Gambar di atas menunjukkan upacara muzik yang diadakan khas
untuk menyambut ketibaan yang pertama sebahagian dari para jemaah Haji bagi
tahun 1434 Hijriyah/2013 Masihi yang menjadi tetamu jemputan khas kerajaan
Wahhabi Arab Saudi.
Mereka disambut oleh pasukan pancaragam setibanya dengan
kapal laut di Pelabuhan Jeddah.
Rasanya bagi sesiapa yang melihat kepada gambar dan berita
tersebut yang disiarkan pada 8 Oktober 2013, macam tidak percaya ada sepasukan
pancaragam yang diatur khas oleh kerajaan Wahhabi Arab Saudi untuk menyambut ketibaan
jemaah Haji.
Biasanya, upacara seumpama itu diadakan untuk menyambut
pemimpin-pemimpin dari negara-negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, China,
Jepun dan lain-lain negara.
Selain daripada itu, bagi sesetengah kaum kafir dan kaum
musyrik, pasukan pancaragam seumpama itu juga diadakan untuk mengiringi keluarga
yang mati ke jerat-jerat mereka untuk dibakar atau ditanam.
Hari Juma’at
6 DzilHijjah 1434 Hijriyah
11 Oktober 2013
No comments:
Post a Comment