BUFFALO
AND COW IN MOSQUITO’S NET
Manusia yang tidak mengenal Allah Ta’ala dan RasulNya, yakni
mereka yang tidak menyembah, tidak mengikut dan tidak menjalankan hukum-hukum
Allah Yang Maha Agong, dan tidak mengikut ajaran-ajaran Al-Quran, walaupun
mereka itu terdiri daripada ketua-ketua negara, pemimpin-pemimpin bangsa,
ketua-ketua masyarakat atau orang-orang yang mempunyai pengetahuan dan harta
benda adalah disifatkan sebagai orang yang hina dina di sisi Allah Ta’ala.
Mereka itu juga digolongkan dalam Al-Quran sebagai orang
yang bodoh sesat bahkan lebih sesat daripada binatang-binatang ternak seperti
kerbau, lembu dan lain-lain kerana mereka tidak mahu melihat dengan mata mereka
dan tidak mahu mendengar dengan telinga
mereka ajaran-ajaran Al-Quran dan Hadis.
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-A’raaf, Ayat 179, maksudnya:
“Dan sesungguhnya Kami (Allah) jadikan untuk
neraka jahannam banyak dari jinn dan
manusia yang mempunyai hati, tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah),
dan yang mempunyai mata, tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan
yang mempunyai telinga, tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat),
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka
itulah orang-orang yang lalai.” Ayat
179
Allah says:
“And surely, We (Allah) have created many of
the jinn and mankind for Hell. They have
hearts wherewith they understand not, and they have eyes wherewith they see
not, and they have ears wherewith they hear not (the truth). They are like cattle, nay even more astray;
those! They are the heedless ones.” (V7 : 179)
Mereka itu dipilih sebagai pemimpin-pemimpin atau
pembesar-pembesar negara melalui berbagai sistem pengundian dan pemilihan
seperti pilihanraya dan seumpamanya.
Pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar negara yang terpilih
ini, disanjungi dan dimulia-muliakan oleh orang-orang yang seperti mereka juga.
Hari Jumaat
11 Rabi’ulAkhir 1434 Hijriyah
22 Februari 2013
No comments:
Post a Comment