Sekali sekala, bila aku menonton television ternampak
seorang pembaca berita yang tidak pernah buang serban bila membaca berita. Ia adalah Harjit Singh Hullon yang kemas dan
rapi memakai serban besar menutup kedua-dua telinganya.
Cara memakai serban seperti itu adalah mengikut pakaian
serban agama yang dibawa oleh GURU NANAK (15 April 1469 – 22 September 1539).
Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh juga memakai serban
yang sama bentuknya dengan Harjit Singh Hullon dan orang-orang yang patuh
kepada agama Guru Nanak tersebut.
Dalam siaran saluran television yang lain pula, aku melihat
ada penceramah Agama yang memakai serban besar yang menutup kedua-dua belah
telinganya dan ekor serbannya panjang, ada
kala ditarik ke hadapan di atas bahu sebelah kanannya.
Bentuk ikatannya pula sama seperti Dr. Manmohan Singh atau
Harjit Singh Hullon iaitu ikatan serban di atas dahinya berbentuk sudut seperti
huruf “A”.
Aku perhatikan orang itu menulis huruf-huruf Al-Quran Al-Kariim
di mana tulisannya yang amat buruk tidak setaraf dengan kemuliaan Al-Quran
Al-Kariim.
Jika dibandingkan tulisannya itu, kanak-kanak sekolah rendah
Arab kelas “Ibtida-iyah” lebih baik khatnya daripada orang itu. Bahkan kanak-kanak dari sekolah rendah Arab
kelas “Ibtida-iyah” juga jika diberi peluang memberi ceramah di television, mereka
juga mampu berbuat demikian kerana mereka hanya perlu ikut skrip sahaja. Gambar-gambarnya pula dirakam dan diedit
terlebih dahulu sebelum disiarkan di television.
Namun begitu, ada sesetengah orang tidak memandang atau
tidak sedar akan hal tersebut di atas kerana mereka memandang ceramahnya,
kononnya menarik. Sesiapa
yang ingin memberi ceramah Agama Islam haruslah ia belajar ilmu Agama dengan
cara yang betul dan mengamalnya sebelum ia memberi ceramah kepada orang ramai.
Begitu juga dengan akhlak serta cara penampilan/pakaiannya, haruslah betul di
sisi Agama Islam.
Pada hematku, bagi penceramah-penceramah Agama yang
tidak tahu menulis dengan cara khat yang
betul, huruf-huruf Al-Quran dan tidak pandai mengikat serban dengan betul
mengikut Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam; mereka boleh memilih
dengan menulis dalam huruf Rumi, huruf Tamil atau huruf-huruf lain, dan dengan
itu adalah lebih baik daripada menulis huruf-huruf Al-Quran yang buruk juga
tidak perlu memakai serban secara olok-olok.
Bagi orang-orang yang hendak pakai serban mengikut Sunnah
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, maka ia hendaklah belajar daripada
orang-orang yang beramal memakai serban dengan cara yang betul; jangan memakai
serban mengikut sesuka hati tanpa ilmu.
Hari Jumaat
13 April 2012
No comments:
Post a Comment