ADAT
Bagi manusia yang mempunyai tamadun dan mempunyai akal serta
nilai-nilai yang lebih tinggi daripada binatang, manusia mengadakan upacara
perkahwinan mengikut agama dan adat-adat yang telah ditetapkan sebagai pegangan
mereka.
ORANG BERAGAMA HINDU
Orang-orang India Hindu mengadakan perkahwinan mereka dengan
mengadakan, di antaranya, upacara perarakan mempelai (pengantin) lelaki dan
perempuan serta mengadakan pelamin yang indah-indah di mana mempelai lelaki dan
perempuan duduk bersanding di atas pelamin tersebut untuk ditontoni para
jemputan.
ORANG BERAGAMA KRISTIAN
Orang-orang yang beragama Kristian biasanya mengadakan
perkahwinan mereka di gereja-gereja.
Pengantin lelaki diapit oleh saudara lelaki atau teman karib dipanggil
“best man” manakala pengantin perempuan diapit oleh saudara perempuan atau
teman karib dipanggil “maid of honor”. Juga terdapat di majlis perkahwinan
tersebut beberapa orang lelaki dan perempuan yang digelar “groomsmen” dan
bridesmaids”.
Ketika pengantin perempuan hendak memasuki gereja untuk
upacara perkahwinan, dia diapit oleh beberapa kanak-kanak lelaki dan perempuan
yang dipanggil “pages” (boys) dan “flower girls” yang terdiri daripada
anak-anak saudara-mara atau anak-anak dari keluarga yang terdekat dengan pengantin
perempuan dan lelaki.
Majlis perkahwinan orang Kristian tidak ada pelamin,
bersanding dan merenjis air mawar.
WALIMATUL URUS MELAYU
ISLAM
Kebanyakan orang-orang Melayu, oleh kerana amat tertarik
dengan upacara-upacara perkahwinan orang-orang kafir sehingga mereka mengadakan
majlis kenduri walimatul urus melebih-melebihi acaranya yang mana tidak mengikut
sunnah dan syari’at.
Kerana itu, kebanyakan orang-orang Melayu mengadakan majlis walimatul
urus anak-anak mereka seperti berikut:
1 1.
MENGIKUT ISLAM - Upacara akad nikah
2 2.
MENGIKUT UPACARA PERKAHWINAN INDIA HINDU - Persandingan
dengan mendudukkan mempelai lelaki dan perempuan untuk direnjis air mawar dan
menyuap makanan di antara mempelai lelaki dan perempuan sambil ditontoni oleh para
jemputan
3 3.
MENGIKUT UPACARA PERKAHWINAN KRISTIAN - Mengadakan
“flower girls” dan/atau “pages (boys)”
CAKAP LAIN BUAT LAIN
Walaupun orang-orang Melayu Islam yang biasanya nampak kononnya
menjaga syari’at Islam dan sering bercakap-cakap tentang perkara-perkara bid’ah
dan khurafat dan tahu bahawa adat-adat perkahwinan yang menyerupai adat-adat
perkahwinan kafir, India Hindu dan Kristian itu tidak secocok dengan syari’at
Islam, mereka lalai dan terus melakukannya.
Mengenai dengan adat-adat dan upacara-upacara perkahwinan, bertambah
celaru lagi apabila sesetengah Mufti-mufti, Kadi-kadi dan penjawat-penjawat
Agama Islam bukan sahaja berdiam diri bahkan mereka ikut hadir dalam majlis-majlis
perkahwinan walimatul urus tersebut. Mereka
juga membaca doa dalam majlis tersebut bila mereka diminta berbuat demikian.
Adat-adat walimatul urus yang mengandungi unsur-unsur
adat-adat perkahwinan bercampur aduk dengan cara perkahwinan kafir, hidup subur
beratusan tahun diamalkan oleh ramai masyarakat Melayu sehingga ke hari ini.
Oleh kerana mereka tidak dapat meninggalkan adat-adat yang
diambil daripada orang-orang kafir itu, maka amalan mereka itu bersesuaian dengan peribahasa
Melayu: “Biar mati anak jangan mati adat”, walaupun peribahasa tersebut digunakan bagi
sesuatu adat tertentu.
Hari Jumaat
13 Syawal 1433 Hijriyah
31 Ogos 2012