Friday, February 1, 2013

SEBARANGAN UBAT




SATU UBAT SEMBUH SEMUA PENYAKIT

Kini terdapat dalam pasaran, banyak iklan-iklan produk-produk perubatan; sama ada ubatan yang menggunakan “drugs”, atau herba, atau cara lain selain daripada yang tersebut. 

Kebanyakan daripada pengeluar-pengeluar produk-produk ubatan itu mengaku dan bersaksi bahawa produk-produk keluaran mereka boleh menyembuhkan seribu satu penyakit secara khusus atau secara umum.

Terdapat juga orang-orang India Hindu, orang-orang China, orang-orang Melayu dan lain-lain, yang memberi nasihat melalui massa media bahawa ubat-ubatan atau terdapat sesetengah makanan yang boleh menyembuhkan sesuatu penyakit dan sebagainya.

Dalam hal ini, orang-orang yang mengidap sesuatu penyakit tidak harus terburu-buru mengambil dan memakan ubat-ubatan atau makanan yang diberitahu atau yang disebutkan itu.

SILAP MAKAN SAKIT BADAN

Pesakit hendaklah berhati-hati mengambil ubat-ubatan untuk diri sendiri kerana dirinya itu adalah teramat penting sekali dan pesakit itu sendiri akan menanggung risikonya. 

Sesetengah ubat mempunyai kesan sampingan dan makanan juga ada alergi yang berbeza-beza bagi sesetengah orang.

Justeru itu, kebanyakan orang tidak dapat membezakan penyakit-penyakit yang dilihat serupa pada simptomnya dan dirasai sakitnya pula sama, sedangkan pada hakikatnya penyakit-penyakit itu mungkin tidak sama dan tidak serupa.

Oleh yang demikian sesuatu ubat atau sesuatu benda yang dimakan oleh seseorang yang menjadi ia sembuh dan baik, tidak semestinya boleh dimakan atau diambil atau diguna oleh orang lain, kecuali orang itu atau pesakit itu telah disahkan oleh Tabib-tabib yang bertauliah dan pakar-pakar penyakit yang khusus dalam bidang-bidang penyakit yang berkaitan dengan diri pesakit itu sendiri.


Hari Jumaat
20 Rabi’ulAwwal 1434 Hijriyah
1 Februari 2013

No comments: