SATU UBAT SEMBUH
SEMUA PENYAKIT
Kini terdapat dalam pasaran, banyak iklan-iklan
produk-produk perubatan; sama ada ubatan yang menggunakan “drugs”, atau herba,
atau cara lain selain daripada yang tersebut.
Kebanyakan daripada pengeluar-pengeluar produk-produk ubatan
itu mengaku dan bersaksi bahawa produk-produk keluaran mereka boleh
menyembuhkan seribu satu penyakit secara khusus atau secara umum.
Terdapat juga orang-orang India Hindu, orang-orang China, orang-orang
Melayu dan lain-lain, yang memberi nasihat melalui massa media bahawa
ubat-ubatan atau terdapat sesetengah makanan yang boleh menyembuhkan sesuatu
penyakit dan sebagainya.
Dalam hal ini, orang-orang yang mengidap sesuatu penyakit
tidak harus terburu-buru mengambil dan memakan ubat-ubatan atau makanan yang
diberitahu atau yang disebutkan itu.
SILAP MAKAN SAKIT
BADAN
Pesakit hendaklah berhati-hati mengambil ubat-ubatan untuk
diri sendiri kerana dirinya itu adalah teramat penting sekali dan pesakit itu
sendiri akan menanggung risikonya.
Sesetengah ubat mempunyai kesan sampingan dan makanan juga
ada alergi yang berbeza-beza bagi sesetengah orang.
Justeru itu, kebanyakan orang tidak dapat membezakan
penyakit-penyakit yang dilihat serupa pada simptomnya dan dirasai sakitnya pula
sama, sedangkan pada hakikatnya penyakit-penyakit itu mungkin tidak sama dan
tidak serupa.
Oleh yang demikian sesuatu ubat atau sesuatu benda yang
dimakan oleh seseorang yang menjadi ia sembuh dan baik, tidak semestinya boleh
dimakan atau diambil atau diguna oleh orang lain, kecuali orang itu atau pesakit itu
telah disahkan oleh Tabib-tabib yang bertauliah dan pakar-pakar penyakit yang
khusus dalam bidang-bidang penyakit yang berkaitan dengan diri pesakit itu
sendiri.
Hari Jumaat
20 Rabi’ulAwwal 1434 Hijriyah
1 Februari 2013
No comments:
Post a Comment