Tuesday, August 21, 2007

HANYA ISLAM SAHAJA DI SISI ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA


BISMILLAH AR-RAHMAAN AR-RAHIIM

Cucunda yang dianugerahkan Allah SWT Islam!

Rukun Islam ada lima perkara
Dua kalimah SHAHADAH wajib kata
Asyhadu an-la ilaha illallah
Wa Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah

SOLAT lima waktu dalam masa
Bulan Ramadhan kita berPUASA
Keluarkan ZAKAT bila genap kiraannya
Untuk membersihkan harta dan dosa

Satu Syawal hingga sepuluh Dzilhijjah
Bulan haram tunai HAJI di Makkah
Genaplah bilangan rukunnya mudah
Amalkan semua Islam sempurna sudah

Semua ibadat kepada Allah ditetapkan cara
Syarat, wajib dan segala rukunnya
Tertib dalam rukun mesti diikuti semua
Salah tertib ibadat batal dan rugi belaka

Sesungguhnya agama disisi Allah Islam sahaja (ALI 'IMRAN:19)
Agama yang sebenar lagi diredhaiNya
Barangsiapa mencari agama selain daripadanya }
Tidak diterima dan di Akhirat ia rugi semuanya } (ALI 'IMRAN:85)

No comments: