Sunday, February 5, 2012

MAULIDUR RASUL TAHUN 2000 12 RABI'ULAWAL 1421 HIJRIYAH












BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan di atas keluarga Baginda dan para sahabat Baginda sekalian.

Hari Maulidur Rasul tahun 2000 memberi pengertian yang besar buat Tok Ayah Haji Ghazali Haji Muhammad Nur kerana menjadi suami dan Amiir (pemimpin) kepada Tok Ngah Hajjah Nor Azian Haji Mahmood di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kerana mempunyai moyang yang sama iaitu Haji Senik yang berasal dari Pattani, Siam dan menetap di Simpang Tiga, Kuala Kurau, Perak.

Dari zuriat keturunan Haji Senik iaitu anakandanya Haji Mohamad, lahirlah Hajah Aminah, bonda kepada Haji Muhammad Nur Haji Daud Haji Abdurrahman, ayahanda kepada Tok Ayah.

Begitu juga dengan Tok Ngah yang lahir dari zuriat keturunan Haji Senik, melalui salah seorang anakanda perempuan Haji Senik iaitu Hajah Teh Mas Gemala yang melahirkan Haji Mahmood Ismail, ayahanda kepada Tok Ngah.

Almarhumah isteri Tok Ayah iaitu Tok Mama, Hajah Zakiah Haji Rajihan yang kembali ke Rahmatullah pada 15 Syaaban 1420 Hijriyah/23 November 1999, adalah cucunda kepada Haji Senik, anakanda kepada anakanda perempuan Haji Senik iaitu Hajah Zainab dan bonda tersayang kepada Dzil Razman, Dzil Azza, Profesor Madya Dr. Ahmad Rohi dan Dr. Ahmad Riza.

Sepanjang perkahwinan Tok Ayah dan Tok Ngah selama dua belas tahun, Allah Subhanahu Wata’alaa dengan limpah kurnia rahmatNYA telah menzahirkan lima belas orang cucu buat Tok Ayah dan Tok Ngah di mana yang sulongnya ialah Nur Sofiyyah Dzil Razman diikuti dengan Dzil Arsy Muhammad Dzil Azza, Nur Kamaliyah Dzil Razman, Muhammad Nur Zubair Dzil Razman, Ahmad Irfan Ahmad Riza, Aqilah Sofiyyah Ahmad Riza, Nur Zakiyah Zaharah Dzil Razman, Aliyahnur Sarah Ahmad Riza, Dzil Matiin Muhammad Dzil Azza, Dzil Amiir Rahman Dzil Razman, Nur Sarah Zakiyah Dzil Azza, Nur Azza Maryam Dzil Azza, Asmaa Amelia Ahmad Riza, Amaani Husna Ahmad Riza dan ketika ini, yang bongsu Dzil Qawi Muhammad Dzil Azza.

Semoga Allah Subhanahu Wata’alaa terus melimpah kurnia keberkatanNYA ke atas Tok Ayah, Tok Ngah, anakanda-anakanda, menantu-menantu dan cucunda-cucunda sekalian dan memasukki kita semua ke dalam SyurgaNYA dengan limpah rahmatNYA yang Maha Agung, InsyaAllah. Amiin.

Firman Allah Ta’ala dalam Surah Al-Ahqaaf, Ayat 15 yang bermaksud :

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMU yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMU, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam”. Ayat 15

Allah Ta’ala berfirman dalam Surah At-Tuur, Ayat 21 bermaksud :

“Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami (Allah) hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka;” Ayat 21

Dan Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Ar-Ra’d, Ayat 23 bermaksud :

“Iaitu Syurga yang kekal, yang mereka akan memasukkinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka;” Ayat 23


Hari Ahad
12 Rabi’ulAwal 1433 Hijriyah
5 Februari 2012

No comments: