Friday, January 25, 2013

PERADABAN HAK-HAK BERJIRAN



ETIQUETTE WITH RESPECT TO ONE’S NEIGHBOURS

IBU BAPA PERINGKAT TERUTAMA

Setiap manusia perlu kepada pergaulan dan dengan sebab itu, ia perlu mempelajari adab-adab dalam pergulan. 

Setiap pergaulan itu mempunyai adab-adabnya dan setiap golongan manusia mempunyai adab-adab mereka yang tersendiri.

Setiap golongan pula ada peringkatnya masing-masing iaitu keluarga adalah lebih berhak untuk digauli dan keluarga yang termasuk dalam kalangan MAHRAM adalah teratas haknya dari yang lain.  Walau bagaimanapun, hak kedua ibu bapa adalah lebih kuat dan lebih diutamakan, mengatasi hak-hak keluarga yang dalam kalangan MAHRAM.

Golongan ini adalah terikat dengan simpul jalinan silaturrahim dan menjadi jiran yang bertentangan tangga yang amat akrab.  Golongan inilah yang layak dinamakan dan dijadikan slogan “JIRANKU KELUARGAKU”.


HAK JIRAN MENGIKUT TURUTAN

Begitu pula hak jiran sesama Islam adalah berbeza mengikut dekat atau jauh jaraknya rumah jiran itu dengan rumah seseorang. 

Allah Ta’ala berfirman dalam Surah An-Nisaa’, Ayat 36, maksudnya:

“Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh.”  Ayat 36

“And do good to parents, kinsfolk, orphans, Al-Masakin (the poor), the neighbour who is near of kin, the neighbour who is a stranger.”  (V4: 36)

Perbezaan hak-hak jiran itu juga wajib dijaga mengikut turutan-turutan yang digariskan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sepertimana tersebut dalam sebuah Hadis:

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Jiran itu ada tiga golongan, ada jiran yang hanya mempunyai satu hak dan ada jiran yang mempunyai dua hak dan ada jiran yang mempunyai tiga hak. 

Adapun jiran yang mempunyai tiga hak itu ialah jiran yang muslim dan yang mempunyai hubungan kekeluargaan.  Maka ia mempunyai hak sebagai jiran, hak sebagai seorang muslim dan hak sebagai keluarga. 

Jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran yang muslim.  Ia mempunyai hak  sebagai jiran dan hak sebagai seorang muslim. 

Jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik (kafir).”

Diriwayatkan oleh Abu Na’im dan Ibnu ‘Adiy.


JIRAN SAUDARA SEAGAMA ISLAM

Hadis tersebut di atas  mengajar supaya tiap-tiap orang Islam tahu hak masing-masing dalam pergaulan kejiranan.  Apa yang disebut saudara-saudara dalam Islam itu adalah seperti firman Allah Ta’ala dalam Surah At-Taubah, Ayat 11, maksudnya:

“Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan solat serta memberi zakat, maka mereka itu  adalah saudara kamu yang seugama.”  Ayat 11

“But if they repent (by rejecting shirk), and perform As-Salat, and give zakat, then they are your brethren in religion.”  (V9: 11)

Bagi orang-orang Islam yang beriman yang pembawaannya soleh tahu akan hak-hak kejiranan itu.


ORANG ISLAM YANG BODOH

Namun begitu terdapat ramai daripada orang-orang Islam sendiri yang bodoh yakni orang-orang Islam yang bukan sahaja tidak mahu mengikut perintah Allah dan RasulNya bahkan mereka sanggup melanggarnya sehingga menimbulkan kecelaruan sesama sendiri.

Selain daripada itu terdapat juga sesetengah orang-orang Islam yang tidak tahu haknya sendiri apabila ia berjiran dengan orang-orang musyrik (kafir). 

Kebiasaannya orang-orang Islam kurang jati diri Islam kerana tertarik dengan status, rupa paras dan tutur kata orang-orang kafir. 

