Friday, October 25, 2013

SEBUTAN ALLAH DALAM TUTURAN DAN TULISAN


PETIKAN BERITA

Telah dilaporkan dalam sebuah halaman web pada 18 Oktober 2013, bahawa seorang penulis telah mengeluarkan hukum bahawa perbuatan melarang orang-orang bukan Islam menggunakan perkataan “ALLAH” itu boleh jatuh kepada "SYIRIK".

Petikan laporan itu ialah seperti berikut: 
  
KUALA LUMPUR, Oct 18 — Banning non-Muslims from calling God “Allah” is tantamount to “syirik”, which refers to the sin of practicing idolatry or polytheism and is an unforgivable crime in Islam, respected Islamic scholar has warned Muslims.

The respected scholar also questioned the logic of prohibiting non-Muslims from referring to GOD as “Allah”.
“What about Christian Arabs who come to Malaysia? Will they be forced to stop themselves from saying ‘masya Allah’ (God has willed it) and instead, replace it with ‘masya God’?  While non-Muslim Chinese in Kelantan are used to saying the Arabic phrase “insya Allah” (God willing).


SYIRIK

Adalah tidak wajar bagi penulis tersebut menghukumkan bahawa melarang orang-orang bukan Islam menggunakan perkataan “ALLAH” boleh menjadi "SYIRIK" besar yang membawa padah celaka di Akhirat ke atas orang-orang yang melarangkannya.

Menjadikan satu hukum bahawa larangan penggunaan perkataan “ALLAH” boleh menjadi “SYIRIK” bukan sahaja ianya luar biasa tetapi juga terkeluar daripada kecerdikan akal dan ilmu.


TIDAK MENGERTI BAHASA
 
Penulis tidak mengerti bezanya penggunaan perkataan “ALLAH” dalam pertuturan dan penulisan bahasa Arab di kalangan bangsa Arab Islam atau bukan Islam, yakni bagi Arab kafir, ianya adalah hanya satu ungkapan kata.

Merujuk kepada laporan di atas, penulis itu juga bertanya: “Adakah orang-orang Arab Kristian akan dilarang menggunakan perkataan “ALLAH” dalam pertuturan mereka?”

Untuk pengetahuannya, orang-orang Arab, sejak dahulu kala yakni sejak wujudnya bangsa Arab telah menggunakan bahasa Arab dalam semua perkara dalam kehidupan mereka termasuklah perkataan “ALLAH”. 

Oleh itu samada orang Arab itu Kristian atau Musyrik Jahiliyah, mereka menggunakan perkataan “Allah”, seperti “Masya Allah”, "Insya Allah”  sebagai bahasa pertuturan harian (common usage) dalam kehidupan mereka.

Walaupun mereka menggunakan perkataan “ALLAH”, "Masya Allah” dan “Insya Allah”; Arab Kristian tidak sembah “ALLAH”, mereka sembah tuhan “god” Trinity  (Father, Son and Holy Spirit), dan begitu juga orang Arab musyrik jahiliyah tidak sembah “ALLAH”, mereka sembah berhala-berhala dan sebagainya.

Maka perkara asas sekarang ini ialah orang-orang Kristian di Malaysia mahu menggunakan perkataan “ALLAH” dalam tulisan kitab Injil mereka, penerbitan-penerbitan Kristian dan di mana-mana tempat dan objek yang mereka kehendakki.


ORANG KELANTAN

Begitu juga, sebagaimana yang disebut oleh penulis bahawa orang-orang Cina bukan Islam di Kelantan menggunakan perkataan “Insya Allah”.

Untuk pengetahuan penulis bahawa perkataan “Insya Allah” yang dituturkan oleh sesetengah orang-orang Cina bukan Islam di Kelantan itu tidak memberi apa-apa kesan “significant” kepada mereka selain daripada perkataan itu hanya sebagai adat berbudi bahasa yang dituturkan dalam masyarakat Kelantan. 

Orang-orang Cina bukan Islam di Kelantan juga sembah berhala Tok Pekong-Tok Pekong dan sebagainya.  Mereka tidak sembah “ALLAH” walaupun mereka menyebut "ALLAH"  dalam pertuturan mereka.



Hari Juma’at
20 DzilHijjah 1434 Hijriyah
25 Oktober 2013


No comments: