Friday, January 15, 2016

TUKANG SIHIR BEKERJASAMA DENGAN JINN


(WITCHCRAFT AND WITCHES ASSOCIATE WITH JINN)


Prakata:

Penulis tidak ada kemampuan untuk menulis secara terperinci kisah-kisah jinn iblis syaitan ini kerana ianya amat kompleks sekali.  Lebih-lebih lagi jinn-jinn itu bukan sahaja melitupi pandangan mata manusia tetapi juga terdapat kebanyakan kisah-kisahnya yang diceritakan orang mengandungi khayalan-khayalan dan dongeng.

Adalah diharapkan tulisan yang serba kekurangan ini dapat dibaca secara cermat dan merujukannya dengan firman-firman ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA dan Hadis-hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Mudah-mudahan tulisan yang ringkas ini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat khususnya kepada penulis sendiri dan kepada pembaca-pembaca umumnya. 
InsyaALLAH.


MAKNA PERKATAAN “JINN” IALAH MELITUPI PENGLIHATAN MATA MANUSIA
(The jinn so-called because they are concealed and hidden from view)

ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Hijr, Ayat 27, maksudnya:

“Dan jinn pula, Kami (ALLAH) jadikan dia sebelum itu, dari angin api “assamuum” (tanpa asap) yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.”  
Ayat 27

ALLAH TA’ALA says:

“And the jinn, We (ALLAH) created aforetime from the smokeless flame of fire.”     (V15: 27)

Jinn-jinn adalah makhluk halus yang dijadikan oleh ALLAH TA’ALA daripada api tanpa asap “assamuum (smokeless fire)”. 

Mereka itu tidak dapat dilihat melalui mata kasar oleh manusia tetapi jinn boleh melihat manusia.  Jinn-jinn tidak dapat mengubah struktur kejadiannya sendiri daripada api “assamuum” kepada tanah iaitu asal kejadian manusia dan lain-lain mengikut kemahuannya. 

Jinn-jinn itu hanya dengan izin ALLAH TA’ALA sahaja dapat menampakkan dirinya kepada manusia pada satu-satu masa dalam rupa bentuk tertentu seperti ular, anjing, manusia dan lain-lain.  Namun begitu, biasanya bentuk-bentuk rupa yang dikatakan ternampak oleh masusia itu adalah bayang-bayangan yang terkeluar dari fikiran atau hati seseorang manusia.

Oleh hal yang demikian, mustahil bagi seseorang dan tukang-tukang sihir dapat melihat dengan mata kasar jinn-jinn dalam bentuk rupa asal dan menguasainya. Kata-kata yang mengakui bahawa mereka boleh melihat rupa bentuk asal jinn adalah satu pembohongan yang amat besar.


PERCAYA KEPADA JINN

Jinn, iblis dan syaitan adalah berasal dari satu unsur dan satu ciptaan.  Oleh itu, apabila disebut iblis atau syaitan, maka ia adalah jinn dalam sifat-sifat khusus yang berbeza di antara satu sama lain.   

Terdapat kebanyakan manusia percaya kepada jinn-jinn dan mereka sanggup bekerjasama dan meminta pertolongan daripada jinn-jinn atas urusan pekerjaan mereka.

ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Jinn, Ayat 6, maksudnya:

“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jinn, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jinn bertambah sombong dan jahat.”   Ayat 6   

ALLAH TA’ALA says:

“And verily, there were men among mankind who took shelter with the males among the jinn, but they (jinn) increased them (mankind) in sin and  transgression.”  (V72: 6)                                                        

Sedangkan jinn-jinn itu kerjanya semata-mata untuk menyesatkan manusia kerana hasad dengkinya terhadap Adam ‘Alaihissalam.

ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-A’raaf, Ayat 16 dan Ayat 17, maksudnya:

“Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus.”   Ayat 16

“Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau (ALLAH) tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”   Ayat 17

ALLAH TA’ALA says:

“(Iblis) said: “Because You (ALLAH) have sent me astray, surely, I will sit in wait against them (human beings) on Your straight path.”    (V7: 16)

“Then I will come to them from before them and behind them, from their right and from their left, and You (ALLAH) will not find most of them as thankful ones (i.e. they will not be dutiful to You).”   (V7: 17)
 ______________


MEMPERHIAS DAN MENGGALAK MELAKUKAN MAKSIAT

Jinn-jinn syaitan memperhias dan menggalakkan manusia untuk melakukan segala maksiat dalam kehidupan mereka.

ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Hijr, Ayat 39, maksudnya:

“Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau (ALLAH) telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,-”   Ayat 39

ALLAH TA’ALA says:

“[Iblis (Satan)] said: “O my Lord! Because You misled me, I shall indeed adorn the path of error for them (mankind) on the earth, and I shall mislead them all.”    (V15: 39)

______________________


JALAN YANG SESAT

Dengan permintaan daripada jinn-jinn iblis tersebut, ALLAH TA’ALA mengizinkan jinn-jinn iblis menyeru, menghasut, mendesak dan menarik manusia dengan segala kekuatan mereka ke jalan yang sesat.

ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Israa’, Ayat 63 dan Ayat 64, maksudnya:

“ALLAH berfirman (kepada iblis): “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan!) Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.”   Ayat 63

“Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut-campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”.  Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.”   Ayat 64

ALLAH TA’ALA says:

“(ALLAH) said: “Go, and whosoever of them follows you surely, Hell will be the recompense of you (all) an ample recompense.”   (V17: 63)

“And befool them gradually those whom you can among them with your voice (i.e. songs, music, and any other call for ALLAH’s disobedience), make assaults on them with your cavalry and your infantry, share with them wealth and children (by tempting them to earn money by illegal ways usury, or by committing illegal sexual intercourse), and make promises to them.”  But satan promises them nothing but deceit.”   (V17: 64)

______________________


JINN IBLIS SYAITAN MEMIMPIN MANUSIA KE NERAKA

Perlakuan tukang-tukang sihir yang mengikuti jinn-jinn dan menjadikannya pemimpin-pemimpin mereka, itu bukanlah ke jalan ALLAH TA’ALA tetapi itu adalah hasrat jinn-jinn iblis dan syaitan untuk menyesatkan anak-anak (keturunan) Adam ‘Alaihissalam dan membawa mereka ke Neraka.

ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Hajj, Ayat 3 dan Ayat 4, maksudnya:

“Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan ALLAH dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.“   Ayat 3

“Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu , bahawa sesiapa yang berketuakan dia (syaitan), maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab Neraka.”   Ayat 4

ALLAH TA’ALA says:

“And among mankind is he who disputes concerning ALLAH , without knowledge, and follows every rebellious (disobedient to ALLAH) syaitan (devoid of every kind of good).”  (V22: 3)

“For him (the syaitan) it is decreed that whosoever follows him, he will mislead him, and will drive him to the torment of the Fire.”  (V22: 4)

__________________________


PENCURI BERITA DARI LANGIT

Oleh kerana jinn-jinn itu diberi ALLAH TA’ALA dapat bergerak dan terbang cepat sebegitu rupa, maka mereka senantiasa cuba mencuri berita-berita dari langit untuk disampaikan kepada tukang-tukang sihir. 

Mereka juga menyampaikan berita-berita kejadian dan rahsia daripada manusia dari jarak tempat yang jauh kepada tukang-tukang sihir dengan cepat.  Berita-berita itu diputarbelitkan “spin”dan diceritakan kepada tukang-tukang sihir.   

Pada hakikatnya, semuanya bohong kerana jinn-jinn yang membawa berita-berita ghaib kepada tukang-tukang sihir itu, jinn-jinn itu sendiri mengaku bahawa mereka tidak dapat tahu berita-berita ghaib tersebut.

ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah As-Saaffaat, Ayat 6, Ayat 7, Ayat 8, Ayat 9 dan Ayat 10, maksudnya:

“Sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang.”   Ayat 6

“Dan (Kami [ALLAH] pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap syaitan yang derhaka;”   Ayat 7 

“(Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,”   Ayat 8 

“Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.”   Ayat 9

“Kecuali sesiapa di antara syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.”   Ayat 10

ALLAH TA’ALA says:

“Verily, We (ALLAH) have adorned the near heaven with the stars (for beauty).”    (V37: 6)

“And to guard against every rebellious syaitan.”   (V37: 7)

“They cannot listen to the higher group (angels) for they are pelted from every side.”   (V37: 8)

“Outcast, and theirs is a constant (or painful) torment.”   (V37: 9)

“Except such as snatch away something by stealing, and they are pursued by a flaming fire of piercing brightness.”   (V37: 10)

____________________


PENGAKUAN JINN SYAITAN PENCURI BERITA

Kerana hasad dengki dan dendam kesumat, jinn-jinn syaitan senantiasa berusaha sedaya upaya serta dengan bala tenteranya mencuri berita-berita percakapan malaikat-malaikat di langit, walaupun dengan susah payah dan direjam dengan api yang menyala-nyala.

ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Jinn, Ayat 8, Ayat 9 dan Ayat 10, maksudnya:

“Dan bahawa sesungguhnya kami (syaitan-syaitan) telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.”   Ayat 8

“Padahal sesungguhnya kami (syaitan-syaitan) dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.”   Ayat 9

“Dan bahawa sesungguhnya kami (syaitan-syaitan) tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka (ALLAH) hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?”   Ayat 10

ALLAH TA’ALA says:

“And we (syaitan) have sought to reach the heaven; but found it filled with stern guards and flaming fires.”   (V72: 8)

“And verily, we (syaitan) used to sit there in stations, to (steal) a hearing, but any who listens now will find a flaming fire watching him in ambush.”   (V72: 9)

“And we (syaitan) know not whether evil is intended for those on earth, or whether their Lord (ALLAH) intends for them a Right Path.”   (V72: 10)

________________________


JINN SYAITAN PENCURI DIBURU

Mana-mana jinn syaitan yang curi mendengar percakapan malaikat-malaikat, diburu dan direjam dengan panahan api yang menyala yang dapat dilihat.

ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Hijr, Ayat 17 dan Ayat 18, maksudnya:

“Dan Kami (ALLAH) pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap syaitan yang kena rejam.”   Ayat 17 

“Kecuali syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan.”   Ayat 18

ALLAH TA’ALA says:

“And We (ALLAH) have guarded it (near heaven) from every outcast syaitan.”    (V15: 17)

“Except him (syaitan) who steals the hearing then he is pursued by a clear flaming fire.”   (V15: 18)

__________________________


MENYAMPAI KHABAR KEPADA PENDUSTA

Jinn-jinn syaitan yang mencuri berita percakapan malaikat-malaikat akan membawa khabar-khabar berkenaan kepada tukang-tukang sihir pendusta.

ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Asy-Syu’araa’, Ayat 221, Ayat 222, Ayat 223 dan Ayat 224, maksudnya:

“Mahukah, Aku (ALLAH) khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun.”   Ayat 221 

“Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,”   Ayat 222 

“Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.”   Ayat 223

“Dan ahli-ahli sya’ir itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.”   Ayat 224

ALLAH TA’ALA says:

“Shall I (ALLAH) inform you (O people!) upon whom the shayatiin descend?”     (V26: 221)

“They descend on every lying, sinful person.”   (V26: 222)

“Who gives ear (to the syaitan and they pour what they may have heard of the Unseen from the angels), and most of them are liars.”   (V26: 223)

“As for the poets, the erring ones follow them.”   (V26: 224)

________________________


KISAH JINN, IBLIS DAN SYAITAN AMAT KOMPLEKS

Terdapat banyak kisah-kisah dan cerita-cerita mengenai jinn, iblis dan syaitan disebut dan ditulis orang.  Kisah-kisah dan cerita-ceritanya berlainan dan berbeza di antara bangsa, agama, golongan, puak, dan orang perseorangan yang ada di dunia ini.

Sesetengah kisah-kisah itu telah dijadikan legenda bagi sesuatu bangsa, agama atau kaum.  Dan, ada juga yang jadikan kisah-kisah itu sebagai pendidikan moral bagi kanak-kanak mengenai sifat-sifat baik dan jahat.

Ada di antara kisah-kisah itu, ianya adalah cerita mitos, fiksyen dan dongeng, samada ianya telah direka atau cerita-cerita yang telah ditokok tambah mengikut khayalan penulis cerita atau oleh pencerita-pencerita fiksyen itu sendiri.

Justeru itu, seseorang tidak boleh mengakui bahawa kisah-kisah yang diceritakan oleh orang lain itu bohong atau betul kerana rupa asal jinn itu sendiri bukan sahaja tidak dapat dilihat manusia tetapi juga ia berubah-ubah mengikut khayalan apa yang ternampak dari imbasan bayangan-bayangan mata manusia atau orang yang berkenaan sahaja.

Oleh itu, selain daripada kisah-kisah sahih yang disebut di dalam Al-Quran Al-Kariim dan Hadis-hadis Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, maka kisah-kisah dan cerita-cerita mengenai jinn iblis syaitan perlu diperhatikan dan disaringkan dengan sebaik-baiknya untuk mengelakkan seseorang itu terjerumus dalam perangkap jinn-jinn syaitan yang menarik seseorang itu kepada kekufuran dan kesyirikan.


TUKANG SIHIR MENGERJAKAN KESYIRIKAN DAN KEKUFURAN

Apabila disebut tukang sihir  (witchcraft and witches) ia melibatkan semua bangsa, kaum dan agama, yang di antaranya disebut sebagai:

Tukang tenung, tok nujum, dukun, bomoh, pawang, kahin, penya’ir, guru ilmu kebal dan lain-lainnya secara terang-terangan atau secara rahsia, yang mana mereka menggunakan perantaraan jinn untuk membantu dalam pekerjaan mereka. 

Terdapat di antara pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan itu melalui pelbagai “medium” atau perantaraan yakni di antaranya seperti: jampi serapah, pemujaan, “menurun” atau “trance”, nujum, herba, mandian bunga, minuman air-air najis tertentu, tangkal benang, tangkal besi dan sebagainya, urutan, cucukan besi dan lain-lain ke badan atau di tempat-tempat tertentu dan lain-lain lagi.

Ada juga di antara tukang-tukang sihir itu melakukan pekerjaan seperti mengadakan ilmu pengasih, memudahkan lelaki dan perempuan mendapat jodoh, memutuskan hubungan di antara suami isteri, melakukan “voodoo” yakni membuat sesuatu yang boleh memberi kecelakaan atau sakit, menjadikan seseorang itu kebal dan lain-lain lagi.

Lazimnya bagi setiap pekerjaan tersebut memerlukan tukang-tukang sihir itu  bekerjasama dengan jinn-jinn dengan mengadakan ikatan perjanjian yang dapat dimanfaatkan bagi kedua-kedua belah pihak.

Dalam perkara kerjasama dengan jinn-jinn syaitan itu, tukang sihir tersebut perlu mematuhi syarat-syarat tertentu dan memerlukannya  mengerjakan atau melakukan perkara-perkara pemujaan, kesyirikan dan kekufuran baik secara terang-terangan atau secara bersembunyi, sebagai membalas budi jinn-jinn syaitan yang akan melakukan kerja-kerja tukang sihir berkenaan.

Jika tukang-tukang sihir berkenaan tidak dapat melaksanakan syarat-syarat perjanjian mereka, maka jinn-jinn syaitan tersebut akan mengambil tindakan mengikut apa yang telah dipersetujui bersama atau lain-lain tindakan di luar pengetahuan tukang-tukang sihir itu sendiri.  Ini ialah kerana tukang-tukang sihir tersebut tidak dapat melihat jinn-jinn syaitan itu.

Dalam keadaan terdesak dengan tindakan-tindakan balas dendam jinn-jinn syaitan tersebut, pernah diceritakan bahawa tukang-tukang sihir berkenaan akan membuat perjanjian lain untuk melepaskan jinn-jinn syaitan tersebut kepada orang lain yang boleh diperkenakan oleh tukang-tukang sihir berkenaan.

Apabila jinn-jinn syaitan itu setuju, maka jinn-jinn syaitan itu akan berpindah dan mengganggu sepanjang masa orang-orang yang telah menjadi mangsa tukang-tukang sihir tersebut sehingga mereka (jinn-jinn syaitan itu) dikeluarkan dari orang-orang yang kena gangguan jinn-jinn syaitan itu.


TANGKAP JINN

Terdapat beberapa pembohongan besar oleh tukang-tukang sihir, di antaranya mereka mengaku bahawa mereka berkuasa melawan, mengalahkan jinn-jinn dan menangkap, mempenjarakan jinn-jinn tersebut dalam tempat-tempat yang khusus atau memasungkan atau memakukannya di pohon-pohon kayu atau menghanyutkannya ke dalam sungai dan laut. 

Justeru, pengakuan tukang-tukang sihir sepertimana yang tersebut itu adalah mustahil dan bohong kerana jinn-jinn, iblis dan syaitan tidak berjasad dan berjisim seperti haiwan, serangga dan sebagainya, yang boleh ditangkap dan boleh dikurung seperti tikus, burung, belalang dan lain-lain. Jika pun perbuatan itu dapat ditunjukkan oleh tukang-tukang sihir, maka itu adalah sebahagian daripada permainan-permainan sihir dan penipuan semata-semata, yang dilakukan oleh jinn-jinn sekutu tukang-tukang sihir itu.

Tukang-tukang sihir tidak sepadan “no match” untuk berlawan tenaga dengan apa cara sekali pun kerana jinn-jinn diberi kekuatan boleh mengangkat batu batan, bangunan istana dan lain-lain yang beratnya ribuan tan.

Dan, terdapat di antara jinn-jinn itu boleh bergerak dengan cepat dan pantas dari satu destinasi ke satu destinasi yang jauh, boleh membawa berita-berita dari tempat yang jauh, boleh terbang ke langit, boleh menyelam ke dasar lautan, boleh memasukki perut bumi dan menembusi tembok-tembok batu dan dinding konkrit dan kayu, boleh masuk melalui saluran darah manusia dan lain-lain, maka mustahil perbuatan menangkap, mengurung dan sebagainya itu dapat dilakukan oleh tukang-tukang sihir.

Diceritakan orang kononnya bahawa jinn-jinn yang bekerjasama dengan tukang-tukang sihir tersebut ditipu oleh jinn-jinn itu.  Mereka pura-pura mengikut perintah tukang-tukang sihir itu; contohnya, apabila tukang-tukang sihir berkenaan memerintahkan jinn-jinn yang merasuk seseorang itu keluar, maka jinn-jinn itu mengaku akan keluar dari badan orang-orang yang dimasukkinya itu.  

Sebaliknya jinn-jinn tersebut masih berada di tempat itu.  Jinn-jinn itu boleh merasuk atau masuk semula ke dalam tubuh orang yang sama pada bila-bila masa sahaja.

Dalam kes seperti ini, jelas bahawa tukang-tukang sihir, orang yang kena rasuk dan orang-orang  yang berada di tempat itu sudah dipermain-mainkan oleh jinn-jinn berkenaan.


PENGGUNAAN AYAT-AYAT AL-QURAN AL-KARIIM

Terdapat juga, penipuan dan pembohongan besar tukang-tukang sihir Melayu yang berselindung dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran Al-Kariim atau doa-doa ruqyah untuk meyakinkan mangsa, kononnya untuk menghalau jinn-jinn yang merasuk di dalam tubuh badan manusia dan berpura-pura berkomunikasi dengan jinn-jinn tersebut.  Sedangkan jinn-jinn tersebut adalah pembantu atau rakan sekerjasama dengan tukang-tukang sihir itu sepertimana tersebut di atas.


KERANA PUTUS ASA

Apabila manusia berketerlaluan berhajat untuk mendapatkan sesuatu yang dicita-citakannya atau apabila manusia terkena musibah penyakit, kesusahan dan sebagainya, ia akan menjadi putus asa dan hilang punca. 

Ia akan mencari orang yang boleh menolongnya tanpa mengambil kira samada orang yang ia cari itu dan meminta pertolongannya; ianya lelaki atau perempuan, kafir musyrik beragama Hindu, Buddha, pagan-pagan Semang dan Sakai, Siam dan lain-lain yang dipercayainya boleh menolong dan melepaskan mereka dari bencana atau menyembuhkan mereka dengan segera dari penyakit yang dihidapi mereka.

Bila dalam keadaan seperti inilah, maka tukang-tukang sihir itu mendapat peluang menjerat dan menguasai fikiran orang-orang yang terkena sesuatu musibah itu dengan menggunakan kata-kata ucapan psikologi halus sehingga mereka dapat menyakinkan orang-orang itu bahawa mereka benar-benar dapat menguasai jinn-jinn syaitan dan dapat menghapuskan bala bencana atau dapat menyembuhkan penyakit yang ditanggung oleh orang-orang itu.


RISIKAN RAHSIA MANGSA

Modus operandi penting bagi tukang-tukang  sihir sebelum melakukan pekerjaan pengubatan, menghalau, memagar kawasan, mendapatkan jodoh dsb iaitu mereka perlu mendapatkan maklumat asas mengenai diri dan keluarga pesakit atau mangsa; seperti gaya hidup, pekerjaan, amalan-amalan seperti solat, membaca Al-Quran dan dll, tempat-tempat yang menjadi kebiasaan pesakit atau mangsa kunjungi serta rakan dan sahabat handai orang-orang yang terkena musibah itu.

Tukang-tukang sihir biasanya mendapat informasi yang diperlukan melalui risikan  atau bercakap-cakap dengan orang-orang yang menjadi kenalan pesakit atau mangsa secara halus dan tidak ketara.

Maklumat-maklumat tersebut dijadikan bahan bualan mukadimah di hadapan kaum keluarga orang-orang yang terkena musibah sehingga apa yang disebutkan oleh tukang-tukang sihir itu nampak selari dengan apa yang dialami oleh orang-orang  yang terkena musibah itu, sedangkan ahli kaum keluarga orang yang terkena musibah itu tidak pernah memberitahu apa-apa maklumat pun kepada tukang-tukang sihir itu sebelumnya. 


TUKANG SIHIR MELEPAS DIRI

Sering kali didengari cerita mengenai orang-orang yang pernah terkena musibah dan penyakit yang meminta pertolongan dan berubat dengan tukang-tukang sihir tersedar bahawa mereka telah ditipu.

Untuk melepaskan diri daripada pembohongan dan penipuan mereka apabila mereka gagal merawati atau mengubati orang-orang yang terkena musibah itu, maka tukang-tukang sihir tersebut mencari ribuan helah dan alasan untuk menutup kegagalan mereka supaya dengan helah dan alasan mereka itu dapat menyakinkan pesakit atau mangsa yang mereka telah cuba sedaya upaya mereka.

Misalannya: 
·      Mereka menyatakan bahawa orang-orang yang meminta pertolongannya itu tidak mengikut pantang larang yang dikenakan.

·      Mereka mengatakan bahawa ada jinn-jinn lain dihantarkan orang kepada pesakit berkenaan atau menghalang hajat seseorang itu tercapai dan perlu berusaha lagi untuk menghalau dan mengeluarkan jinn-jinn yang baru masuk itu, dan lain-lain lagi.

·      Mereka memberi alasan bahawa mereka tidak sempat atau tidak dapat datang kerana berada di tempat yang jauh.


BERLINDUNG DENGAN ALLAH TA’ALA

Anak-anak Adam hanya boleh selamat dari gangguan kejahatan golongan jinn-jinn, iblis dan syaitan ialah dengan berlindung dengan ALLAH TA’ALA sepanjang masa dengan menyebut NamaNya, berzikir dan berdoa sepertimana yang diajar dan ditunjuk oleh ALLAH TA’ALA dalam firman-firmanNya dan mengikut ajaran Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sabda-sabda Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.


TERJEMAHAN AYAT KURSI

ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 255, maksudnya:

“ALLAH, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa’at (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui  sesuatu pun dari (kandungan) ilmu ALLAH melainkan apa yang ALLAH kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi ALLAH (IlmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada ALLAH menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).”   Ayat 255

ALLAH TA’ALA says:

“ALLAH! La ilaha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), Al-Hayyul-Qayyuum (the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists).
Neither slumber nor sleep overtakes Him.
To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth.
Who is he that can intercede with Him except with His Permission?
He knows what happens to them (His creatures) in this world, and what will happen to them in the Hereafter.
And they will never compass anything of His knowledge except that which He wills.
His Kursi extends over the heavens and the earth, and He feels no fatigue in guarding and preserving them.
And He is the Most High, the Most Great.”   (V2: 255)


WALLAHU A’LAMU BISSAWAB



Hari Juma’at
5 Rabi’ulAkhir 1437 Hijriyah
15 Januari 2016



Nota :

KETERANGAN DARIPADA AL-MARHUM PROF. DR. HAMKA  

“Orang Arab jahiliyah ada kepercayaan bahawa di lekak-lekuk tempat yang seram, di bukit, di gunung, di lembah ada jinn-jinn penguasa.  Maka kalau mereka berjalan kemana-mana, mereka lebih dahulu memberi hormat kepada “penjaga” atau “penguasa” tempat itu.

Kepercayaan inipun merata rupanya di mana-mana. Pada suku-suku bangsa kita di Indonesia, Melayu dan Jawa juga ada kepercayaan akan jinn-jinn itu. 

Berbagai namanya pada istilah kita; dewa, dewi, peri, mambang, begu, hantu, orang sibunian, dan lain-lain sebagainya.

Bangsa kita pun memuja dan memanggil mereka meminta hindarkan dari bala.”






Friday, November 6, 2015

ADAB BERTANDANG


AYAT-AYAT AL-QURAN AL-KARIIM

ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA  berfirman dalam Surah An-Nur, Ayat 27, Ayat 28 dan Ayat 29, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada ahlinya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).”   Ayat 27

“Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin), maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu “baliklah”, maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) ALLAH Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.”   Ayat 28

“Tidaklah menjadi salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin) mana-mana rumah yang tidak didiami orang, yang ada keperluan kamu padanya; dan (ingatlah) ALLAH mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.”   Ayat 29 


HADIS-HADIS NABI SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM

Daripada Huzail rahimahullah meriwayatkan bahawa Sa’ad radhiallahu ‘anh telah datang lalu berdiri tepat di hadapan pintu rumah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk meminta izin (masuk ke rumah Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam) lalu Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda kepadanya, mafhumnya:

“(Janganlah kamu berdiri di hadapan pintu) sebaliknya berdiri di kanan atau di kiri pintu (kerana berdiri di hadapan pintu boleh menyebabkan kamu ternampak apa-apa yang ada dalam rumah sedangkan) meminta izin adalah semata-mata untuk mengelak daripada terlihat apa-apa yang tidak elok dalam rumah.”   (Abu Daud)

Daripada Abi Hurairah radhiallahu ‘anh meriwayatkan bahawa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, mafhumnya:

“Apabila pandangan telah masuk ke dalam rumah (yang ditandang), maka meminta izin tidak memberi apa-apa makna yakni tiada faedah untuk meminta izin.”   (Abu Daud)


Hari Juma’at
24 Muharram 1437 Hijriyah
6 November 2015




Friday, October 2, 2015

MARAHKAN SEMUT




Peribahasa Melayu menyebut: “Marahkan nyamuk, bakar kelambu”.  Zaman sekarang ini bagi orang-orang yang tinggal di bandar-bandar jarang memakai kelambu lagi.  Kalau mereka marahkan nyamuk, mereka akan menggunakan semburan racun Aerosol (AE).

Peribahasa tersebut menunjukkan betapa bengisnya manusia apabila ia marah atas sesuatu perkara.  Ia tidak dapat menahankan lagi perasaannya dan ia sanggup melakukan apa sahaja untuk melepaskan perasaan marahnya itu, walaupun perbuatannya itu boleh merosakkan diri atau harta bendanya sendiri.

Peribahasa Melayu mengenai semut ialah: “Di mana ada gula adalah semut”.  Gula biasa disimpan orang di dapur.  Namun  tiada pula peribahasa yang menyatakan manusia “marahkan semut, bakar dapur”.

Walau bagaimanapun, bila seekor semut, sama ada semut merah, semut gatal, kerengga, semut hitam, semut tiong, semut api atau apa-apa lagi semut, manusia tidak dapat menahan marahnya.

Untuk melepaskan perasaan marahnya, manusia sanggup membakar semut-semut yang menggigitnya.  Misalnya seekor kerengga menggigitnya, maka ia akan membuat jamung api mencucuh sarang kerengga tersebut sehingga habis mati dan terbakar telur-telurnya.  Ada juga manusia membakar semut gatal atau semut api dengan menyiram minyak dan dibakar sarang semut-semut itu. Ganasnya manusia.

Islam tidak melarang manusia membunuh binatang-binatang atau serangga yang menjadi perosak kepada tanaman, makanan dan sebagainya ketika ianya melakukan kerosakan. 

Sungguhpun begitu, Islam melarang orang menyakiti dan menganiayai atau membunuh dengan api, haiwan atau serangga atau binatang-binatang kecil dan sebagainya, sepertimana tersebut dalam Hadis-Hadis berikut:


Dari Abdullah bin Mas’ud, dia berkata:

“Kami pernah bersama Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam satu perjalanan, lalu Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pergi untuk melaksanakan hajatnya, kemudian kami melihat seekor burung yang berbulu merah dengan dua telurnya dan langsung kami mengambil kedua telurnya, kemudian datanglah burung  itu dan mengembangkan sayapnya.  Maka Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam datang dan bersabda: “Siapakah yang telah  menyakiti burung ini demi anaknya?  Kembalikanlah anak tersebut kepadanya.” 

(Sejurus itu) Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat sarang semut yang telah kami bakar, lalu Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:  “Siapakah  yang membakar ini?  Kami berkata: “Kami.”  Maka Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “ Sesungguhnya tidak layak bagi sesiapapun untuk menyeksa dengan api, kecuali Dzat (Allah) yang memiliki api.”   (Sahih Sunan Abu Daud)


Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, dari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, sabdanya:

“ Seekor semut menggigit seorang Nabi di antara para Nabi-nabi, lalu Nabi tersebut menyuruh bakar sarang semut itu, lalu dibakarlah. 

Kemudian Allah Subhanahu  Wata’ala mewahyukan  kepadanya: “Hanya seekor semut yang menggigitmu, lalu engkau musnahkan suatu umat yang selalu membaca tasbih.”   (Sahih Muslim)



Hari Juma’at
18 DzulHijjah 1436 Hijriyah
2 Oktober 2015

Saturday, September 12, 2015

PHOTOS OF SANDSTORM RAIN AND TRAGEDY AT JEDDAH MADINAH AND MECCA






TRAGEDY AT MASJIDILHARAM


ARAB NEWS
Published — Friday 11 September 2015
Last update 12 September 2015 12:12 am

MAKKAH: Eighty-seven people died and 201 were injured when a crane collapsed inside the Grand Mosque in Makkah amid strong winds and heavy rains on Friday evening.

The crane, being used for ongoing expansion work, fell while heavy storms were lashing the city, said eyewitnesses. Lightning struck the crane before it collapsed, one of the eyewitnesses said.

Makkah Gov. Prince Khaled Al-Faisal ordered an immediate inquiry into the disaster. He reached the accident site soon after the tragedy occurred.

He urged authorities to provide the best treatment to the injured. Accordingly, a committee has been set up to investigate the tragedy.

The nationalities of the dead are yet to be ascertained.

Pakistan has confirmed that 14 of its nationals were injured in the crane crash.
Consul General Aftab Ahmed Khokher said: “We have confirmation of 14 injuries from among our nationals.”

He told Arab News that nine of the injured are being treated in one hospital and five in another.

He said his team is in Makkah and on the job. “They are visiting various hospitals to find out more details about Pakistani pilgrims,” he said.

The Bangladesh Consulate in Jeddah told Arab News that 25 Bangladeshis were injured. A senior diplomat from the mission said the consulate does not know whether the injured are pilgrims or workers. “Since it was a worksite, possibly the majority of them may have been construction workers.”

Mohammed Niyaz, an official from the Sri Lankan mission who deals with the island’s pilgrims, said no Sri Lankan pilgrim casualties were reported.

Indian Consul General B.S. Mubarak confirmed that nine Indians were among the injured.

“We have no reports of any fatalities among Indians at the moment,” he told Arab News from Makkah.

He said the Saudi authorities quickly took control of the situation.
“They closed some entry points into the Grand Mosque, but many gates remained open,” he said. “I prayed Isha at the Grand Mosque and everything was normal.”

Mubarak, who has been camping in Makkah to look after Indian pilgrims for the past week, said pilgrims inside the mosque were busy in prayers. “There is no panic at all,” he said. He said a crane came crashing down just before Maghreb. “Part of it fell into the mataf area,” he said. “When I went in there were shards of glass and pieces of concrete in one particular area.”

Mohammed Wakeel, a pilgrim from Parbhani, India, said the weather was very bad before Maghreb. “The winds were blowing at a ferocious speed and it felt like a cyclone was on the way. Minutes later, the clouds opened. There was heavy rain. It was frightening and then the streets of Makkah were filled with rainwater,” he told Arab News from Makkah. “It all happened in a matter of minutes.”

Malaysian media reported that six Malaysians were among the injured.
A Malaysian diplomat in Jeddah, however, told Arab News that there was no official confirmation about injured Malaysians.

Sheikh Abdul Raheem, who was in Makkah at the time of the incident, said he and his colleagues had just finished their Asr prayers when the incident happened.

“There was a huge sandstorm followed by thunder, lightning and then heavy downpour.

“We went inside the new Haram, and suddenly lightning struck one of the cranes. It crashed with all the steel and hit one of the pillars of the new haram and fell into the mataf,” he said, recalling with horror how debris fell only a few meters from them. “We saw people dying before our eyes in the mataf area.”

Iqbal Hossain, who had gone to Makkah from Riyadh to see his parents who came from Dhaka, told Arab News: “I was outside the mosque … and I heard a loud sound.” Then he heard the sirens of the ambulances and Civil Defense vehicles, he said, adding that rescue teams immediately arrived on the scene and rushed the injured to the nearest hospitals. A video clip taken at the time of the tragedy showed pilgrims shouting Allah-o-Akbar (There is no God but Allah!)
The Civil Defense deployed more than 15 teams in addition to officials from the Saudi Red Crescent Authority and their vehicles.

Pakistan Ambassador Manzoor Ul Haq said that he was deeply saddened. “We pray for all those who died in the incident and wish those injured a speedy recovery,” the envoy said, adding that all affected were Muslims and everyone has to sympathize with them.

In view of the anticipated rains, citizens and visitors to Makkah were earlier advised to stay away from streams and pools of water.

Brig. Ahmed Duluubi, chief of Civil Defense in Makkah, said his agency had made all preparatory arrangements for any emergencies based on the weather reports issued by the Presidency of Meteorology and Environment.

The Presidency of Meteorology and Environment predicted on Friday heavy rainfall, continuous thunderstorms accompanied by rising dust and dusty winds which were likely to limit visibility in areas such as Asir, Jazan, Al-Baha, Makkah and Madinah, while the sky was partly cloudy with a chance of rain in Hail, Qassim, Al-Jouf and Tabuk.

Last year, floods caused by torrential rain swept through parts of Makkah and Hail killing two people and injuring several others. The inclement weather also caused power cuts and damaged hundreds of cars across Makkah neighborhoods.




Hari Sabtu
28 Dzulkaedah 1436 Hijriyah
12 September 2015





Friday, September 4, 2015

MINTA SELAMAT TATKALA MENGANDUNG


Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-A’raaf, Ayat 189 dan Ayat 190, maksudnya:

“Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia (Allah) mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri),  untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya,mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan (maksudnya masih dalam peringkat permulaan, belum terasa sakitnya atau beratnya), serta teruslah ia dengan keadaan itu (kesuatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):  “Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik (maksudnya anak yang cukup sifatnya [tidak cacat] lagi layak berusaha dan beribadat dan juga maksudnya selamat bersalin), tentulah kami menjadi dari orang-orang yang bersyukur.”   Ayat 189

Kemudian ketika Allah mengurniakan kepada keduanya nikmat yang baik (sebagaimana yang mereka pohonkan), mereka berdua menjadikan sekutu bagi Allah dalam urusan wujudnya nikmat yang dikurniakan Allah kepada mereka.  Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan itu.”  Ayat 190


Lumrahnya setiap ibu yang mengandung samada ia seorang Islam atau kafir akan berdoa agar ia mendapat anak yang sihat dan sempurna.  Kerisauan ibu yang mengandung itu akan mendorongnya untuk berdoa meminta supaya anak yang dikandungnya itu sempurna kelahirannya.    

Bagi orang kafir dan orang-orang yang serupa pemikirannya dengan kafir akan berusaha dengan berbagai macam cara untuk memastikan anak dalam kandungan mereka selamat samada melalu doktor, makan ubat-ubatan, meminta pertolongan dukun, kahin, singse, menjaga makanan, menjaga segala pantang larang tahayul-tahayul dan sebagainya.  Misalannya, suami tidak dibenarkan memburu binatang, tidak memancing ikan dan apa sahaja yang mereka sangka boleh memberi kesan buruk kepada anak dalam kandungan isteri mereka.

Sesudah ibu-ibu itu melahirkan anak yang sihat dan sempurna, maka bagi orang-orang kafir dan orang-orang yang serupa dengan mereka akan bertambah-tambah kafirnya dan sombongnya terhadap Allah Ta’ala kerana mereka menganggap bahawa kelahiran anak mereka yang sihat dan sempurna itu adalah hasil daripada usaha-usaha dan pertolongan orang-orang yang pernah mereka meminta pertolongan atau hasil daripada pemakanan yang mereka makan.

Begitu juga bagi orang-orang Islam Peranakan yang lebih banyak bergantung kepada tahayul-tahayul, juga akan berkata demikian sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang kafir tersebut, maka mereka telah menyekutukan Allah Ta’ala dengan yang lain dan tidak bersyukur di atas nikmat yang Allah Ta’ala telah kurniakan kepada mereka.

WALLAHU A’LAMU BISSAWAB.



Hari Juma’at
20 Dzulkaedah 1436 Hijriyah
4 September 2015