JOHOR KEMBALI KEPADA
JUMA’AT
Negeri Johor Darul Takzim mengisytiharkan hari Juma’at dan hari
Sabtu menggantikan hari Sabtu dan hari Ahad sebagai hari cuti hujung minggu
agar rakyat Islam dapat mengerjakan solat Juma’at dengan selesa dan beribadat
kepada ALLAH TA’ALA dalam keadaan tenang,
bermula dari 1 Januari 2014.
Negeri Johor, telah menjadikan hari Juma’at sebagai hari
cuti mingguan sejak sebelum Tanah Melayu mendapat kemerdekaan sehingga tahun
1994 apabila pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad mengubahnya kepada hari Ahad.
WAKTU MASUK SEKOLAH
DAN PEJABAT
Di samping hari Juma’at dijadikan hari cuti mingguan,
orang-orang Islam di Malaysia khususnya harus juga memikirkan waktu jam yang
diubah pada 1 Januari 1982, dalam masa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana
Menteri Malaysia, telah dipercepatkan 30 minit lebih awal daripada waktu jam
yang pernah diguna semenjak sebelum dan selepas Merdeka itu, dapat diubah
kembali kepada waktu jam yang asal.
Perkara tersebut adalah perlu bagi umat Islam kerana waktu
jam itu telah diawalkan 30 minit, sedangkan waktu sekolah dan pentadbiran
Kerajaan tidak pula diubah supaya sesuai dengan perubahan itu.
Dengan perubahan waktu jam yang ada sekarang ini dan masa
masuk sekolah dan waktu pejabat Kerajaan, maka mahu tidak mahu terdapat
murid-murid, guru-guru dan pekerja-pekerja awam yang tinggal jauh dari sekolah
dan pejabat terpaksa bergegas mengejar
masa sehingga ada yang berkemungkinan tidak sempat menunaikan kewajiban Solat
Subuh terutamanya penduduk di Semenanjung Tanah Melayu.
WAKTU BEKERJA
BERPERINGKAT
(Waktu Peringkat
[WP])
Mulai pada 1 Mei 1998, sistem Waktu Bekerja Berperingkat
(WBB) dilaksanakan. Didapati sistem WBB,
walaupun memberi kelegaan masa pada pekerja-pekerja awam, terdapat juga
kesuntukan waktu pada masa yang sama, sepertimana dapat dilihat daripada waktu-waktu
pejabat dalam jadual-jadual berikut :
Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat Waktu Bekerja
WP1 Isnin
- Khamis 7.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg - 2.00 ptg 2.00 ptg - 4.30 ptg
Jumaat 7.30 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh - 2.45 ptg 2.45 ptg - 4.30 ptg
Jumaat 7.30 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh - 2.45 ptg 2.45 ptg - 4.30 ptg
WP2 Isnin – Khamis 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg - 2.00 ptg 2.00
ptg - 5.00 ptg
Jumaat 8.00 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh - 2.45 ptg 2.45 ptg - 5.00 ptg
Jumaat 8.00 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh - 2.45 ptg 2.45 ptg - 5.00 ptg
WP3 Isnin – Khamis 8.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg - 2.00 ptg 2.00 ptg - 5.30 ptg
Jumaat 8.30 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh - 2.45 ptg 2.45 ptg - 5.30 ptg
Jumaat 8.30 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh - 2.45 ptg 2.45 ptg - 5.30 ptg
WAKTU SEKOLAH
Sekarang waktu sekolah bagi sesi pagi ialah:
Isnin – Rabu 7.40
pagi - 1.00
petang
Khamis
7.40 pagi - 1.30 petang
Juma’at 7.40 pagi - 12.30
petang
Apabila diperhatikan jadual waktu bekerja dan jadual waktu
sekolah rendah sesi pagi, terdapat tidak ada keseragaman waktu-waktu tersebut.
Oleh kerana waktu-waktu tersebut tidak seragam, maka kecekapan
perkhidmatan dalam semua bidang profesion yang berkaitan dengannya menjadi
kurang cemerlang dan membuat kepayahan kepada mereka yang berkaitan dalam
perkhidmatan.
Berdasarkan jadual masuk bekerja dan jadual masuk sekolah
yang telah ditetapkan seperti di atas, maka persoalannya dapatkah rakyat
beragama Islam di Semenanjung Malaysia ini, menunaikan Solat Subuh dalam
keadaan yang khusyu’ dan selesa tanpa memikirkan atau merasa gusar mengejarkan
waktu untuk ke pejabat atau ke sekolah.
Sama-samalah kita renungkan.
Hari Juma’at
25 Muharram 1435 Hijriyah
29 November 2013