Friday, February 22, 2013

KERBAU DAN LEMBU DI DALAM KELAMBU



BUFFALO AND COW IN MOSQUITO’S NET

Manusia yang tidak mengenal Allah Ta’ala dan RasulNya, yakni mereka yang tidak menyembah, tidak mengikut dan tidak menjalankan hukum-hukum Allah Yang Maha Agong, dan tidak mengikut ajaran-ajaran Al-Quran, walaupun mereka itu terdiri daripada ketua-ketua negara, pemimpin-pemimpin bangsa, ketua-ketua masyarakat atau orang-orang yang mempunyai pengetahuan dan harta benda adalah disifatkan sebagai orang yang hina dina di sisi Allah Ta’ala.

Mereka itu juga digolongkan dalam Al-Quran sebagai orang yang bodoh sesat bahkan lebih sesat daripada binatang-binatang ternak seperti kerbau, lembu dan lain-lain kerana mereka tidak mahu melihat dengan mata mereka dan tidak mahu  mendengar dengan telinga mereka ajaran-ajaran Al-Quran dan Hadis.

Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-A’raaf, Ayat 179, maksudnya:

“Dan sesungguhnya Kami (Allah) jadikan untuk neraka jahannam banyak  dari jinn dan manusia yang mempunyai hati, tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata, tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga, tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”  Ayat 179

Allah says:

“And surely, We (Allah) have created many of the jinn and mankind for Hell.  They have hearts wherewith they understand not, and they have eyes wherewith they see not, and they have ears wherewith they hear not (the truth).  They are like cattle, nay even more astray; those!  They are the heedless ones.”  (V7 : 179)

Mereka itu dipilih sebagai pemimpin-pemimpin atau pembesar-pembesar negara melalui berbagai sistem pengundian dan pemilihan seperti pilihanraya dan seumpamanya.

Pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar negara yang terpilih ini, disanjungi dan dimulia-muliakan oleh orang-orang yang seperti mereka juga.



Hari Jumaat
11 Rabi’ulAkhir 1434 Hijriyah
22 Februari 2013


No comments: