Friday, August 23, 2013

PENIPU DUNIA ISLAM



MUSLIM PERANAKAN

Kini walaupun ternampak arus kebangkitan umat Islam menggalakkan,  namun begitu masih banyak negara-negara umat Islam yang menolak perlaksanaan sepenuhnya Hukum-hukum Allah Subhanahu Wa Ta’ala (Hudud) dan tidak menjadikan Al-Quran Al-Kariim sebagai perlembagaan negara serta tidak mengikut Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Bagi sesetengah negara-negara umat Islam itu, rakyatnya mahukan kerajaannya melaksanakan Hukum-hukum Allah ‘Azza Wa Jalla, namun ditolak dan dihalang oleh pemimpin-pemimpin mereka yang seagama dengan mereka.

Sebagai contoh terdekat, majoriti rakyat Islam di Mesir telah memilih parti Islam melalui proses pilihanraya berdemokrasi untuk memimpin mereka.  Parti Islam yang mereka pilih itu menang dan telah dapat membentuk sebuah kerajaan demokrasi yang pertama.

Kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat Mesir, di bawah pimpinan Dr. Mohamed Morsi dari Parti Ikhwanul Muslimun yang dilantik sebagai Presiden Mesir pada 12 Jun 2013, telah dirampas dan ditumbangkan oleh tentera Mesir selepas setahun pemerintahannya sebelum berjaya usaha beliau untuk mengembalikan negara Mesir kepada Islam daripada pemerintahan sekular sebelumnya.   

Pada 3 Julai 2013, tentera di bawah pimpinan Abdul Fattah el-Sisi, bersama orang-orang yang anti-Islam dan orang-orang Islam yang kurang senang  dengan perlaksanaan Hukum-hukum Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan RasulNya, merampas kuasa pemerintahan yang dipilih secara demokrasi.  Mereka yang berkelakuan demikian menyerupai orang-orang munafiq yang berpenyakit dalam hati mereka.

Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 10 dan Ayat 11, maksudnya:

“Dalam hati mereka (golongan yang munafiq itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka;”  Ayat 10

“Dan apabila dikatakan kepada mereka:  “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”,  mereka menjawab:  “Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.”  Ayat 11    

Mereka menjadi orang-orang Islam kerana mereka telah dilahirkan dalam Islam.  Mereka mahukan Islam tetapi dalam masa yang sama, mereka citakan dan cintakan kerja-kerja maksiat dalam kehidupan mereka.  Mereka itulah MUSLIM PERANAKAN yakni Muslim pada nama sahaja.

Rujukan laporan akhbar Al Ahram pada 19 Ogos 2013:


BAN EGYPT’S ISLAMIC PARTY
Al Ahram Online, Monday 19 August, 2013.

Egypt’s new draft constitution may ban the formation of political parties based on religious grounds, the state-owned Al Ahram Online reported on Monday.

The committee tasked with amending the new constitution was requested by “more than 400 political, economic and social institutions” to write the ban into the constitution as a way of “safeguarding Egypt against Islamist factions trying to change the civil nature of the country into a religious oligarchy,” the website cited unnamed sources as saying.

The amended 2012 constitution is expected to be announced on Wednesday, said Ali Awad Saleh, head of the constitutional committee and Interim President Adly Mansour’s legal advisor.

Last week, Saleh stated that Article 2 of the 2012 Islamist-backed constitution which states that Islamic Sharia is the main source of legislation will be kept in place “in order to stress the Islamic identity of Egypt.”


MUSLIM PERANAKAN DI BANGLADESH

Seperti di Mesir, orang-orang Islam di Bangladesh, Pakistan, dan negara-negara Arab di seluruh tanah Arab di Timur Tengah, pemimpin-pemimpin mereka yang terdiri daripada orang-orang Islam terang-terang menolak Hukum-hukum Allah ‘Azza Wa Jalla dan mengekalkan perlaksanaan pemerintahan sekular dengan mengguna pakai undang-undang jahiliyah rekaan manusia dalam kehidupan mereka.

Salah satu negara Muslim Peranakan ialah negara Bangladesh yang mempunyai 90.4%  penduduk Islam yang lebih senang dengan pemerintahan sekular.  Parti Islam yang terbesar di Bangladesh iaitu Jamaat-e-Islami di halang dari bertanding di dalam pilihanraya seperti yang diberitakan di bawah ini:


AGENCE FRANCE PRESSE
Published — Thursday 1 August 2013
Last Update 1 August 2013 1:45 pm

DHAKA: Bangladesh’s main Islamist party was banned from contesting next year’s election when the high court ruled on Thursday that Jamaat-e-Islami’s charter breached the country’s secular constitution.

“It is hereby declared illegal,” said Moazzem Hossain, the chief judge hearing the case amid tight security outside the courthouse in Dhaka.

A lawyer for the Bangladeshi election commission, which oversees preparations for elections due next January, said the ruling meant Jamaat could not field candidates.

“As a party Jamaat’s registration with the election commission is declared illegal, with the consequence that they cannot contest the election as a political party,” Shahdeen Malik told AFP.


KERAJAAN WAHHABI SAUDI MENOLAK HUKUM ALLAH

Muslim peranakan Kerajaan Wahhabi Saudi Arabia, dengan pertolongan British, menakluki dua tanah suci Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah pada tahun 1932, membawa fahaman Wahhabi dalam pemerintahannya dan meninggalkan Hukum-hukum Allah yakni tidak melaksanakan sepenuhnya Hukum-hukum (Hudud) yang diperintahkan Allah ‘Azza Wa Jalla dan RasulNya, kecuali mana-mana hukum yang difikirkan sesuai dengan kehendak nafsu diambil guna pakai. 

Di samping itu, menghapuskan semua kaum keluarga keturunan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang masih ada di Makkah Al-Mukarramah  yang menjadi penjaga Ka’abah, dengan dibuang ke Jordan dan kesan-kesan asal tempat-tempat bersejarah yang ada kaitan dengan kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam diroboh dan dimusnahkan. 

Sebagai contoh, rumah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan keluarganya telah diroboh dan dibangunkan di atas tapak rumah itu kompleks tandas awam yang besar.  Tempat kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah diroboh dan dibangunkan sebuah Maktaban dan lain-lain lagi seperti Jabal Al-Qubays dan binaan-binaan asal, tempat-tempat bersejarah berkaitan dengan Islam dan kebangkitannya telah dihancur dan dimusnahkan. 

Jabal Al-Qubays yang mempunyai sejarah agong dalam Islam iaitu tempat tersimpannya Hajarul Aswad selama 40 tahun selepas banjir besar Nabi Nuh ‘Alaihissalam, sebelum Hajarul Aswad dikembalikan kepada tempatnya sekarang ini.  Di atas bukit itu (Jabal Al-Qubays) sekarang, telah dibina istana yang besar.

Untuk menutup segala perbuatan jahatnya itu daripada mata dunia, Kerajaan Wahhabi Saudi membina masjid-masjid baru yang besar dan indah hiasannya bagi menggantikan binaan-binaan seperti masjid-masjid tempat sahabat-sahabat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menunaikan solat telah dirobohkan, begitu juga tapak-tapak rumah sahabat-sahabat Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang dijadikan kompleks membeli-belah.  Mengadakan institusi pengajian Al-Quran dan Hadis hanya topeng untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka terdiri daripada orang-orang yang beriman yang menjaga dan membangunkan Islam.  

Dengan cara demikian, mereka mendapat kepercayaan orang-orang Islam di sekeliling mereka dan dengan itu, sekali gus, bertujuan meneguhkan pemerintahannya.

Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 8, Ayat 9, maksudnya:

“Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”, padahal mereka sebenarnya tidak beriman.”  Ayat 8

“Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.”  Ayat 9



Hari Juma’at
16 Syawal 1434 Hijriyah
23 Ogos 2013

No comments: