Friday, August 30, 2013

PENIPU DUNIA ISLAM BAHAGIAN II



MITOS ORANG-ORANG ISLAM DI TANAH MELAYU

Bagi kebanyakan orang-orang Islam di Asia Tenggara ini termasuk orang-orang Islam di Tanah Melayu tersalah anggap bahawa Kerajaan Wahhabi Saudi Arabia itu menjalankan Hukum-hukum Allah ‘Azza Wa Jalla sepenuhnya yakni berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. 

Dengan kepercayaan itu, mereka menerima baik apa sahaja yang datang dari kerajaan Wahhabi Saudi Arabia itu atas kepercayaan mereka bahawa kerajaan Wahhabi Saudi Arabia itu adalah pemerintah dua tanah suci Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah.  Sedangkan Baitullah pernah diperintah oleh beberapa kaum Arab Jahiliyah dan di antaranya kaum Arab Musyrikiin. 

Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah adalah dua tanah suci tetapi manusia yang menjaga dan memerintah dua tanah suci tersebut tidak sesuci tanah dan tempat yang diperintahinya kerana kedua tanah suci ini tidak melakukan maksiat kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.


MAKKAH AL-MUKARRAMAH PERNAH DIKUASAI OLEH MUSYRIKIIN

Firman Allah Ta’ala dalam Surah Al-Hajj, Ayat 25, maksudnya:

“Sesungguhnya (amatlah zalim) orang-orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan Allah (agama Islam), dan dari memasuki Masjid Al-Haraam yang Kami (Allah) jadikan dia tempat beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman) – samada yang tinggal menetap di situ atau yang datang berziarah; dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang zalim, Kami (Allah) akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.”  Ayat 25

Rumah suci, rumah tempat beribadat kepada Allah Yang Maha Esa yang pertama kali di dunia ini ialah Masjidil Haram di Makkah Al-Mukarramah.  

Pernah pada suatu ketika, Ka’abah dikuasai oleh orang-orang Musyrikiin.  Mereka meletakkan kurang lebih 360 buah berhala besar dan kecil di sekeliling Ka’abah untuk tujuan penyembahan mereka.    

Allah Subhanahu Wa Ta’ala menegaskan bahawa tempat suci ini adalah tempat ibadat bagi manusia (yang beriman) seluruhnya dan bukan tempat penyelewengan kepada yang lain dan bukan untuk membuat pemujaan yang lain.   

Berdasarkan kepada ringkasan sejarah tersebut, maka orang-orang Islam di Tanah Melayu ini harus berpegang bahawa tanah suci Makkah Al-Mukarramah itu adalah tempat yang suci di atas muka bumi ini.

Namun begitu, sayugia sama-sama mengambil perhatian dan i’tibar bahawa kesucian dan keamanan tempat itu tidak dapat menjamin tempat itu tidak dapat ditembusi masuk oleh syaitan-syaitan jinn dan syaitan-syaitan manusia yang membawa berbagai  angkara maksiat yang melanggar perintah Allah ‘Azza Wa Jalla dan menghina Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli-ahli keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda radhiallahu ‘anhum di sana.

Selain daripada itu terdapat jenayah-jenayah yang dilakukan yang kebanyakannya di sembunyi dari pengetahuan umum seperti pembunuhan, perkosaan, penipuan, mencuri dan lain-lain lagi.   Bagi  sesetengah umat Islam yang pernah menunaikan Rukun Haji dan Umrah, ada yang mengalami perkara-perkara jenayah tersebut.

Salah satu daripada kes-kes jenayah yang baru dilaporkan ialah mengenai dengan pencurian yang berlaku dalam Masjid Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di Madinah Al-Munawwarah dalam bulan Ramadhan 1434 Hijriyah yang lepas.

The Prophet’s Mosque’s security force in Madinah arrested 24 pickpockets of eight nationalities who stole from worshippers while praying inside the mosque.

The thieves were arrested during Ramadan under a plan implemented by the police director of the region, Brig. Gen. Saud bin Awad Al-Ahmadi. The plan involved deploying police detectives inside the mosque and the courtyards surrounding it to prevent any kind of pickpocketing activities.- Arab News 13 August 2013.


MAKKAH AL-MUKARRAMAH DAN MADINAH AL-MUNAWWARAH DIJADIKAN KOTA PELANCONGAN.

Di samping itu yang ketara sekali, selepas menakluki  dua tanah suci itu, kini Kerajaan Wahhabi Saudi Arabia menjadikan kedua-dua tanah suci itu sebagai hak miliknya yang mutlak hingga ke hari ini.  

Sekarang ini semua kutipan hasil termasuk cukai-cukai masuk ke tanah suci itu  berjumlah berjuta-juta Riyal setahun, daripada umat Islam yang datang menunaikan ibadat Haji dan mengerjakan Umrah dijadikan milik kerajaan Wahhabi Saudi Arabia dan dikira sebagai hasil pelancongan untuk negara Wahhabi Saudi Arabia semata-semata.

Kerajaan Wahhabi Saudi Arabia, dalam tahun 2013 berhasrat menjadikan kota suci Makkah Al-Mukarramah pusat pelancongan dengan mengadakan pusat membeli-belah yang terbesar di dunia sebagai tarikan pelancong ke Makkah Al-Mukarramah.

Hasrat kerajaan Wahhabi Saudi Arabia itu tidak lain dan tidak bukan, bertujuan melencongkan niat umat Islam daripada menunaikan Fardhu Haji, mengerjakan Umrah dan lain-lain ibadat kepada melancong.  Maka melancong ke Tanah Suci itu menjadi keutamaan bagi sesetengah jemaah disamping mengerjakan ibadat Haji dan Umrah.

Na’uzubillahi min zalik - Kami berlindung dengan Allah daripada perkara sedemikian.


MAKKAH AL-MUKARRAMAH DAN MADINAH AL-MUNAWWARAH MILIK UMAT ISLAM SEDUNIA

Kedua-dua kota suci itu sebenarnya adalah kepunyaan umat Islam sedunia untuk beribadat kepada Allah ‘Azza Wa Jalla,  yang mana sepatutnya kedua-dua kota suci itu dijaga dan dikawal selia secara bersama-sama dengan negara-negara umat Islam lain mengikut peraturan yang ditetapkan bersama. 

Hasil daripada kutipan-kutipan daripada umat Islam yang datang mengerjakan ibadat Haji dan Umrah hendaklah disatukan dan diagihkan semula sebagai ibadat kebajikan kepada umat Islam bagi meringankan beban kewangan dan perbelanjaan mereka yang datang dari jauh dan dekat. 


Hari Juma’at
23 Syawal 1434 Hijriyah
30 Ogos 2013

No comments: