Friday, December 21, 2012

RAMAINYA YAHUDI CELUP



DAKYAH

Orang-orang Yahudi telah dimurkai Allah Ta’ala kerana kedegilan, hasad dengki dan mengingkari serta menyembunyi perintah-perintah dan hukum-hukum Allah Subhanahu Wa Ta’ala. 

Orang-orang Nasrani (Kristian) sesat kerana mereka menukarganti dan menyelewengkan ayat-ayat Allah Ta’ala dalam KitabNya.

Sekarang terdapat Yahudi dan Nasrani yang menjalankan dakyah di seluruh dunia menarik manusia memeluk agama mereka.


YAHUDI DAN BANGSA

Orang-orang Yahudi mengakui bahawa mereka adalah penganut agama Judaism atau Judah atau Yehudah.  Mereka juga mengaku bahawa mereka adalah kaum yang dipilih oleh tuhan “chosen people” dan orang-orang lain adalah lembu atau binatang ternakan yang disebut “goyem” dalam bahasa Yahudi.

Dalam kehidupan Yahudi, mereka membawa cara dan gaya hidup yang disusun atur dalam buku Talmud yang direka dan ditulis oleh rahib-rahib Yahudi yang mana ianya digunakan dengan meluas.

Di sini ternyatalah bahawa Yahudi itu bukan tertakluk kepada satu bangsa dan satu keturunan yang menetap di satu tempat sahaja sebagaimana yang biasa diketahui. 


TANPA MENGIRA WARNA KULIT

Justeru itu,  maka tidak menjadi salah bagi orang  menganggap bahawa Yahudi itu bukan sahaja terdiri daripada orang-orang yang menduduki tanah Palestin yang dinamakan  “Israel” sekarang ini tetapi juga Yahudi yang berada di luar “Israel”.

Mereka terdiri daripada berbagai-bagai bangsa dan keturunan di antaranya Yahudi yang berkulit hitam dari benua Afrika seperti Ethiopia dan lain-lain negara yang bangsanya berkulit warna selain daripada orang-orang yang berkulit putih dari Eropah dan Arab. 

Orang-orang Yahudi juga berada di mana-mana negara sahaja termasuklah di Malaysia. 

Di Pulau Pinang, pernah ada sebatang jalan yang dinamakan Jalan Yahudi yang terletak di antara Jalan Macalister dan Jalan Burma.  Di sana terdapat jirat Yahudi yang dikawal kesalamatan dan dijaga selia dengan rapi hingga ke hari ini.


YAHUDI SEBENAR

Sekarang ini anggaran jumlah orang-orang Yahudi yang berdaftar yang menjadi penduduk seluruh dunia ialah seramai 13,428,300 orang.  Di antara negara-negara di mana ramai  penduduk Yahudi yang berdaftar ialah:

·           Israel                         5,800,000 orang
·          Amerika Syarikat      6,489,000 orang
·          Russia                          228,000 orang
·          United Kingdom          297,000 orang

Sungguhpun jumlah kafir Yahudi amat sedikit di seluruh dunia, namun mereka dapat menguasai ekonomi dan politik dunia melalui pergerakan-pergerakan rahsia di antaranya ialah pergerakan Freemason, Illuminati dan lain-lain pergerakan rahsia yang terancang dalam hal ehwal politik, ekonomi, sosial, kemaksiatan dan lain-lain lagi. 

Di Malaysia sejak zaman penjajah 400 tahun hingga sekarang ini telah ada ramai ahli-ahli pergerakan rahsia tersebut dan terdapat banyak “lodges Freemason”.


MAKHLUK PEROSAK

Mereka itu terdiri daripada orang-orang kenamaan yang mempunyai kuasa dalam syarikat-syarikat,   pihak-pihak berkuasa yang tertentu dan lain-lain jawatan atau pangkat yang menyertai Freemason dan Illuminati secara sembunyi.

Freemason dan Illuminati adalah pergerakan-pergerakan rahsia sedunia. Pergerakan-pergerakan tersebut terus berjalan tanpa ada sebarang tindakan daripada pihak-pihak berkuasa di negara-negara yang berkenaan.

Di samping  itu, terdapat ramai orang-orang yang dilahirkan Islam yang tertarik dan mengikut cara dan gaya hidup Yahudi.  Mereka itu lebih jahat daripada Yahudi.

Mereka menghina Allah Subhanahu Wa Ta’ala, menghina Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan para Malaikat melalui tutur kata, sindiran, gambar, lukisan, tulisan, lakonan-lakonan dan sebagainya.

Mereka itulah Yahudi Celup yang menjadi makhluk manusia perosak Agama Islam dan bangsa.

Dengan adanya Yahudi Celup ini, maka Yahudi pada setiap zaman memainkan peranan memerintah dunia bukan dengan  menjajah negara tetapi mereka menjajah pemikiran kepala-kepala Yahudi Celup yang dijadikan sebagai pesuruhanjaya mereka untuk melaksanakan rancangan-rancangan jahat mereka terhadap Islam.

Ada di antara mereka yang memegang jawatan tertinggi dalam sesebuah negara untuk memudahkan mereka melakukan agenda-agenda mereka tanpa rakyat menyedari bahawa mereka sebenarnya adalah Yahudi Celup yang menjadi suruhanjaya atau agen-agen Yahudi itu.


YAHUDI SAMARAN

Bagi orang-orang beriman, sifat-sifat dan gaya hidup orang-orang Yahudi dapat dikenali melalui firman-firman Allah Ta’ala dan Sabda-sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Al-Quran tidak menyatakan bangsa mana orang-orang Yahudi serta rupa paras dan warna kulit sama ada hitam, putih atau matang sawo.  Apa yang dijelaskan oleh Allah Ta’ala di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah sifat-sifat Yahudi.

Sifat-sifat Yahudi itu sebenarnya adalah universal melangkaui sempadan bangsa dan negara.  

Mana-mana orang yang berfikiran, berperlakuan dan menjalankan kehidupannya selari dengan sifat-sifat yang disebut di dalam Al-Quran sebagai Yahudi, maka orang itu adalah terdiri daripada Yahudi.

Untuk mengenali seseorang itu sama ada ia seorang Islam atau bukan Islam yakni sama ada kafir atau Yahudi atau Nasrani tanpa mengira bangsa, keturunan dan warna kulit, maka lihatlah kepada gaya hidup dan bawaan sehariannya.  

Orang-orang Islam melaksanakan Rukun Islam yang lima dengan sempurna dan ikhlas tanpa ragu-ragu.

Orang-orang yang bukan Islam pula adalah orang-orang yang terdiri daripada  mereka yang melaksanakan Rukun Islam sambil lewa dan tidak sempurna dan  mereka yang tidak melaksanakan Rukun Islam keseluruhannya.


AGAMA SESEORANG PADA AGAMA KAWAN KARIBNYA

Dengan sebab itu, maka terdapat orang-orang yang ada penyakit dalam hati mereka yang  menyerupai kafir Yahudi yakni Yahudi Celup sepertimana yang disebut di atas.

Sama ada mereka itu terdiri daripada orang-orang Arab, Pakistan, India, Melayu dan lain-lain bangsa, dikira mereka itu tergolong sebagai Yahudi apabila mengambil Yahudi menjadi teman rapat dan mengikut gaya hidup Yahudi dalam semua aspek kehidupan, politik, pentadbiran, kewangan, gaya hidup, pergaulan, pendidikan dan lain-lain lagi.

Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Maa’idah, Ayat 51, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman!  Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka  teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu (Yahudi dan Nasrani).  Sesungguhnya Allah tidak memberi pertunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.”  Ayat 51

Diriwayatkan dalam sebuah Hadis, sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, mafhumnya:

“Seseorang tergantung pada agama teman karibnya.  Oleh kerananya setiap orang dari kamu supaya memperhatikan siapa yang menjadi temannya.”  Abu Daud  (akhlak muslim ms 361)


Henry Ford menulis dalam bukunya “The International Jew”:

“Leon Simon, a brilliant and impressive Jewish scholar and writer, makes an important study of the question of “religion and nationality” in his volume, “Studies in Jewish Nationalism.” He makes out a case for the proposition that the religion of the Jews is Nationalism, and that Nationalism is an integral part of their religion.”


BERDOLAK-DALIK HUKUM ALLAH

Orang-orang Yahudi Celup termasuk di antaranya ahli-ahli agama Islam sama ada Melayu atau lain-lain bangsa yang kurang imannya menjadi pesuruhanjaya Yahudi akan bersekongkol dengan Yahudi kerana takut dan gerun terhadap mereka.

Mereka takut untuk melaksanakan hukum-hukum yang diperintahkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala sedangkan mereka mengaku diri mereka orang-orang Islam. 

Mereka memperlekehkan hukum-hukum Allah Ta’ala dengan menyatakan hukum-hukum Allah Ta’ala “outdated” dan “obsolete” yakni ketinggalan zaman maka tidak sesuai diamalkan sekarang.  Dengan itu, mereka mempermain-mainkan hukum-hukum Allah Ta’ala. 

Mereka mencari helah, berdolak-dalik dan menangguh-nangguhkan melaksanakan hukum-hukum Allah di atas berbagai-bagai alasan, sedangkan mereka telah diberi kuasa memerintah kerajaan.

Dalilnya, sehingga sekarang ini, di mana-mana kerajaan orang-orang Islam, tidak ada satu pun kerajaan yang diterajui orang-orang Islam itu melaksanakan hukum-hukum Allah Ta’ala sepenuhnya. 

Terdapat sesetengah negara-negara orang-orang Islam yang semata-mata menggunakan Islam sebagai topeng dengan menyatakan bahawa undang-undang negara mereka adalah berasaskan Al-Quran dan Sunnah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Ada juga sesetengah negara-negara orang-orang Islam mengisytiharkan  Agama Islam sebagai agama rasmi negara mereka, padahal pemerintahannya sekular.   

Mereka bukan sahaja menipu rakyat bahkan mereka tergamak menipu Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Maa’idah, Ayat 52, maksudnya:

“Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata:  “Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana.”  Ayat 52

Kerajaan-kerajaan orang-orang Yahudi Celup juga menjadi sekutu kepada Amerika Syarikat dan Yahudi, walaupun kerajaan Yahudi tidak ada wakilnya di negara-negara orang-orang Yahudi Celup itu. 

Segala urusan dan perdagangan di antara negara Yahudi dengan negara-negara tersebut adalah melalui dunia (negara) ketiga.


MULUT SATU LIDAH BERTOPANG

Adalah tidak mustahil jika terdapat ramai orang-orang Yahudi Celup di Malaysia ini.

Sesetengah daripada Yahudi Celup di Malaysia terdiri dari orang-orang yang dilihat sebagai pemimpin-pemimpin, pensyarah-pensyarah, ustaz dan ustazah, guru-guru, ahli-ahli agama yang memegang jawatan awam dan swasta dan lain-lain lagi.

Biasanya mereka itu menunjukkan bahawa mereka adalah “anti-Yahudi” tetapi pada hakikatnya, realitinya merekalah yang mengadakan hubungan politik, perniagaan, hiburan, pendidikan dan lain-lain lagi, bak kata orang Melayu: “Lain di mulut, lain di hati”,  dan “Mulut satu lidah bertopang” yakni orang yang jahat hati, perkataannya lain daripada hasrat hatinya.



Hari Jumaat
7 Safar 1434 Hijriyah
21 Disember 2012

No comments: