Bila disebut penyakit, tidak kira apa pun nama disebut orang, ianya tidak disukai dan pasti tidak mahu ia datang dan singgah.
Namun begitu, seseorang itu mahu atau tidak mahu terpaksa
menerimanya dan menanggung kedatangannya itu dalam berbagai bentuk sesuai
dengan gelarannya.
Di bawah ini adalah monolog seorang pesakit:
TAMU YANG SOMBONG
Engkau adalah tamu yang tidakku tunggu
Aku tidak pernah niat mengundangmu
Engkau datang tanpa nengetuk pintu
Engkau sombong sesombong kejadianmu
Engkau datang tidak diketahui arahnya
Dari timur, barat, selatan atau utara
Dari benua-benua yang dinamakan dunia
Dari langit, bumi atau angkasaraya
Kedatangan engkau suatu rahsia
Menembusi benteng-benteng keselamatan pencegahannya
Engkaulah makhluk yang sesombong sombongnya
Engkau menyusup segenap penjuru alam semesta
Engkau tidak hormat dan tidak kenal manusia
Tidak kira sesiapa sahaja, Raja, presiden, miskin atau kaya
Perdana menteri, menteri, tua dan muda
Mufti, kadi, cendiakawan dan ulama, kanak-kanak mahupun
dewasa
SIANG MALAM MELAYAN
TAMU
Kedatanganmu merisaukan daku
Merisaukan keluarga anak cucuku
Merisaukan orang-orang di sekelilingku
Juga orang-orang yang jauh kenalanku
Kedatanganmu memberatkan tanggunganku
Melayanmu sepenuh masa dan waktu
Pagi petang siang malam tiada menentu
Menjadikan jasadku lemah letih dan lesu
RESAH GELISAH
Semenjak engkau datang dari mula dulu
Perasaanku gelisah tidak menentu
Disaat engkau ada, kusut sudah fikiranku
Menanggung beban terasa panjang masa berlalu
Harta dan wang dibelanjakan sepanjang waktu
Bagi menjaga dan melayan kehadiranmu
Segala pakar dan doktor dijemput untuk mengenalimu
Dari mana dan jenis apa asal dan sifatmu
NAMA REKAAN
Semua namamu adalah “fictitious” rekaan belaka
Pengkaji sains meraba-meraba mencari nama sebenarnya
Kabur mata dalam makmal tidak juga jumpa
Engkau adalah tentera rahsia Allah Yang Maha Berkuasa
Engkau datang tanpa jadual “ISO”nya
Tanpa amaran tanpa ada
tanda-tandanya
Semua pakar guna jadual “ISO” membuat analisanya
Engkau tidak termasuk dalam “standard” ciptaan manusia
BENCI DAN HIKMAH
Ada hikmah disebalik kebencianku atas kehadiranmu
Dengan adanya engkau aku lebih mengingati Tuhanku
Di waktu berdiri, duduk, di semasa baringku
Sehingga habis tempoh kehadiranmu
Engkau datang dengan perintah Tuhanku
Engkau pergi juga dengan perintah Tuhanku
Maka tiada lagi hubungan di antara engkau dan aku
Menjadikan aku terus bersyukur kepada Allah Tuhanku
Hari Jumaat
30 Muharram 1434 Hijriyah
14 Disember 2012
No comments:
Post a Comment