PETIKAN BERITA
Telah
dilaporkan dalam sebuah halaman web pada 18 Oktober 2013, bahawa seorang
penulis telah mengeluarkan hukum bahawa perbuatan melarang orang-orang bukan
Islam menggunakan perkataan “ALLAH” itu boleh jatuh kepada "SYIRIK".
Petikan
laporan itu ialah seperti berikut:
KUALA LUMPUR, Oct 18 — Banning
non-Muslims from calling God “Allah” is tantamount to “syirik”, which
refers to the sin of practicing idolatry or polytheism and is an unforgivable crime
in Islam, respected Islamic scholar has warned Muslims.
The respected scholar also
questioned the logic of prohibiting non-Muslims from referring to GOD as
“Allah”.
“What about Christian Arabs who
come to Malaysia? Will they be forced to stop themselves from saying ‘masya
Allah’ (God has willed it) and instead, replace it with ‘masya God’? While non-Muslim Chinese in Kelantan are used
to saying the Arabic phrase “insya Allah” (God willing).
SYIRIK
Adalah
tidak wajar bagi penulis tersebut menghukumkan bahawa melarang orang-orang
bukan Islam menggunakan perkataan “ALLAH” boleh menjadi "SYIRIK" besar yang
membawa padah celaka di Akhirat ke atas orang-orang yang melarangkannya.
Menjadikan
satu hukum bahawa larangan penggunaan perkataan “ALLAH” boleh menjadi “SYIRIK”
bukan sahaja ianya luar biasa tetapi juga terkeluar daripada kecerdikan akal
dan ilmu.
TIDAK MENGERTI BAHASA
Penulis
tidak mengerti bezanya penggunaan perkataan “ALLAH” dalam pertuturan dan
penulisan bahasa Arab di kalangan bangsa Arab Islam atau bukan Islam, yakni
bagi Arab kafir, ianya adalah hanya satu ungkapan kata.
Merujuk kepada laporan di atas, penulis
itu juga bertanya: “Adakah orang-orang Arab Kristian akan dilarang menggunakan
perkataan “ALLAH” dalam pertuturan mereka?”
Untuk
pengetahuannya, orang-orang Arab, sejak dahulu kala yakni sejak wujudnya bangsa
Arab telah menggunakan bahasa Arab dalam semua perkara dalam kehidupan mereka
termasuklah perkataan “ALLAH”.
Oleh
itu samada orang Arab itu Kristian atau Musyrik Jahiliyah, mereka menggunakan perkataan
“Allah”, seperti “Masya Allah”, "Insya Allah” sebagai bahasa pertuturan harian (common
usage) dalam kehidupan mereka.
Walaupun
mereka menggunakan perkataan “ALLAH”, "Masya Allah” dan “Insya Allah”; Arab
Kristian tidak sembah “ALLAH”, mereka sembah tuhan “god” Trinity (Father, Son and Holy Spirit), dan begitu
juga orang Arab musyrik jahiliyah tidak sembah “ALLAH”, mereka sembah
berhala-berhala dan sebagainya.
Maka
perkara asas sekarang ini ialah orang-orang Kristian di Malaysia mahu
menggunakan perkataan “ALLAH” dalam tulisan kitab Injil mereka,
penerbitan-penerbitan Kristian dan di mana-mana tempat dan objek yang mereka
kehendakki.
ORANG KELANTAN
Begitu
juga, sebagaimana yang disebut oleh penulis bahawa orang-orang Cina bukan Islam
di Kelantan menggunakan perkataan “Insya Allah”.
Untuk
pengetahuan penulis bahawa perkataan “Insya Allah” yang dituturkan oleh
sesetengah orang-orang Cina bukan Islam di Kelantan itu tidak memberi apa-apa kesan “significant” kepada mereka selain daripada perkataan itu hanya sebagai adat
berbudi bahasa yang dituturkan dalam masyarakat Kelantan.
Orang-orang
Cina bukan Islam di Kelantan juga sembah berhala Tok Pekong-Tok Pekong dan
sebagainya. Mereka tidak sembah “ALLAH” walaupun mereka menyebut "ALLAH" dalam pertuturan mereka.
Hari
Juma’at
20
DzilHijjah 1434 Hijriyah
25
Oktober 2013