Monday, September 1, 2014

KISAH SEORANG PENIAGA


Peniaga:
Pasar tani
Pasar malam
Pasar tamu
Pasar rabu
Pasar minggu

Berniaga semenjak hari kemerdekaan
Di celah-celah deretan gedung-gedung perniagaan
Di atas jalan-jalan debu berterbangan
Di bawah payung-payung berkembangan

Berpindah randah dari tempat ke tempat
Menjelajah melalui sungai dan darat
Menyusun barangan diangkut dan diangkat
Mencari rezeki tak ingat lelah dan penat

Apabila datang  ribut dan hujan
Payung-payung berterbangan
Air hujan membasahi jualan
Semuanya menjadi barang buangan

Berniaga tujuh hari seminggu
Tinggal rumah sepanjang waktu
Tinggal anak-anak tiada menentu
Siang malam jarang bertemu


Lima puluh tujuh tahun telah berlalu

Peniaga:
Pasar tani
Pasar malam
Pasar tamu
Pasar rabu
Pasar minggu

Habis sudah modal simpanan
Habis kampung hilang halaman
Habis tanah pesaka warisan
Habis kudrat hilang kekuatan
Habis angan-angan berketuanan
Hilang gah hilang keperkasaan
Tiada milik gedung perniagaan
Tiada punya kedai mahupun bangunan

Nukilan oleh gmnur



Hari Isnin
6 Dzulkaedah 1435 Hijriyah
1 September 2014


No comments: