Bila generasi muda kafir dan generasi muda yang serupa
dengan mereka dari Eropah, Amerika Syarikat yang kehidupan mereka dalam
kesesatan, mencari-cari ketenangan jiwa dan mahukan kebahagiaan dan kepuasan hidup;
mereka membuat pelbagai perubahan gaya hidup mereka dengan berbagai-bagai cara
termasuk cara pakaian dan gaya potongan
rambut.
Mereka memakai pakaian-pakaian yang mendedahkan aurat yang
boleh dilihat tumbul-tumbul daging badan, seluar ketat, baju sendat dan seluar
yang elok sengaja dirobek agar ia menjadi koyak rabak dan bertampal di sana
sini.
Bagi generasi muda lelaki, selain dari berpakaian compang camping,
mereka bergaya dengan berbagai potongan rambut. Mereka membiarkan rambut mereka
panjang berserobeh hingga ke belakang, berbotak “skin head”, potongan rambut “punk”,
potongan rambut “Mohawk” dan
bermacam-macam lagi stail potongan rambut mereka.
Namun semua usaha mereka itu tidak kesampaian dan mustahil mereka
ketemu apa yang mereka cari-cari iaitu
ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup mereka.
Mereka terus sesat dan lalai dalam kehidupan seharian mereka.
Kini datang pula stail potongan rambut cacak-cacakan bagi
lelaki.
Potongan rambut cacak-cacakan itu sudah menjadi trend bagi
sesetengah kanak-kanak, remaja dan orang dewasa di Malaysia sekarang ini.
MENGHARGAI RAMBUT
Bagi orang-orang yang beriman, penjagaan kebersihan dan
penampilan diri amatlah penting.
Mengenai penjagaan rambut, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
melarang orang-orang Islam mukmin tidak menjaga dan merapikan rambut mereka dan
membiarkan rambut mereka kusut masai dan menjadikan rambut mereka cacak-cacakan.
Atha bin Yassar meriwayatkan sebuah Hadis seperti berikut:
“Pada suatu hari ada seorang datang mengadap
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam keadaan rambut dan janggutnya
sangat kusut dan tidak teratur.
Melihat itu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam memberi isyarat seolah-olah memerintahkan supaya orang itu merapikan
rambut. Orang itu segera berbuat seperti
yang diisyaratkan.
Setelah ia pergi meninggalkan tempat, Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi bersabda kepada para sahabat: “Tidakkah itu lebih baik, daripada kalau
seseorang di antara kamu datang dengan rambut
kusut seolah-olah seperti syaitan.”
Malik.
Dalam Hadis yang lain, Jabir bin Abdullah meriwayatkan
sebagai berikut:
“Pada suatu hari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam melihat seorang berambut cacak-cacakan, Baginda kemudian
bersabda: “Apakah orang itu tidak dapat
menemukan sesuatu untuk merapikan rambutnya?
Abu Daud.
Hari Jumaat
21 Ramadhan 1433 Hijriyah
10 Ogos 2012
No comments:
Post a Comment