Friday, April 17, 2015

ADA EKOR MAKA ADA KEPALANYA


LAPORAN MEDIA MENGENAI IS

Kebelakangan ini terdapat berita-berita yang disiarkan oleh media massa mengenai penahanan individu-individu yang disyakki terlibat dengan pergerakan militan IS (Islamic State) di Malaysia.

Pada 7hb. April 2015, dilaporkan bahawa seramai 17 pengganas yang disyakki ada kaitan dengan IS (Islamic State) ditahan oleh Polis DiRaja Malaysia.  Dan pada 17hb. April 2015,  pihak Kementerian Pertahanan Malaysia melaporkan bahawa seramai 70 orang askar disyakki terlibat dengan IS.


IS DIBENTUK DI TIMUR TENGAH

Militan IS dikatakan dibentuk oleh Wahabi A’rab Saudi, Yahudi, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya untuk memecah belahkan umat Islam di Timur Tengah dan Asia Barat kerana hendak menjaga kepentingan negara-negara Wahabi A’rab Saudi, Yahudi, Amerika Syarikat serta sekutu-sekutunya.

Dari segi geografi Timur Tengah terletak jauh dari Malaysia, dan bahasa pertuturan juga berlainan; orang-orang di Timur Tengah mengguna bahasa Arab dan orang-orang di Malaysia menggunakan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu).

Walaupun jarak negara-negara di Timur Tengah itu jauh dan bahasa pertuturan berlainan dengan Malaysia, pergerakan militan IS telah dapat menyusup dan menjalar masuk ke Malaysia melalui agen-agen rakyat tempatan.

Individu-individu yang disyakki mengikut pergerakan militan IS itu mungkin telah lama dididik dan dirangsang oleh agen-agen Wahabi yang berada di Malaysia.

Agen-agen Wahabi biasanya bertopengkan agama Islam menggunakan kelulusan-kelulusan dari institusi-institusi pengajian tinggi dari Timur Tengah sebagai tarikan untuk meyakinkan sesetengah orang Islam menyertai pergerakan militan IS.

Ada kemungkinan bahawa di antara agen-agen itu berselindung di sebalik pekerjaan mereka dalam negara.


MALAYSIA TANPA IS

Justeru itu, apabila individu-individu yang disyakki terlibat dengan pergerakan militan IS telah ditahan, maka sewajarnyalah bagi pihak-pihak berkuasa Malaysia mengesan individu-individu yang menjadi kepala-kepala atau ketua-ketua yang bergerak secara “under-cover” yang menaja, membiayai, membekal persenjataan, melatih dan merangsang orang-orang baru dalam pergerakan militan IS tersebut.

Adalah menjadi harapan bahawa apabila kepala-kepala atau ketua-ketua dan orang-orang yang menjadi agen pergerakan militan IS itu ditangkap atau diusir, maka tiada lagi anasir-anasir jahat yang membentuk pergerakan militan IS di Malaysia.



Hari Juma’at
27 JamadilAkhir 1436 Hijriyah
17 April 2015


No comments: