A’UDZUBILLAHI MINASY-SYAITAANIRRAJIIM.
BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM.
Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya:
“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Malaikat dijadikan dari nur
(cahaya). Jinn dijadikan dari maarij (api). Dan Adam telah diterangkan kepadamu (yakni
dari tanah).”
Muslim.
MALAIKAT MEMPUNYAI
SAYAP
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Faathir, Ayat 1, maksudnya:
“Segala puji tertentu bagi Allah yang
menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang
bersayap: dua, tiga dan empat; Ia (Allah) menambah pada bentuk kejadian makhluk
yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu.” Ayat 1
Dari ‘Abdullah bin Mas’ud, katanya: “Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda
bahawa Malaikat Jibril ‘Alaihissalam mempunyai 600 sayap.” Bukhari dan
Muslim.
KEJADIAN MANUSIA DAN
JINN
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Hijr, Ayat 26, Ayat 27, maksudnya:
“Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan
manusia (Adam) dari tanah liat yang
kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.” Ayat 26
“Dan Jinn pula, Kami (Allah) jadikan dia
sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap keliang bulu roma.” Ayat
27
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Ar-Rahmaan, Ayat 14 dan Ayat 15, maksudnya:
“Ia (Allah) menciptakan manusia (lembaga
Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,” Ayat 14
“Dan Ia (Allah) telah menciptakan jinn dari
lidah api yang menjulang-julang (smokeless flame of fire).” Ayat 15
SYAITAN MANUSIA DAN
SYAITAN JINN
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-An’aam, Ayat 112, maksudnya:
“Dan demikianlah Kami (Allah) jadikan bagi
tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jinn, setengahnya
membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah
susunannya untuk memperdaya pendengarnya.
Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa
yang mereka ada-adakan itu.” Ayat 112
ASAL IBLIS DARIPADA
JINN
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Kahfi, Ayat 50, maksudnya:
“Dan
(ingatkanlah peristiwa) tatkala Kami (Allah) berfirman kepada malaikat:
“Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud, melainkan iblis; ia (iblis)
adalah berasal dari golongan jinn, lalu ia menderhaka akan perintah
Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak
menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi
pemimpin selain daripadaKu (Allah)?
Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu!
Amatlah buruknya bagi orang-orang
yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.”
Ayat 50
DI ANTARA JINN ADA
YANG ISLAM DAN ADA YANG KAFIR
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Jinn, Ayat 11, Ayat 13 dan Ayat 14, maksudnya:
“Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di
antara kita (jinn) golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang
lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan
(aliran yang berbeza-beza).” Ayat
11
“Dan bahawa sesungguhnya kami (jinn), tatkala
mendengar pertunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh
lagi); kerana
sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka
tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang
baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.” Ayat 13
“Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya
Al-Quran, nyatalah), ada di antara kita (jinn) golongan yang beragama Islam,
dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang
benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka
merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang
benar.” Ayat 14
IBLIS DAN SYAITAN
ADALAH JINN YANG BODOH
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Jinn, Ayat 4 dan Ayat 5, maksudnya:
“Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa
sesungguhnya: (ketua) yang bodoh akal pertimbangannya dari kalangan kita (jinn)
telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;” Ayat 4
“Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan)
kita (jinn) menyangka bahawa manusia dan jinn tidak sekali-kali akan berani
mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.”
Ayat 5
PERMOHONAN IBLIS
UNTUK MENYESATKAN MANUSIA
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Israa’, Ayat 62, Ayat 63 dan Ayat 64, maksudnya:
“Ia (iblis) berkata: “Khabarkanlah kepadaku,
inikah orangnya yang Engkau (Allah) muliakan lebih daripadaku? Jika Engkau (Allah) beri tempoh kepadaku hingga
hari kiamat, tentulah aku akan memancing (menjerat) menyesatkan zuriyat
keturunanannya (Nabi Adam ‘Alaihissalam), kecuali sedikit (di antaranya).” Ayat 62
“Allah berfirman (kepada iblis): “Pergilah
(lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kepada sesiapa yang menurutmu di
antara mereka, maka sesungguhnya neraka jahannamlah balasan kamu semua, sebagai
balasan yang cukup.” Ayat 63
“Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau
(iblis) dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu
yang berkuda serta
yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka;
dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan hartabenda dan anak-anak
(mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu).” Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh
syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.”
Ayat 64
IBLIS TIDAK ADA KUASA
MENYESATKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Israa’, Ayat 65, maksudnya:
“Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman
dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap
mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung
(bagi mereka).” Ayat 65
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Hijr, Ayat 39 dan Ayat 40, maksudnya:
“Iblis berkata; “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau
(Allah) telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan
memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriyatnya di dunia ini, dan
aku akan menyesatkan mereka semuanya,-” Ayat
39
“Kecuali di antara zuriyat-zuriyat Adam itu
hamba-hambaMu (Allah) yang dibersihkan dari sebarang syirik.” Ayat 40
PERINTAH ALLAH TA’ALA
DI BANTAH IBLIS LAKNATULLAH
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Hijr, Ayat 28, Ayat 29, Ayat 30, Ayat 31, Ayat 32, Ayat 33, Ayat
34, Ayat 35, Ayat 36, Ayat 37, Ayat 38, Ayat 41, Ayat 42 dan Ayat 43, maksudnya:
“Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala Tuhanmu
berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku (Allah) hendak menciptakan manusia
dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna
dan baunya.” Ayat 28
“Kemudian apabila Aku (Allah) sempurnakan
kejadiannya (Adam), serta Aku (Allah) tiupkan padanya roh dari (ciptaan)Ku,
maka hendaklah kamu sujud kepadanya.” Ayat
29
“(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah
sekalian malaikat, semuanya sekali,” Ayat
30
“Melainkan iblis; ia enggan turut bersama
mereka yang sujud.” Ayat 31
“Allah berfirman: “Hai iblis! Apa sebabnya engkau
tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”
Ayat 32
“Iblis menjawab: “Aku tidak patut sujud kepada
manusia yang Engkau (Allah) jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang
berasal dari tanah ketal yang berubah warna dan baunya.” Ayat 33
“Allah berfirman: ”Kalau demikian, keluarlah
engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan
adalah (satu makhluk yang) diusir.” Ayat
34
“Dan sesungguhnya engkau (iblis) ditimpa laknat
terus menerus hingga ke hari kiamat.” Ayat
35
“Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga
ke hari mereka dibangkitkan (hari kamat).” Ayat36
“Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu,
maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh,- “ Ayat 37
“Hingga ke hari - masa yang termaklum.” Ayat 38
“Allah berfirman: “Inilah satu jalan yang
lurus, yang tetap Aku (Allah) memeliharanya.” Ayat 41
“Sesungguhnya hambaKu, tidaklah ada bagimu
sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu (iblis)
dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).” Ayat 42
“Dan sesungguhnya neraka jahannam itu, tempat
yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu (iblis)).” Ayat 43
SODAQALLAHUL ‘ADZIM.
Hari Jumaat
4 Rabi’ulAkhir 1434 Hijriyah
15 Februari 2013
No comments:
Post a Comment