Friday, December 6, 2013

PENIPUAN KELULUSAN AKADEMI


SEDUTAN BERITA DARI KERAJAAN WAHABI ARAB SAUDI

“A member of the Shoura Council, has called for urgent measures to curb the phenomenon of fake certificates.

He said about 7,000 individuals in the Kingdom hold fake certificates, including officials in both the public and private sectors and consultants and trainers.”


MENGEJAR KEMEWAHAN

Dengan kelajuan peredaran masa yang dirasai manusia, kononnya dunia menjadi semakin maju. 

Manusia berlumba-lumba mengejar keligatan pusingan dunia impian fantasinya “fantasy world” dengan berbagai-bagai cara, gaya dan “modus operandi” yang diadakan. 

Manusia sanggup melakukan apa sahaja bagi memenuhi kehendak, cita-cita dan hawa nafsunya tanpa mengambil kira samada ianya baik atau jahat.

Fenomena tersebut berlaku pada semua golongan dan peringkat makhluk yang bernama manusia.

Justeru itu, manusia menjadi semakin rakus dan ganas, berebut-rebut untuk mencapai impian dan cita-cita mereka.  Mereka tergamak menyamun, mencuri, menipu, membunuh, memakan harta orang tanpa hak, merebut jawatan dan sebagainya asalkan mereka dapat apa yang mereka kehendakki.

Di antara fenomena-fenomena tersebut, terdapat juga fenomena mencuri kertas ujian, menipu waktu peperiksaan, membeli ijazah atau kelulusan untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan dan jawatan yang bergaji tinggi dan mewah samada dalam perkhidmatan kerajaan atau di sektor awam dan swasta atau memegang jawatan di pusat-pusat pengajian tinggi.


SALAH JAWATAN

Akhir-akhir ini, banyak kes penipuan kelulusan pengajian tinggi, yakni hingga ke kelulusan ijazah sarjana dan falsafah “PhD.”, dapat dikesan dari negara-negara Timur Tengah.

Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah jika ada orang-orang yang memegang jawatan tinggi tidak dapat menjalankan tugas mereka dengan baik dalam perkhidmatan dan pekerjaan mereka, berdasarkan kertas sijil “paper qualification” mereka.

Kini terdapat ramai orang-orang yang mendapat kelulusan dari negara-negara Timur Tengah yang dilantik memegang jawatan-jawatan tinggi dalam bidang hal ehwal agama Islam tanpa di ambil kira samada orang-orang itu mendapat kelulusan mereka dengan cara yang betul atau kelulusan mereka itu layak dengan jawatan yang diamanahkan kepada mereka. 

Sebagai contoh orang yang mendapat kelulusan dalam jurusan Bahasa Arab yang amat sesuai ia dilantik mengajar Bahasa Arab, dilantik menjadi pensyarah Islam, memegang jawatan dekan pengajian Islam, mufti dan sebagainya.


FATWA-FATWA YANG SESAT

Meskipun ia tidak mempunyai kelulusan Syari’ah Islamiah atau Usuluddin, oleh kerana ia memegang jawatan dan bergelar Dr. Professor, mufti dan sebagainya, ia bercakap mengenai hal-hal Islam dan mengeluarkan fatwa-fatwa yang menggelirukan serta salah dan sesat, yang membawa kepada perpecahan fahaman di antara sesetengah golongan orang-orang Islam, khususnya di Malaysia ini.

Di antara sebab-sebab mengapa perkara-perkara seumpama tersebut itu berlaku ialah kerana:

1. Orang-orang Islam di Malaysia ini amat terpesona dengan orang-orang yang pandai berbahasa Arab yang menerima kelulusan dari Timur Tengah, atau kelulusan-kelulusan dari dalam negeri dan berpakaian ala Arab, walaupun orang-orang itu pembawaannya tidak soleh dan kurang ilmu Syar’iyah.

2. Kebanyakan manusia amat yakin dengan kertas-kertas Sijil, Diploma, Ijazah-ijazah Sarjana, PhD. dan lain-lain kertas kelulusan yang berkaitan tanpa mengambil tahu samada pemegang-pemegang sijil-sijil kelulusan akademi mereka tulen atau di beli.



Hari Juma’at
3 Safar 1435 Hijriyah
6 Disember 2013





No comments: