(CUCURBITA PEPO)
Buah labu dikenali dan disukai ramai. Buah labu tidak boleh dimakan mentah seperti
ulam-ulaman, salad dan sebagainya.
Buah labu isinya lembut bila dimasak dan terdapat banyak
buku-buku resipi masakan labu di jual di kedai-kedai buku dan majalah.
Di antara masakan orang Melayu di Malaysia ini ialah labu
masak lemak cili api, masak lemak putih campur bayam dan dibuat kuih-muih
seperti pengat, serawa, lepat, juga dikukus makan dengan kelapa dan gula, dan
lain-lain cara masakan lagi.
Jarang orang Melayu menggunakan labu untuk dibuat kek atau
pudding atau sup atau “pie”.
Terbaca dalam sebuah kitab yang menyatakan di antara khasiat
dan manafaat makan labu ialah:
· 1. Menyejukkan bahang dalam perut
· 2. Menghilangkan dahaga
· 3. Menghilangkan panas badan
· 4. Bagus untuk hempedu
· 5. Mencergaskan minda (otak)
· 6. Baik untuk mata
· 7. Melembutkan urat perut
Tersebut bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam makan
labu, sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah Hadis yang dikeluarkan oleh
Abu ‘Isa At-Tirmidzi:
“Daripada Abi Tolut, katanya: “Aku telah
berjumpa Anas Bin Malik semasa ia sedang menikmati masakan labu, dan ia (Anas
bin Malik) berkata: “Amboi! Hai pohon,
betapa eloknya engkau, betapa sukanya aku kepada engkau kerana suka Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan dikau.”
Ghariib
Tersebut dalam Hadis yang lain, meriwayatkan bahawa Nabi
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam amat suka makan labu, sebagaimana tersebut
dalam Hadis yang dikeluarkan juga oleh
Abu ‘Isa At-Tirmidzi:
“Daripada Anas bin Malik r.a. katanya: “Telah
aku lihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mencari-cari labu dalam
pinggan, kerana gemarnya Baginda akan labu itu, hingga jika ada daging
bersama-samanya (labu) di hadapan Baginda, ditinggalkannya daging itu.”
Maka sentiasalah pula gemar aku (Anas bin
Malik) makannya semenjak aku lihat Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sukakan
dia.” Hasan dan Sahih
“Daripada Saiyidatina ‘Aisyah r.anha:
“Bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda Baginda kepadaku
(Saiyidatina ‘Aisyah r.anha): “Apabila engkau membuat masakan, maka
banyakkanlah olehmu di dalamnya labu merah itu kerana bahawasanya ia (labu
merah) itu menguatkan hati orang-orang yang berdukacita.”
Hari Jumaat
2 Muharram 1434 Hijriyah
16 November 2012
No comments:
Post a Comment