Zizyphus Mauritiana
SUKAR DIJUMPAI
Jika seseorang berjalan atau melancong dari Perlis ke Johor,
payah bagi mereka hendak berjumpa dengan orang-orang yang menanam pohon
BIDARA. Pohon yang banyak gunanya
khususnya bagi orang-orang Islam.
Bila pohon BIDARA ini jarang ditemui, maka ramai daripada orang-orang
Islam di Malaysia kurang pula mengenali pohon, daun, buah dan kegunaannya.
Di Malaysia ini, rata-rata bagi orang-orang yang ada kawasan
tanah sekeliling rumah, lebih gemar
menanam pokok-pokok seperti pokok mempelam, rambutan, pisang, ciku, pokok
renek, pokok-pokok hiasan taman dan lain-lain lagi.
KELEBIHAN POHON
BIDARA
Bagi orang-orang Islam yang mempelajari atau orang-orang
yang biasa mengurus dan memandikan mayat, tahu akan kepentingan dan kegunaan
daun BIDARA kerana ianya mengikut suruhan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam yang mana lebih afdhal mengguna daun BIDARA dari sabun atau lain-lain
bahan mandian yang digunakan untuk memandikan mayat.
Tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan dari Ibnu
Abbas radhiallahu ‘anh, ia berkata bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda pada orang-orang yang mengurus mayat orang yang mati terjatuh
dari kenderaannya:
“Mandikanlah dia dengan air serta daun
BIDARA.”
Tersebut dalam sebuah Hadis yang lain:
Diriwayatkan dari Ummu ‘Atiyah; “Nabi Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam masuk ke tempat kami memandikan anak perempuannya, lalu bersabda”:
“Mandikanlah dia tiga kali atau lima kali atau
lebih, jika kamu pandang baik lebih dari itu dengan air serta daun BIDARA. Dan basuh yang penghabisan hendaklah dicampur
dengan kapur barus.” Bukhari,
Muslim.
LARANGAN MENEBANG
POHON BIDARA
Dilarang menebang pohon BIDARA dengan sengaja tanpa
sebab-sebab yang mengharuskannya.
Dari Abdullah bin Hubsyi, ia berkata: “Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Barangsiapa menebang pohon BIDARA, maka Allah
akan membenamkan kepalanya di dalam api neraka.” Abu Daud.
KHASIAT-KHASIAT POHON
BIDARA
Sebahagian daripada khasiat-khasiat pohon BIDARA yang
diketahui ialah:
1 1.
Sakit Gusi:
Kulit batang BIDARA direbus sehingga
mendidih. Setelah sejuk, tapis lalu
digunakan bagi berkumur.
2 2.
Kulit Hodoh:
Buah BIDARA segar atau kering dimakan bagi
mencantikkan kulit.
3 3.
Rambut Bermasalah:
11 daun BIDARA ditumbuk lumat lalu
dilumurkan pada rambut dan kulit kepala.
Biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
4 4. Buasir:
Buah BIDARA yang segar atau kering dimakan
bersama buah pala.
5 5.
Hepar (liver) Bertoksik:
Buah BIDARA yang segar atau yang kering
dimakan bagi mencucikan hepar (liver). Lakukan
setiap hari.
6 6. Jantung Bertoksik:
Buah BIDARA yang segar atau yang kering
dimakan bagi mencucikan jantung. Lakukan setiap hari sehingga sembuh.
7 7.
Bisul:
Daun BIDARA dikeringkan, ditumbuk
lumat menjadi serbuk. Apabila mahu digunakan, campurkan sedikit
air, digaul rata lalu ditampalkan pada bahagian yang sakit sebelum tidur
malam. Balut dengan kain pembalut. Keesokan pagi, bersihkannya dengan
menggunakan air yang bersih.
PANTUN
MELAYU
Orang-orang Melayu menggunakan BUAH BIDARA
sebagai bayangan dalam pantun:
PANTUN MELAYU LAMA
Nasi lemak buah
BIDARA
Daun selasih
dilurut-lurutkan
Tinggal emak tinggal saudara
Kerana kasih ku
turutkan
PANTUN BARU
Nasi lemak buah
BIDARA
Enak dimakan
bersama kopi
Tinggal emak
tinggal saudara
Rosak badan
turutkan hati
Nasi lemak buah BIDARA
Daun selasih dilurut-lurutkan
Tinggal emak tinggal
saudara
Hidup jauh dari
keberkatan
Hari Jumaat
18 Rabi’ulAkhir 1434 Hijriyah
1 Mac 2013
No comments:
Post a Comment