Monday, September 17, 2007

AL-QURAN ROH YANG MENGHIDUPKAN HATI MANUSIA




BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM




Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.




Anakanda-Anakanda Dzil Razman, Dzil Azza, Ahmad Rohi dan Ahmad Riza yang diredhai Allah Subhanahu Wa Ta'ala




Firman Allah SWT: "Dan demikianlah Kami wahikan kepadamu (wahai Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum di wahikan kepadamu): apakah kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri pertunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi pertunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus, -" (Surah As-Syura:52)




Firman Allah SWT: "Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan." (Surah As-Syura:53)






Pada hari Isnin, 5hb Ramadhan 1428 Hijriyah bersamaan dengan !7hb September 2007; Ayahanda terima e-mail daripada anakanda Ahmad Rohi mengenai tajwid ulum Quran dan Hadith.




Ayahanda sudah tengok kandungannya dan didapati baik. Belajar bacaan Al-Quran Al-Karim dengan betul adalah wajib atas lelaki dan perempuan Islam.




Belajar bacaan Al-Quran Al-Karim amatlah mudah kepada setiap orang yang berkehendak dan ada kecenderungan kepadanya. Belajar Al-Quran Al-Karim bukan terletak khusus kepada sesiapa yang ada asas bahasa arab atau bersekolah agama sahaja.




Al-Quran Al-Karim adalah suatu mukjizat yang teragung bagi Nabi Muhammad S.A.W. Ianya boleh dibaca dan dihafal oleh semua manusia dan jinn dari berbagai-bagai kaum yang berlainan warna kulitnya dan yang bertutur dalam berbagai-bagai bahasa yang ada di dalam dunia ini.




Penghulu dan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. adalah penghulu dan pemimpin ke atas sekalian manusia dan jinn. Pada suatu malam, Nabi Muhammad S.A.W. diikuti seorang sahabat yang bernama Abdullah bin Mas'ud r.a. telah pergi berjumpa dengan kaum jinn di pinggir Makkah selepas solat Isya' sehingga terbit fajar Subuh untuk mengajar Al-Quran Al-Karim kepada mereka dan mereka itu (kaum jinn) mendengar dan mempelajari Al-Quran Al-Karim.




Saiyidina Abu Bakar r.a., Saiyidina 'Umar r.a. dan Saiyidina Uthman r.a. menghafal dan membaca Al-Quran Al-Karim pada umur mereka sudah dewasa dan Saiyidina 'Ali r.a. pada umur yang masih muda.




Di zaman yang kontemperori ini dan sebelumnya, orang-orang yang baru menerima hidayah (al-mu'allafati qulu buhum) daripada Allah SWT boleh membaca dan menghafal Al-Quran Al-Karim dengan baik pada peringkat awal ataupun pada umur yang lanjut. Mereka boleh memahami Al-Quran Al-Karim dan Hadith-Hadith Nabi S.A.W. lebih baik daripada sesetengah orang yang dilahirkan dalam Islam. Sedangkan kebanyakan mereka itu (al-mu'allafati qulu buhum) tidak berlatarbelakangkan sekolah agama atau sekolah arab.




Sebagai contoh Al-marhum Ahmad Deedat, beliau berasal dari keluarga kristian dan pernah menjadi paderi besar kristian. Selepas beliau memeluk Islam, beliau boleh membaca, memhafal dan memahami kandungan Al-Quran Al-Karim amat baik sekali sehingga beliau sendiri dapat berdakwah dan mendidik orang-orang lain mengenai Islam. Subhanallah.




Wallahu a'alamu bissawab. Dan Allah Yang Maha Agung lebih mengetahui yang benar.




No comments: