“Masquerade ball” adalah satu acara (event) yang dijadikan
tarian atau permainan di sesuatu majlis, berasal dari Eropah dalam kurun yang
ke 16 dan telah menjalar pesat ke Asia Tenggara, termasuk Filipina, Indonesia
dan Malaysia.
Bagi orang-orang kafir dan orang-orang yang serupa dengan
mereka, melakukan maksiat adalah perkara biasa tetapi bagi orang-orang yang
beriman perbuatan tersebut adalah perkara yang luar biasa.
Namun begitu, terdapat sesetengah orang-orang Islam
terikut-ikut dengan pakaian dan topeng muka yang berbagai corak dan bentuk yang
beraneka warna. Mereka meniru cara memakai pakaian dan topeng dan digunakan dalam
majlis-majlis tertentu seperti majlis menyambut hari jadi, majlis kenduri
walimatul urus dan lain-lain lagi.
“Masquerade ball” diadakan dalam berbagai-bagai cara. Di antaranya ialah para jemputan dalam
sesuatu majlis dikehendaki memakai topeng supaya tidak dikenali dan mereka
diminta mencari dan mengenali jemputan-jemputan lain yang memakai topeng. Hal itu menjadikan majlis itu riuh rendah dengan
gelak ketawa seperti hilaian suara himar dan syaitan.
Pernah juga diadakan dalam majlis yang ramai, satu pesta di
mana perempuan-perempuan akan memakai topeng dan pakaian tertentu keluar
berlari-lari di tengah-tengah orang ramai dengan gaya yang bermotif “assignations
motivated” yang menghala tuju kepada
kemaksiatan.
Oleh itu, permainan atau tarian “masquerade” ini, bila
diperhatikan, ianya menunjukkan bahawa ianya satu tarian atau permainan yang
mengghairahkan dan bermotifkan kepada melakukan maksiat.
No comments:
Post a Comment