Maka sesetengah orang-orang Islam mengambil jalan “banyak mengalah” dalam hal-hal yang dilakukan oleh jiran-jiran kafir mereka walaupun perbuatan orang-orang kafir itu adalah perkara sensitif dalam Islam seperti di antaranya; membela anjing, membiarkan anjing mereka berak di hadapan rumah orang Islam, mendedah aurat lelaki dan perempuan dan lain-lain perkara yang tidak menyenangkan.

Ini kerana orang-orang kafir biasanya melakukan sesuatu mengikut sesuka hati mereka kerana mereka hidup, makan dan minum seperti binatang ternakan yang tidak mempunyai akal fikiran. 

Oleh yang demikian itu, nilai-nilai dan kepercayaan serta pegangan mereka mengenai apa yang buruk dan apa yang baik adalah mengikut apa yang direka cipta oleh pemikiran mereka semata-mata.  Dengan itu, didapati nilai-nilai dan kepercayaan orang-orang kafir itu berbeza di antara satu dan yang lain.


ORANG ISLAM MENGHINA DIRI SENDIRI

Terdapat sesetengah orang-orang Islam yang takut menghalau anjing-anjing jiran kafir mereka yang terlepas masuk ke dalam halaman rumah, tidur dan kencing dalam kawasan rumah mereka. 

Boleh dikatakan kebanyakan orang-orang kafir di dunia ini, suka memelihara anjing sama ada dikurung atau dilepas bebas.  Memelihara anjing adalah hak bagi orang-orang kafir dan hak mereka itu tidak boleh diterapkan penerimaannya kepada orang-orang Islam.

Anjing adalah najis mughallazah dan sifatnya suka menyalak tidak tentu masa, mengganggu siang atau malam, memancut kencing dan berak di merata-merata tempat.

Sesetengah orang-orang Islam juga tidak menegur atau memberitahu jiran kafir mereka yang berpakaian menjolok mata yakni mendedahkan aurat mereka jantan dan betina di hadapan keluarga orang-orang Islam itu.

Orang-orang kafir tidak ada aurat bagi mereka dan membuka mana-mana bahagian tubuh badan mereka di mana-mana sahaja tidak menjadi salah asalkan tidak ada orang yang menegur mereka.  Perbuatan seumpama itu tidak boleh dilakukan di hadapan orang-orang Islam lelaki dan perempuan, tua atau muda kerana aurat yang terbuka adalah haram dilihat oleh orang-orang Islam.

Namun begitu, terdapat sesetengah orang Islam tidak mengambil berat atas perkara tersebut dan membiarkan ianya berlaku sehingga menjadikan perkara tersebut sebagai suatu kebiasaan.  Lebih-lebih lagi, bila orang-orang Islam itu telah lama berjiran atau telah lama berkenalan atau telah lama termakan budi jiran-jiran kafir mereka itu.


MASAK BABI

Babi, arak dan lain-lain makanan dan minuman yang haram bagi orang Islam adalah menjadi kegemaran orang-orang kafir.  Ada kala orang-orang kafir ini memasak babi secara terbuka di mana asap dan baunya memasukki ke dalam rumah jiran-jiran yang beragama Islam. 

Mereka mengadakan parti-parti judi dan meminum arak secara terbuka, yang boleh dilihat umum termasuk dilihat oleh anak-anak lelaki dan perempuan jiran orang-orang Islam, walaupun parti-parti tersebut diadakan dalam halaman kawasan rumah orang-orang kafir itu.


ORANG-ORANG YANG RUGI DAN ZALIM

Sungguhpun orang-orang kafir mempunyai satu hak iaitu sebagai jiran yang perlu dijaga oleh orang-orang Islam, namun satu hak sebagai jiran itu tidak boleh disalah gunakan oleh orang-orang kafir melakukan apa sahaja sesuka hati mereka.

Sekiranya orang-orang kafir melakukan sebarang perkara yang sensitif dalam Agama Islam, maka perbuatan mereka itu menghina Agama Islam yakni menghina Allah dan RasulNya.

Sesetengah orang-orang Islam yang tidak ada jati diri dan membuang hak-hak mereka sebagai orang-orang Islam, maka mereka adalah dalam golongan orang-orang yang rugi lagi zalim.



Hari Jumaat
13 Rabi’ulawwal 1434 Hijriyah
25 Januari 2013

No comments: