IBUKU AMAT BERBANGGA
SEKALI
Aku berusia 17 tahun dan telah berjaya dalam peperiksaan SPM
tahun 2012 dengan mendapat “straight ‘As’ ” dalam semua mata pelajaran yang aku
ambil.
Sahabat handai dan kenalan yang berjumpa denganku mengucapkan
tahniah kepadaku, khususnya ibu bapaku
yang amat gembira sekali atas kejayaanku itu kerana memberi kebanggaan kepada
mereka. Ramai daripada sanak saudara dan
sahabat handai ibu bapaku mengucapkan tahniah kepada mereka.
KEHENDAK IBUKU
Melihat kepada kejayaanku itu, ibuku meminta supaya aku terus belajar sehingga ke
peringkat Ph.D, dan selepas itu bolehlah aku berkahwin. Bapaku tidak memberi apa-apa komen dan
berdiam diri sahaja.
Ibuku terus memberi alasan bahawa dengan berkelulusan tinggi,
aku boleh mendapat pekerjaan yang
bergaji tinggi.
Kata ibuku lagi, bila seseorang itu bergaji tinggi, maka
kedudukannya akan disanjung dan dihormati orang. Disamping itu, orang yang bergaji tinggi itu tidak
akan merasa susah kerana dapat membeli rumah yang besar dan memiliki kenderaan
berjenama yang mahal harganya dan tidak berkehendakkan kepada orang lain kerana
boleh menggunakan wang gaji sendiri untuk mendapatkan apa sahaja perkhidmatan
yang diperlukan.
Aku selalu juga mendengar kebanyakan orang bercakap mengenai
dengan kehidupan yang baik bergantung
kepada ijazah kelulusan seseorang itu. Mereka
terlalu yakin dengan pemikiran bahawa ijazah kelulusan itulah yang menjaminkan
rezeki bagi seseorang.
SUKAR MEMBUAT PILIHAN
Aku sedar bahawa pemikiran ibuku itu baik dan aku juga
tertarik dengan kata-katanya itu.
Namun begitu aku sekarang menghadapi dilema di antara berkahwin dan terus belajar atau
belajar tanpa berkahwin sebagaimana kata-kata ibuku itu.
Sekiranya aku memilih berkahwin dan belajar, bagaimana pula dengan
tanggungjawabku terhadap suamiku? Apakah
aku boleh membahagi masaku dengan baik di antara belajar dan kewajiban aku
terhadap suamiku?
Bagaimana pula jika aku terus belajar tanpa berkahwin
sehingga ke peringkat Ph.D, yang sudah tentu memakan masa kurang lebih 7 atau 8
tahun, mengikut jurusan yang akan aku ambil nanti. Ini bererti umurku akan mencapai 26 tahun pada
masa itu, jika aku lulus dan kesihatanku baik.
Memandangkan umurku pada ketika
itu masih lagi muda dan masih boleh bergaya, dan jika ada jodoh, barulah aku kahwin.
Terlintas juga di fikiranku, bagaimana pula keadaannya
sekiranya aku tidak ada jodoh atau lambat mendapat jodoh, sedangkan umurku
semakin hari semakin bertambah, dan kesihatanku pula tidak dapat ditentukan.
Mengikut pengajian sains biologi, semakin berumur seseorang
perempuan itu, fizikal dan kesuburan produksinya akan menurun lebih cepat
daripada lelaki.
Maka inilah menjadi dilemaku dan susah bagiku untuk membuat
pilihan yang sesuai dengan naluriku sebagai seorang perempuan Muslimah.
LAIN NASIHAT LAIN
YANG TELAH DIBUAT
Dalam memikirkan perkara tersebut, terlintas di pemikiranku juga
kepada kehidupan ibu bapaku sekeluarga.
Mereka berkahwin awal iaitu pada masa mereka berdua masih
belajar lagi. Ibuku berumur 20 tahun
ketika melahirkan aku, dan bapaku berusia 22 tahun. Bapaku telah tamat belajar ketika aku mula
masuk sekolah darjah satu dan ibuku lulus dua tahun kemudian.
Mereka sekarang ini boleh dikatakan berjaya dalam kehidupan
mereka. Mereka ada rumah, kenderaan dan mempunyai
anak-anak di sekeliling mereka.
Jika ibu bapaku boleh berkahwin semasa mereka masih belajar
maka aku pun merasa aku pun boleh begitu jika itu adalah pilihanku kerana aku merasa bahagia di sisi ibu bapaku sejak kecil
sampai sekarang ini.
Hari Jumaat
17 JamadilAwwal 1434 Hijriyah
29 Mac 2013
No comments:
Post a Comment