MUSLIM PERANAKAN
Kini walaupun ternampak arus kebangkitan umat Islam
menggalakkan, namun begitu masih banyak
negara-negara umat Islam yang menolak perlaksanaan sepenuhnya Hukum-hukum Allah
Subhanahu Wa Ta’ala (Hudud) dan tidak menjadikan Al-Quran Al-Kariim sebagai perlembagaan
negara serta tidak mengikut Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Bagi sesetengah negara-negara umat Islam itu, rakyatnya
mahukan kerajaannya melaksanakan Hukum-hukum Allah ‘Azza Wa Jalla, namun ditolak
dan dihalang oleh pemimpin-pemimpin mereka yang seagama dengan mereka.
Sebagai contoh terdekat, majoriti rakyat Islam di Mesir
telah memilih parti Islam melalui proses pilihanraya berdemokrasi untuk
memimpin mereka. Parti Islam yang mereka
pilih itu menang dan telah dapat membentuk sebuah kerajaan demokrasi yang
pertama.
Kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat Mesir, di bawah
pimpinan Dr. Mohamed Morsi dari Parti Ikhwanul Muslimun yang dilantik sebagai
Presiden Mesir pada 12 Jun 2013, telah dirampas dan ditumbangkan oleh tentera
Mesir selepas setahun pemerintahannya sebelum berjaya usaha beliau untuk
mengembalikan negara Mesir kepada Islam daripada pemerintahan sekular
sebelumnya.
Pada 3 Julai 2013, tentera di bawah pimpinan Abdul Fattah el-Sisi,
bersama orang-orang yang anti-Islam dan orang-orang Islam yang kurang
senang dengan perlaksanaan Hukum-hukum
Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan RasulNya, merampas kuasa pemerintahan yang
dipilih secara demokrasi. Mereka yang
berkelakuan demikian menyerupai orang-orang munafiq yang berpenyakit dalam hati
mereka.
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 10 dan Ayat 11, maksudnya:
“Dalam hati mereka (golongan yang munafiq itu)
terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit
itu kepada mereka;” Ayat 10
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan
di muka bumi”, mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya
membuat kebaikan.” Ayat 11
Mereka menjadi orang-orang Islam kerana mereka telah dilahirkan
dalam Islam. Mereka mahukan Islam tetapi
dalam masa yang sama, mereka citakan dan cintakan kerja-kerja maksiat dalam kehidupan
mereka. Mereka itulah MUSLIM PERANAKAN
yakni Muslim pada nama sahaja.
Rujukan laporan akhbar Al Ahram pada 19 Ogos 2013:
BAN EGYPT’S ISLAMIC PARTY
Al Ahram Online, Monday 19 August, 2013.
Egypt’s new draft constitution may ban the formation of
political parties based on religious grounds, the state-owned Al Ahram Online
reported on Monday.
The committee tasked with amending the new constitution was
requested by “more than 400 political, economic and social institutions” to
write the ban into the constitution as a way of “safeguarding Egypt against
Islamist factions trying to change the civil nature of the country into a
religious oligarchy,” the website cited unnamed sources as saying.
The amended 2012 constitution is expected to be announced
on Wednesday, said Ali Awad Saleh, head of the constitutional committee and Interim
President Adly Mansour’s legal advisor.
Last week, Saleh stated that Article 2 of the 2012
Islamist-backed constitution which states that Islamic Sharia is the main
source of legislation will be kept in place “in order to stress the Islamic identity of Egypt.”
MUSLIM PERANAKAN DI
BANGLADESH
Seperti di Mesir, orang-orang Islam di Bangladesh, Pakistan,
dan negara-negara Arab di seluruh tanah Arab di Timur Tengah, pemimpin-pemimpin
mereka yang terdiri daripada orang-orang Islam terang-terang menolak Hukum-hukum
Allah ‘Azza Wa Jalla dan mengekalkan perlaksanaan pemerintahan sekular dengan
mengguna pakai undang-undang jahiliyah rekaan manusia dalam kehidupan mereka.
Salah satu negara Muslim Peranakan ialah negara Bangladesh
yang mempunyai 90.4% penduduk Islam yang
lebih senang dengan pemerintahan sekular.
Parti Islam yang terbesar di Bangladesh iaitu Jamaat-e-Islami di halang
dari bertanding di dalam pilihanraya seperti yang diberitakan di bawah ini:
AGENCE FRANCE PRESSE
Published — Thursday 1 August 2013
Last Update 1 August 2013 1:45 pm
DHAKA: Bangladesh’s
main Islamist party was banned from contesting next year’s election when the
high court ruled on Thursday that Jamaat-e-Islami’s charter breached the
country’s secular constitution.
“It is hereby
declared illegal,” said Moazzem Hossain, the chief judge hearing the case amid
tight security outside the courthouse in Dhaka.
A lawyer for the
Bangladeshi election commission, which oversees preparations for elections due
next January, said the ruling meant Jamaat could not field candidates.
“As a party Jamaat’s
registration with the election commission is declared illegal, with the
consequence that they cannot contest the election as a political party,”
Shahdeen Malik told AFP.
KERAJAAN WAHHABI
SAUDI MENOLAK HUKUM ALLAH
Muslim peranakan Kerajaan Wahhabi Saudi Arabia, dengan
pertolongan British, menakluki dua tanah suci Makkah Al-Mukarramah dan Madinah
Al-Munawwarah pada tahun 1932, membawa fahaman Wahhabi dalam pemerintahannya dan
meninggalkan Hukum-hukum Allah yakni tidak melaksanakan sepenuhnya Hukum-hukum (Hudud)
yang diperintahkan Allah ‘Azza Wa Jalla dan RasulNya, kecuali mana-mana hukum
yang difikirkan sesuai dengan kehendak nafsu diambil guna pakai.
Di samping itu, menghapuskan semua kaum keluarga keturunan
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang masih ada di Makkah Al-Mukarramah
yang menjadi penjaga Ka’abah, dengan dibuang
ke Jordan dan kesan-kesan asal tempat-tempat bersejarah yang ada kaitan dengan
kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam diroboh dan dimusnahkan.
Sebagai contoh, rumah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dan keluarganya telah diroboh dan dibangunkan di atas tapak rumah itu
kompleks tandas awam yang besar. Tempat
kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah diroboh dan dibangunkan
sebuah Maktaban dan lain-lain lagi seperti Jabal Al-Qubays dan binaan-binaan
asal, tempat-tempat bersejarah berkaitan dengan Islam dan kebangkitannya telah
dihancur dan dimusnahkan.
Jabal Al-Qubays yang mempunyai sejarah agong dalam Islam iaitu
tempat tersimpannya Hajarul Aswad selama 40 tahun selepas banjir besar Nabi Nuh
‘Alaihissalam, sebelum Hajarul Aswad dikembalikan kepada tempatnya sekarang
ini. Di atas bukit itu (Jabal Al-Qubays)
sekarang, telah dibina istana yang besar.
Untuk menutup segala perbuatan jahatnya itu daripada mata
dunia, Kerajaan Wahhabi Saudi membina masjid-masjid baru yang besar dan indah
hiasannya bagi menggantikan binaan-binaan seperti masjid-masjid tempat
sahabat-sahabat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menunaikan solat telah
dirobohkan, begitu juga tapak-tapak rumah sahabat-sahabat Nabi Sallallahu
‘Alaihi Wasallam yang dijadikan kompleks membeli-belah. Mengadakan institusi pengajian Al-Quran dan
Hadis hanya topeng untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka terdiri
daripada orang-orang yang beriman yang menjaga dan membangunkan Islam.
Dengan cara demikian, mereka mendapat kepercayaan
orang-orang Islam di sekeliling mereka dan dengan itu, sekali gus, bertujuan
meneguhkan pemerintahannya.
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 8, Ayat 9, maksudnya:
“Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami
telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”, padahal mereka sebenarnya tidak
beriman.” Ayat 8
“Mereka hendak memperdayakan Allah dan
orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri,
sedang mereka tidak menyedarinya.” Ayat
9
Hari Juma’at
16 Syawal 1434 Hijriyah
23 Ogos 2013
No comments:
Post a Comment