to appeal against her sentence and challenged authorities to cane her in public, went to a police station to lodge a report, saying she wanted to make it clear she had not evaded detention.

Her father, Shukarno Mutalib, 60, reacted angrily to the about-face and said it could reflect badly on Islam, which forbids drinking alcohol.

"My daughter wants the sentence to be done. I'm afraid that people will make fun of the religion," he said. "Don't make my daughter a toy to play with."

The part-time model and mother of two, who lives in neighbouring Singapore, had pleaded guilty to drinking alcohol at a hotel nightclub.

Her case has caused a national sensation, and at her family's village more than 50 supporters turned out and chanted "God is Great" and "There is no God except Allah."

Before being taken into custody, Kartika emerged red-eyed but smiling from her parents' home, wearing a purple headscarf with a floral baju kurung, a flowing traditional outfit worn by many Muslim women in Malaysia.

"I am calm. God willing I hope this caning punishment will be realised. It will be a deterrent to Muslims, I am ready to accept the caning. I have already repented," she said.

Neighbours rallied round to give her their support.

"I have known Kartika since she was a small girl," said one 64-year-old villager, Wan Alawiah.
"She is a good girl and I'm sad she will be caned but I ask myself why Kartika is being caned when a lot of other Muslims drink. I feel she has been victimised," she said.

Alcohol is widely available in Malaysia but is theoretically forbidden for Muslim Malays, who make up 60 percent of the population. They can be fined, caned, or jailed for up to three years but prosecutions are extremely rare.

Malaysia, a multicultural country with large Chinese and Indian communities, has a dual-track legal system and sharia courts can try Muslims for religious and moral offences.

Islamic scholars have mostly backed the sentence, and said it would be carried out when Kartika was fully clothed and with a cane that is smaller and lighter than the heavy length of rattan used in criminal cases.

However, the chief sharia judge of neighbouring Terengganu state has reportedly expressed doubt over the way the unusual case was handled, and warned Kartika could have grounds for a lawsuit.

Human rights group Amnesty International has urged Malaysia not to carry out the sentence and to abolish the "cruel and degrading punishment."

Friday, August 14, 2009

A'UDZUBILLAHI MINASY-SYAITAANIRRAJIIM


sSIS (4)

ANAK LUAR

AWAL PERMULAAN ZINA

Dengan kejayaan syaitan melucutkan pakaian syurga daripada Adam dan Hawa seperti tersebut dalam post sSIS (3) yang lalu, maka sSIS terus menerus melucut dan membuka pakaian anak cucu Adam bagi mendedahkan ‘aurat mereka untuk ditonton ramai.

Justeru dari situlah, bermula rangsangan hawa nafsu lelaki dan perempuan melalui mata, mulut dan hati bagi melakukan kejahatan, maksiat dan zina, sepertimana tersebut dalam sebuah Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda (mafhumnya):

“Sesungguhnya Allah Ta’alaa telah menetapkan bahagian anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”

A’WAR PESURUHJAYA ZINA

A’war, adalah salah satu daripada anak-anak iblis laknatullah, yang mana ia juga pesuruhjaya iblis bagi menjalankan kerja pembawa zina, yang menyuruh manusia kepada zina dan menganggapnya bagus lagi baik.

Dengan kehendak dan nafsu manusia itu sendiri mengikut ajakan-ajakan syaitan yang menampakkan zina itu baik dan bagus, manusia cenderung melakukan zina terang-terangan atau bersembunyi-sembunyian.

Dengan itu istilah “Fahsyaa’” zina dan dosa besar tidak ada dalam kamus dan minda orang-orang kafir dan sSIS. Mereka itu hidup dengan mempunyai gaya hidup, makan, minum dan sebagainya seperti binatang. Mereka tidak mengambil kira tentang hukum halal atau haram, dosa atau pahala.


Allah Ta’alaa berfirman dalam Surah Muhammad, Ayat 12 (maksudnya):

“Dan orang-orang yang kafir menikmati kesenangan (di dunia) serta mereka makan minum sebagai mana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.” Ayat 12

MERIT KEPADA KES

Mengikut hukum syara’ , orang-orang yang melakukan zina dikenakan rejam, sebat, penjara, buang negeri mengikut kategori “Muhsan” dan “Bukan Muhsan” , dan merit kepada kes masing-masing. Hukum zina adalah jelas seperti firman Allah Ta’alaa dalam Surah An-Nur, Ayat 2 (maksudnya):

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” Ayat 2

Dalam sebuah Hadis, dari ‘Ubadah bin Shamit r.a. katanya: “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda (mafhumnya):

“Laksanakanlah hukumku! Laksanakanlah hukumku! Sesungguhnya Allah telah menetapkan hukum bagi mereka yang berzina. Apabila bujang dan gadis (sama-sama belum kahwin), hukumannya dera seratus kali dan penjara satu tahun. Apabila janda dan duda (sama-sama sudah kahwin) yang berzina, hukumannya dera seratus kali dan rejam sampai mati.” Sahih Muslim.

KHALWAT

sSIS membantah hukum Allah dan RasulNya seperti yang tersebut di atas dengan alasan hukuman itu tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia. Sehingga banyak kes-kes zina telah diubah kepada kes ber”khalwat”. Istilah “khalwat” ini hanya digunakan di negara tertentu sahaja dan bukan semua negara orang-orang Islam yang lain. Istilah “khalwat” itu diguna pakai sebagai pengelakan daripada penzina dikenakan hukum yang ditetapkan dalam Al-Quran dan Hadis yang tersebut di atas walaupun ada saksi yang cukup.


Pernah berlaku kes-kes penzinaan di beberapa negara di Timur Tengah, Afrika dan lain-lain tempat di mana penzina sendiri mengaku atau membuktikan yang ia hamil hasil daripada perzinaannya yang tidak dipaksa , tidak digagahi dan tidak “Syubhah”, pun pihak berkuasa negeri tidak juga menjalankan hukum Allah ke atas penzina itu kerana takut orang-orang kafir dan sSIS membantah.

Di negara-negara kafir pula didapati kebanyakan kes ialah kes-kes rogol, gangguan seksual “Sexual Harassment”, dan “molesting”, tetapi tidak ada hukum ke atas kes-kes zina.

Dengan sebab itulah dilihat bahawa lebih banyak hukuman-hukuman ke atas kes-kes khalwat dan rogol dijalankan daripada hukuman-hukuman ke atas kes zina di negara-negara orang Islam. Seolah-olahnya tidak ada kes zina pernah berlaku.

FAHSYAA’ (PERBUATAN KEJI atau ZINA)

Zina adalah suatu perbuatan yang amat keji dan bahayanya bukan sahaja kepada diri orang yang melakukannya tetapi juga kepada rumahtangga dan nasab keturunan penzina itu sendiri dan seterusnya kepada masyarakat keseluruhannya.

Oleh yang demikian orang-orang yang dilahir Islam yang bernafsu syaitan, cenderung hendak melakukan zina perlu ingat bahawa perbuatan yang amat keji dan berdosa besar itu membawa kesan-kesan yang amat buruk. Akibat dan kesan-kesan buruk dalam institusi kekeluargaan ialah jika penzina lelaki dan perempuan itu mendapat anak, maka anak itu disebut anak luar nikah ya’ani anak zina, dan di antara kesannya ialah:

1. Anak zina adalah tunggal entitinya sendiri, walaupun ia dilahirkan oleh seorang ibu. Jika anak zina itu lelaki, maka ia boleh berkahwin dengan ibu yang melahirkannya. Sekiranya anak zina itu perempuan ia boleh berkahwin dengan jantan yang menyebabkan ia lahir sebagai anak zina.

Kata Imam Nawawi Rahimahullahu Ta’alaa di dalam Syarah Muslim: “Telah berkata Malik dan Syafi’e dan Abu Thur dan lain daripada mereka itu: ‘Harus bagi seorang lelaki yang berzina dengan seorang perempuan itu ia kahwin dengan ibu perempuan yang dizinanya dan berkahwin dengan anak perempuannya. Bahkan telah menambah oleh Syafi’e pada petuanya, iaitu diharuskannya nikah dengan anak ya’ani perempuan yang jadi daripada air maninya dengan zina.”

2. Seseorang anak zina itu bukan mahram kepada betina yang melahirkannya dan jantan yang menjadi penyebab ia dilahirkan, dan juga bukan mahram kepada sekalian anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan betina dan jantan penzina itu.

3. Dalam hal yang berkaitan dengan pesaka pula, anak zina tidak boleh mewarisi harta peninggalan jantan atau betina yang menyebabkan anak zina itu lahir ke dunia ini. Begitu juga jantan dan betina yang menyebabkan anak zina itu lahir ke dunia ini tidak boleh mewarisi harta pesaka peninggalan anak zina itu. Ini adalah bernaskan Hadis yang dikeluarkan Abu ‘Isa At-Tarmidzi dengan katanya:

“Daripada ‘Amru bin Syuib daripada bapanya daripada neneknya bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, bersabda ia (mafhumnya): “Mana-mana lelaki yang berzina dengan perempuan merdeka atau sahaya maka anaknya anak zina, tiada mempesakai dan tiada dipesakai.”

4. Jantan penzina (bapa) itu tidak sah menjadi wali ke atas anak zina perempuan, walaupun anak zina itu didaftarkan dengan ber”binti”kan jantan penzina itu.

NIKAH DALAM MASA MENGANDUNG

Dalam kes di mana betina yang sedang mengandung hasil perlakuan zina sama ada ia bernikah secara ‘akad nikah yang sah dengan lelaki yang melakukan zina dengannya atau dengan lelaki lain sebagai “pak sanggup”, maka apabila anak yang dikandung betina itu lahir, anak itu tetap menjadi anak luar nikah ya’ani anak zina walaupun anak itu di”bin” atau di”binti”kan kepada jantan yang melakukan zina itu atau di”bin” atau di”binti”kan kepada “pak sanggup” itu.

“PAK SANGGUP” JUGA BUKAN WALI

Dalam hal dunia dengan di”bin” atau di”binti”kan kepada “pak sanggup” itu, urusan pentadbiran pendaftaran beranak, persekolahan dan sebagainya sudah dikira teratur. Namun begitu anak itu tetaplah menjadi anak zina. Seterusnya anak zina itu boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja dalam keluarga “pak sanggup” itu dan “pak sanggup” pula tidak sah menjadi wali, jika anak zina itu perempuan.

WALLAHU A’LAMU BISSAWAB

Hari Jumaat
23 Syaaban 1430 Hijriyah
14 Ogos 2009

N.B. Post-post dalam siri sSIS adalah semata-mata sebagai peringatan “NADZIIR”. Siri-siri seterusnya akan disambung dalam tahun 1431 Hijriyah/tahun 2010, InsyaAllah.

Friday, August 7, 2009

A'UDZUBILLAHI MINASY-SYAITAANIRRAJIIM


sSIS (3)

PERLUCUTAN PAKAIAN YANG PERTAMA

Semasa Adam dan Hawa berada dalam syurga, syaitan telah dapat menyeludup masuk menghasut supaya Adam dan Hawa menderhakai dengan melanggar perintah larangan Allah Ta’alaa dengan menghampiri dan memakan buah “khuldi”.


Dengan itu syaitan telah berjaya membuka pakaian syurga yang menutup ‘aurat Adam dan Hawa. Kejayaan syaitan membuka pakaian Adam dan Hawa itu kemudian menjadi kesinambungan inspirasi bagi sSIS untuk terus membuka kain atau pakaian lelaki dan perempuan hingga ke masa kini dan seterusnya sampai kiamat.

TAYANG BADAN (BODY)

Dalam usaha-usahanya itu, sSIS menganjurkan sukan-sukan dan olahraga bagi lelaki yang membuka ‘aurat, diantaranya; somo, gusti, bina badan, renang dan sebagainya. Bagi perempuan pula sSIS menganjurkan diantaranya; pertandingan ratu cantik, “modelling”, renang, jimnastik dan lain-lain lagi. Semuanya itu semata-masa untuk ditontoni oleh orang ramai sama ada secara langsung atau melalui siaran-siaran media cetak dan elektronik yang dapat ditontoni di seluruh dunia oleh kanak-kanak, orang dewasa dan tua.

Allah Ta’alaa berfirman dalam Surah Al-A’raf, Ayat- Ayat 20, 21,22 (maksudnya): “Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) menampakkan kepada mereka ‘aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga).” Ayat 20

“Dan ia (syaitan) bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): “Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.” Ayat 21

“Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua ‘aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?.” Ayat 22

PENDEDAHAN DADA DAN RAMBUT

Dalam kehidupan sehari-harian pula kita akan dapat melihat ramai di antara kaum wanita mendedahkan ‘aurat leher, rambut, dada, betis, paha, lengan, ketiak dan mana-mana bahagian tubuh badan mereka di jalanan, pasar-pasar dan di mana-mana sahaja. Pemandangan itu boleh dilihat di dalam negeri dan di luar negeri yang kita lawati.

Namun dalam majlis-majlis rasmi, majlis makan malam dan sebagainya di mana kaum lelaki mamakai “lounge-suit” dengan “bow” dan "tie", kaum wanitanya pula ada yang memakai pakaian yang mahal jenamanya sambil mendedahkan rambut dan dada yang mana menampakkan warna kulit hitam atau putih atau kuning. Ini adalah salah satu kejayaan sSIS dalam agendanya untuk mendedah ‘aurat kaum wanita.

BAIK PAKAIAN BAIK HATI

Menutup ‘aurat adalah hukumnya wajib bagi lelaki dan perempuan Islam. Namun begitu menutup ‘aurat selengkapnya bukanlah semata-mata menjadi satu jaminan bahawa seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan sudah sempurna iman dan takwanya kepada Allah Ta’alaa.

Untuk mendapat kesempurnaan iman dan takwa, seseorang itu hendaklah di samping ta’atkan perintah Allah Ta’alaa seperti menjaga solat, menutup ‘aurat; seseorang itu juga wajib pula sentiasa memelihara hatinya agar tetap beriman kepada Allah Ta’alaa dan supaya hatinya tidak diselaputi dengan kekotoran dan najis dunia.

Pakaian yang menutup ‘aurat boleh dipandang dengan mata zahir tetapi hati adalah sesuatu yang tidak ada sesiapa pun boleh melihat dan membacanya kecuali orang yang memilikinya sendiri yang tahu baik buruk hatinya. Allah Ta’alaa sentiasa lebih mengetahui segala kandungan isi hati baik atau buruk setiap hambaNya, seperti firmanNya dalam Surah A-li ‘Imraan, Ayat 119 (maksudnya):“Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” Ayat 119

BAIK BURUK HATI

Dalam keadaan itupun sSIS dengan tujuan jahat menggunakan “baik buruk” hati sebagai hujjah bahawa lelaki dan perempuan Islam tidak wajib memakai pakaian-pakaian yang menutup ‘aurat kerana pakaian itu merupakan hiasan luaran sahaja. Hujjah sSIS itu adalah suatu hujjah orang yang kurang akal dan sesat lagi menyesatkan orang lain.

NIAT SAHAJA TIDAK BOLEH HIDUP

Pasti sSIS tidak dapat menafikan bahawa sSIS sendiri tidak akan kenyang dan hilang dahaga bahkan sSIS boleh mati dengan hanya berniat makan dan minum sahaja tanpa sSIS menjamah, menyuap, mengunyah, dan menelan makanan, dan tanpa minum atau tanpa dimasukkan sari pati bahan-bahan makanan dan minuman melalui suntikan atau dengan apa cara sahaja ke dalam badannya.

Sayugia diingatkan kepada sSIS bahawa tiada niat yang baik pada pekerjaan maksiat, jahat dan melakukan dosa. Sebaliknya setiap perlakuan amalan baik dan ibadat yang wajib seperti solat tidak sah jika tidak mengikuti syarat dan rukun beserta dengan niat semata-mata kerana Allah Ta’alaa.

Hari Jumaat
16 Syaaban 1430 Hijriyah
7 Ogos 2009

Friday, July 24, 2009

A'UDZUBILLAHI MINASY-SYAITAANIRRAJIIM


sSIS (2)

BUAH KHULDI


Semasa Adam dan Hawa berada di dalam syurga, Allah Subhanahu Wata’alaa dengan rahmatNya memberi segala kesenangan dan hidup bebas , boleh bersukaria dan makan minum sepuas-puasnya kecuali menghampiri dan memakan buah “Khuldi”. Perintah melarang Adam memakan buah “Khuldi” telah menjadi satu hukum yang pertama dikenakan ke atas manusia.

HAD


Perintah itu menjadi HAD kepada Adam dan Hawa yang wajib diikuti. Allah Subhanahu Wata’alaa yang Maha Bijaksana tidak memberitahu rahsia dan hikmah yang tersembunyi dalam perintah laranganNya itu. Firman Allah Ta’alaa dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 35 (maksudnya):

“Dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim” Ayat 35.

TALI SYAITAN

Syaitan menggunakan kesempatan itu untuk memasukkan waswas ke dalam hati Adam dan Hawa. Syaitan telah menggunakan Hawa sebagai tali bagi menarik Adam supaya terjerumus ke dalam jebak perangkap syaitan dan melanggar perintah Allah Subhanahu Wata’alaa yang telah ditetapkan ke atas mereka berdua.

Dengan menggunakan pujuk rayu melalui kata-kata yang amat menarik dan mempersona yang disampaikan melalui Hawa, akhirnya Adam dan Hawa menghampiri dan memakan buah “Khuldi”. Dengan itu Adam dan Hawa telah melanggar hukum Allah Ta’alaa.

HANYA DENGAN SATU KESALAHAN

Dengan hanya satu kesalahan itu sahaja, Allah Ta’alaa telah menghalau Adam, Hawa dan syaitan keluar daripada syurga dan turun ke bumi. Mereka akan tinggal di muka bumi hanya buat seketika yang ditetapkan. Mereka hidup tidak kekal. Mereka masing-masing akan mati mengikut cara dan masa yang ditetapkan oleh Allah Ta’alaa.

Allah Ta’alaa berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 36 (maksudnya):

“Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari ni’mat yang mereka telah berada di dalamnya; dan Kami berfirman: “Turunlah kamu (Adam, isterinya Hawa dan syaitan). Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (MATI).” Ayat 36.

MEMPERTIKAIKAN PERINTAH ALLAH

Bermula daripada perlanggaran hukum yang pertama itu, maka banyaklah perintah-perintah dan hukum-hukum sama ada suruhan atau larangan dilanggar oleh bani Adam sampai ke hari kiamat.

Perlanggaran demi perlanggaran yang dilakukan manusia itu semata-mata mengikut hawa nafsu yang dihiaskan oleh syaitan bagi menentang dan mempertikaikan kebijaksanaan Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Sedangkan para malaikat pun bertasbih memberi pengakuan bahawasanya mereka tidak mengetahui kecuali akan barang yang diajarkan Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana seperti firman Allah Ta’alaa dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 32 (maksudnya):

“Malaikat itu menjawab : “Maha suci Engkau (ya Allah), kami tidak mempunyai ‘ilmu selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kam; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” Ayat 32.

sSIS bukan sahaja mempertikaikan serta mempersoalkan tentang kekuasaan Allah Ta’alaa tetapi juga berusaha merombak dan menolak banyak di antara hukum-hukum yang diturunkan Allah Ta’alaa dengan nyata ya’ni Ayat-ayat yang tetap dan tegas yang nyata maknanya serta jelas maksudnya iaitu “Ayat-ayat Muhkamaat”.

sSIS sejak zaman berzaman mulai daripada zaman hayat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganggap hukum-hukum Allah Ta’alaa itu tidak sesuai mengikut logik dan akal sSIS. Sebagai contoh di antaranya hukum-hukum Faraid, Poligami, Jihad, Imam Solat Jema’ah, Zakat, Arak, Memakai Purdah dan lain-lain lagi.

Dalam hal itu sSIS salah besar dengan sengaja melupai bahawasa sesungguhnya hukum-hukum itu daripada Allah Ta’alaa yang diturunkan dalam Al-Quran Al-Karim yang mana sentiasa memberi ajaran dan pimpinan. Allah Ta’alaa berfirman dalam Surah Al-Maidah, Ayat-ayat 49 dan 50 (maksudnya):

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan engkau dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.” Ayat 49.

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah.” Ayat 50.

SANGKAAN BURUK

Bagi orang-orang munafik dan orang-orang musyrik, mereka itulah orang-orang yang mempunyai penyakit dalam hati serta busuk hati dan senantiasa menyangka buruk terhadap Allah Ta’alaa, mereka akan ditimpakan dengan ‘azab seksa yang amat besar. Firman Allah Ta’alaa dalam Surah Al-Fath, Ayat 6 (maksudnya):

“Dan supaya Ia (Allah) menyeksa orang-orang munafik lelaki dan perempuan, dan orang-orang musyrik lelaki dan perempuan, yang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk. Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa peredaran zaman; dan Allah murkai mereka dan mela’natkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka jahannam; sedang neraka jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” Ayat 6.


WALLAHU A’LAMU BISSAWAB

InsyaAllah, dalam post sSIS (3) nanti akan menceritakan:
1. Usaha-usaha agenda sSIS untuk melucutkan pakaian dan membuka ‘aurat lelaki dan wanita.
2. Kisah seorang wanita menjumpai Rasulullahi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bertanyakan mengenai kedudukan wanita yang dianggapnya kelas dua dalam Islam.

3. sSIS masuk campur dalam urusan rumahtangga.


Hari Juma’at
2 Sya’aban 1430 Hijriyah
24 Julai 2009

Friday, July 17, 2009

PEJUANG MU'MINIIN


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

Adik kecil dipeluk dalam dukungan
Abang-abang jadikan senapang mainan
Gaya pejuang muda dalam peperangan
Menjaga Islam agar sejahtera dan aman

Pejuang mu’miniin berilmu berjaya
Meneroka di laut di bumi dan di angkasa
Mencari Ayat-Ayat Allah Yang Maha Berkuasa
Mengenali Allah dengan iman segenapnya


Hari Juma’at
24 Rejab 1430 Hijriyah
17 Julai 2009

Friday, June 26, 2009

A'UDZUBILLAHI MINASY-SYAITAANIRRAJIIM



JINN IBLIS DAN SYAITAN

Adapun Jinn itu dijadikan Allah Subhanahu Wata’alaa daripada api yang tiada asap baginya(Smokeless Flame of Fire). Api itu lain daripada api yang ada dalam dunia ini dan dijadikan Allah Subhanahu Wata’alaa akan Jinn itu amat besar kejadian dan dinamakan dia “Maarij” (iaitulah bapa segala jinn) seperti Firman Allah Subhanahu Wata’alaa dalam Al-Quran, Surah Ar-Rahmaan, Ayat 15 (maksudnya):

“Dan Ia telah menciptakan jinn daripada api yang tiada asap” . Ayat 15.

Pada ketika awalnya, jinn itu bernama ‘Azazil atau ‘Azaziq dan diberi martabat malaikat kerana memiliki ‘ilmu yang dikurniakan Allah Subhanahu Wata’alaa kepadanya.

Tatkala dimurkai Allah Ta’alaa akan dia, maka jinn itu diubahkan namanya kepada iblis seperti yang tersebut dalam Al-Quran. Firman Allah Ta’alaa dalam Surah Al-Kahfi, Ayat 50, (maksudnya):

“Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jinn, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaKu? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu”. Ayat 50.

Ayat 50, Surah Al-Kahfi di atas menjelaskan juga bahawa kekufuran dan maksiat yang dilakukan oleh manusia adalah disebabkan mereka menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat karib yang dipatuhi selain dari Allah Ta’alaa. Pilihan yang demikian amatlah buruk lagi zalim.

Sesungguhnya jinn itu ada dan hidup dengan tiga nama yang terkenal iaitu jinn, iblis dan syaitan. Semuanya berasal dari satu unsur dan satu ciptaan tetapi ketiga-tiga jenis itu berbeza diantara satu sama lain; wujudnya, perbuatannya, dan kehidupannya.

Jinn ada yang Islam dan ada yang kafir ( beragama Yahudi, Nasrani, Majusi dan berbagai macam cara ibadat lagi). Jinn-jinn yang kafir itu adalah golongan yang jahat.

Jinn-jinn mempunyai bentuk penghidupan, ilmu pengetahuan dan sistem tersendiri. Jinn juga mempunyai umur yang panjang sehingga ada yang mencapai umurnya sepuluh ribu tahun. Ini kerana bentuk tubuh mereka tidak mengalami kerosakan dan kecacatan dengan cepat disebabkan mereka berasal dari alam “ether” dan di alam itulah mereka hidup.

Namun begitu jinn tidak hidup selama-lamanya sepertimana iblis dan syaitan hidup sampai tiupan pertama di hari kiamat. Akan tetapi mereka mati sebelumnya, generasi demi generasi. Mereka mempunyai ajal seperti manusia yang telah tertulis ajal mereka. Mereka mencapai umur itu, kemudian mati, lalu dibangkitkan untuk menjalani hisab dan hukuman atas perbuatan yang mereka telah lakukan.

Iblis dan syaitan iaitu anak cucu iblis, mereka tidak mati hingga menjelang terjadinya tiupan pertama hari kiamat setelah mereka menyesatkan manusia atau jinn dan memujuknya untuk menempuh jalan kesesatan dan menderhakai Allahu Robbul ‘Alamiin – Allah Tuhan sekalian ‘alam.

Syaitan adalah yang paling rendah di antara jenis-jenis itu dan merekalah yang berbuat kerosakan di bumi. Mereka tidak mempunyai pekerjaan, kecuali hidup dengan mengganggu makhluk-makhluk Allah, mereka itu terkutuk dan terusir dari rahmat Allah Subhanahu Wata’alaa. Mereka menganjur manusia dan jinn agar menderhakai Allah Ta’alaa.

Adapun iblis dan syaitan, mereka mempunyai kehidupan yang panjang seperti yang disebut di atas. Ketika Iblis diusir dari rahmat Allah dan dilaknat oleh Allah Ta’alaa terus menerus hingga ke hari kiamat kerana ia tidak mahu sujud kepada Adam, lalu iblis memohon kepada Tuhan supaya ia diberi tempoh sepertimana Firman Allah Subhanahu Wata’alaa dalam Surah Al-Hijr, Ayat 36, Ayat 37 dan Ayat 38 (maksudnya):

“(Iblis berkata) “Wahai Tuhanku! Jika demikian berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).” Ayat 36.

“Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh -” Ayat 37.

“Hingga ke hari - masa yang termaklum.” Ayat 38.

NAMA ANAK-ANAK IBLIS

Iblis mempunyai kerajaan yang besar: Ada ketua kerajaan (Agong, presiden, perdana menteri, menteri-menteri dan pejabat yang besar. Iblis mempunyai lima anak sebagai wakilnya (Suruhanjaya dan dutanya).

Dari Zaid bin Mujahid, dia berkata, “Iblis itu mempunyai lima anak (sebagai wakilnya), yang masing-masing anak itu diberi tugas tersendiri, lalu dia memberikan nama kepada mereka, iaitu:

1. TSABR Dia adalah ditugaskan ke tempat orang-orang yang kena musibah, menganjurkan supaya orang-orang yang kena musibah itu berduka, menangis, menempeling pipi, melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh agama dan pengakuan-pengakuan jahiliyah lainnya.

2. A’WAR Dia adalah pembawa zina, yang menyuruh manusia kepada zina dan menganggapnya baik dan bagus. Mereka menghiasi bahagian bawah dari tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, sehingga menimbulkan rangsangan bagi setiap lelaki yang memandangnya.

3. MISWATH Dia adalah pembawa dusta dan mengumpat, fitnah dan mengadu. Bahkan dia kadangkala memasuki manusia menjadikannya syaitan, mengkhabarkan suatu fitnah yang akhirnya menimbulkan permusuhan bahkan peperangan.

4. DASIM Dia ditugaskan menyusup ke dalam diri seseorang manusia tatkala ia menemui keluarganya, lalu dia menampakkan buruk cela mereka di matanya sehingga membuatnya marah-marah. Dia juga selalu berusaha dengan segala cara untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan suami isteri yang sah. Dia juga menanamkan rasa kebencian dan permusuhan di kalangan suami isteri itu, sehingga terjadi perceraian. Dia sangat disayangi oleh iblis kerana kepatuhannya dan kecekapannya menggoda manusia.

5. ZAKNABUR Dia adalah menguasai pasar dan mengibarkan benderanya di pasar. Dialah yang menimbulkan pergaduhan di antara sesama manusia. Dia menyuruh peniaga-peniaga supaya curang dalam timbangan dan menimbulkan ketidakstabilan harga barangan.

“Saudara Saudari Ikatan Syaitan” adalah nama yang sesuai bagi pertubuhan puak-puak yang tersebut di atas iaitu puak-puak jinn kafir, iblis, syaitan serta anak-anaknya termasuk syaitan-syaitan jinn dan syaitan-syaitan manusia. Mereka itu mengurus, menyusun dan melaksanakan gerak kerja agenda-agenda rancangan tipudaya “MAKARU” yang menyesatkan di dalam satu ikatan.

InsyaAllah, akan disambungkan “Gerak kerja dan agenda-agenda saudara saudari ikatan syaitan” itu dalam post yang akan datang.

WALLAHU A'LAMU BISSAWAB

Hari Jumaat
3 Rejab 1430 Hijriyah
26 Jun 2009