Dengan adanya lambang dan logo, maka orang ramai dapat
mengenali sesuatu organisasi, persatuan, parti politik, persatuan sukan, kumpulan
kongsi gelap, kumpulan pekerja, persatuan artis, kelab dan sebagainya.
Antara contoh-contoh lambang yang diketahui adalah lambang
Salib “Cross” yang digunakan oleh orang-orang Kristian, lambang “Star David” yang digunakan oleh orang-orang
Yahudi, lambang “Mata Satu” yang digunakan oleh Illuminati dan lain-lain
lambang lagi.
Namun begitu, kebanyakan orang tidak mengambil tahu mengenai
lambang-lambang yang digunakan kecuali lambang-lambang parti-parti politik yang
selalu ditonjol-tonjolkan sewaktu kempen pilihanraya.
SIMBOL-SIMBOL SYAITAN
BAPHOMET ialah satu
pergerakan pemuja Syaitan, telah lama menggunakan simbol-simbol Syaitan “signs
of Satan” iaitu dua jari tangan yakni samada jari telunjuk dan jari hantu atau
jari kelingking dan jari telunjuk diangkat ke atas atau ke bawah.
Begitu juga dengan pergerakan sulit Yahudi FREEMASON dan
ILLUMINATI menggunakan simbol-simbol
BAPHOMET bersama dengan simbol-simbol lain yang dirahsiakan dari pengetahuan
umum.
Di samping simbol-simbol Syaitan “signs of Satan”, lambang-lambang
dan logo-logo juga digunakan sebagai
pengenalan dan isyarat menandakan seseorang itu adalah ahli atau pengikut tegar
atau pengikut sambilan atau sekutu pergerakan tersebut.
MENDIDIK ANAK-ANAK
Justeru itu, penceramah-penceramah agama, pendidik-pendidik
Islam, ibu bapa-ibu bapa muslimin haruslah mengkaji dan membuat penyelidikan mengenai
simbol-simbol Syaitan “signs of Satan” supaya anak-anak dan zuriat keturunan
tidak terpengaruh dengan lambang-lambang, logo-logo dan simbol-simbol Syaitan
“signs of Satan” dengan menyampaikan maklumat-maklumat tersebut kepada mereka agar
lambang-lambang, logo-logo dan simbol-simbol Syaitan “signs of Satan”, tidak digunakan
dan menjadi mangsa tersalah identiti “mistaken identity”.
Perkara ini disebutkan kerana kelihatan ramai murid-murid
sekolah, pelajar-pelajar, muda mudi, orang dewasa, pendidik, penceramah, artis,
ahli sukan dan lain-lain yang terdiri daripada orang-orang Islam khususnya di
Malaysia, gemar menunjukkan dua jari berbentuk “V”. Ia adalah salah satu daripada lambang
BAPHOMET.
Orang-orang Islam dilarang keras memakai sebarang lambang
berbentuk Salib “Cross” dan lain-lain lambang yang digunakan oleh orang-orang
Kristian dan Yahudi serta mengikut gaya hidup mereka dalam ucapan, perbuatan,
pakaian, perayaan-perayaan dan lain-lain perkara dan perbuatan yang tidak
disyari’atkan ALLAH TA’ALA.
WALLAHU A’LAMU BISSAWAB
Hari Juma’at
27 DzilHijjah 1434 Hijriyah
1 November 2013
No comments:
Post a Comment