Allah Ta’ala berfirman dalam Surah A-li ‘Imraan, Ayat 19, maksudnya:
“Sesungguhnya Addin (Agama) di sisi Allah ialah ISLAM.” Ayat 19
Dari ‘Aidh bin ‘Amr radhiallahu ‘anh, Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda, mafhumnya:
“Islam itu tinggi dan tidak ada (agama) yang
lebih tinggi daripadanya.” Al-Baihaqi
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah A-li ‘Imraan, Ayat 83, maksudnya:
“Patutkah sesudah itu, mereka mencari lain dari
agama Allah? Padahal kepadaNya(Allah)lah
tunduk ta’at sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan
sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya(Allah)lah mereka dikembalikan.” Ayat 83
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 42, maksudnya:
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu
dengan yang salah “bathil”, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula, padahal
kamu semua mengetahuinya.” Ayat
42
Sekarang ini terdapat orang-orang Islam yang kononnya
disebut “Islamic Scholars” telah tertarik dengan gagasan agama yang dinamakan
“INTERFAITH” iaitu gabungan beberapa agama termasuk ISLAM.
Pada bulan Julai, tahun 2008, King Abdullah dari Kerajaan
Saudi Wahhabi, telah menganjurkan persidangan “Dialog Interfaith” di Saudi, dan
disebut bahawa dialog itu berjaya.
Orang-orang Islam yang membawa fahaman “Interfaith” itu
adalah mereka yang terdiri daripada
orientalis-orientalis Islam, ulamak-ulamak Wahhabi, Ahmadiyah, dan lain-lain
serta sesetengah daripada mereka yang memegang jawatan agama Islam dalam
sesebuah negara orang-orang Islam.
Kebelakangan ini terdapat saluran-saluran televisyen yang
mengadakan rancangan “Dialog Interfaith” di mana ahli-ahli agama Islam,
Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain akan berdialog kononnya bagi tujuan penyatuan
dan keharmonian nilai-nilai kepercayaan dalam agama masing-masing.
Adalah dilihat bahawa rancangan “interfaith” ini menjadi
satu lagi projek di antara projek-projek penipuan kafir, Yahudi dan Nasrani
untuk memesongkan ‘aqidah orang-orang lslam kepada kesesatan dan dengan itu
menjatuhkan martabat satu-satunya agama
di sisi Allah iaitu Agama Islam Agama Tauhid.
Justeru itu, dijadikan agama Islam sama taraf dengan agama-agama
orang-orang musyrik dan orang-orang yang dimurkai ke atasnya “Al-Maghdhubi ‘alaihim” iaitu Yahudi dan orang-orang
yang sesat “Adh-dhaaliin” iaitu Nasrani,
sepertimana firman Allah Ta’ala dalam Surah
Al-Faatihah, Ayat 7, maksudnya:
“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau (Allah)
telah kurniakan ni’mat kepada mereka (Nabi-nabi, Rasul-rasul dan orang-orang
yang beriman serta beramal salih), bukan (jalan) orang-orang yang Engkau
(Allah) telah murkai (Yahudi), dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat
(Nasrani).” Ayat 7
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 109, maksudnya:
“Banyak di antara Ahli Kitab (Yahudi dan
Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir
setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri,
sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam).” Ayat 109
Hari Jumaat
26 Sya’aban 1434 Hijriyah
5 Julai 2013
No comments:
Post a Comment