Saturday, August 18, 2007

NUR MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM



BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM


Cucunda-cucunda yang di beri Allah Subhanahu Wa Ta'ala NUR.

Berikut ialah catitan Tok Ayah semasa uncle Dzil Azza bermutala'ah bersama Tok Ayah pada hari Ahad 12 Rabi'ul Awal 1428 Hijriyah bersamaan 31 Mac 2007 sempena hari bercukur rambut Dzil Matiin Muhammad.


Nur Muhammad permulaan cipta
Kasih Allah akan hambaNya
Kerana kasih Allah jadikan dunia
Segala makhluk dari alam maya

Nur Muhammad permulaan cipta
Makhluk di langit dan bumi semuanya
Dari tiada kepada ada
Tanda kasih Allah ’Azza Wa Jalla ke atas NabiNya

Nur Muhammad permulaan cipta
Sabda Nabi : Awal dijadikan Allah nurku
Firman Allah dalam hadith QudsiNya
”Kerana engkau (Muhammad) Aku jadikan semua
Engkau (Muhammad) Ku jadikan keranaKu”

Nur Muhammad permulaan cipta
Firman Allah dalam kitabNya
”Sesungguh Allah dan malaikatNya
Bersolawat ke atas Nabi
Wahai orang yang beriman, bersolawatlah kamu ke atasnya
Dan ucapkanlah salam sejahtera yang sempurna”*

Nur Muhammad permulaan cipta
Dijunjung dikasih semulia-mulianya
Sebaik-baik akhlak untuk dicontohi manusia
Di dunia ini tiada tandingnya
Muhammad SAW pemimpin jin dan manusia

Nur Muhammad permulaan cipta
Muhammad penghulu junjungan kita
Penghulu segala rasul dan anbia
Ke atasmu solawat dan salam sejahtera



Dalam puji kandung hina atas Nabi
Begitulah musyrik bergerak beragenda
Yang kurang Islam tak dapat fahami
Selalu tersasul terperangkap terpesona

Dalam puji kandung hina atas Nabi
Zaman berzaman ada manusia buta hati
Musyrikin lazim hidupnya keji Nabi
Malangnya orientalis sendiri kurang budi

Musyrikin orientalis lain nama tapi serupa
Lupa dirinya sesat mengaku pendita
Dalam buku dan mediamasa bercerita
Menyamatarafkan Nabi dengan manusia dosa durjana

Rasulullah SAW tidak jemu berpesan dan bersabda

Musyrikin munafik jahiliyah meraba-raba
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala
“Mereka pekak bisu dan buta
Mereka tidak dapat kembali" ke jalan yang nyata
Tiada cahaya bagi mereka di mana-mana


Ahad 12 Rabi'ul Awal 1428 Hijriyah bersamaan 31 Mac 2007

No comments: