BISMILLAH AR-RAHMAAN AR-RAHIIM
Cucunda yang dikasihi Allah Subhanahu Wa Ta'ala!
Baca Bismillah pembukaan kata
Semua kerja menjadi manis belaka
Bismillah yang utama
Mengatasi kata-kata yang ada
Sebelum makan Bismillah dibaca
Sebelum minum pun sama
Sebelum tidur jangan lupa
Bangkit tidur terus baca
Cucunda yang dijagai Allah Subhanahu Wa Ta'ala!
Sabda Nabi SAW kanan dikanankan
Yang kiri dikirikan
Tidak melanggar tata susunan
Tidak terbalik kiri menjadi kanan
Amal yang baik mula dari kanan
Kerja dari kiri bila terpaksa
Ambil makanan dengan tangan kanan
Tangan kiri guna beristinja
Masuk masjid langkah kaki kanan dulu
Keluar masjid langkah kaki kiri
Masuk masjid salam tak perlu
Solat tahyatulmasjid sebagai ganti
Cucunda yang diredhai Allah Subhanahu Wa Ta'ala!
Mulakan amal dengan teratur
Sempurnakan susunan tidak kabur
Mengikut perintah Allah Maha Perkasa
Supaya hidup kita jaya berjasa
Perintah Allah yang mana utama diutamakan
Yang kurang utama direndahkan
Mengikut tatatertib turutan
Patuh perintah Allah apa yang ditetapkan
Cucunda yang dimuliakan Allah Subhanahu Wa Ta'ala!
Dalam dunia ibu bapa terutama
Melaluinya Allah ciptakan kita
Dari kita tiada menjadi ada
Melihat dunia dan alam semesta
Sembah Allah tempat yang pertama
Taatkan ibu bapa tempat yang kedua
Menjunjung perintah Allah Yang Maha Esa
Sebagai membalas jasa mereka
Perintah Allah taatkan ibu bapa
Darjatnya tak sama rata
Ibu didahulukan kemudian bapa
Kerana tanggungan ibu lebih derita
Didalam Hadith, Nabi SAW bersabda
Disebut "ibumu" tiga kali kerana lebih utama
Allah kurniakan martabatnya tiga kali ganda
Kepada "bapamu" disebut sekali sahaja
Cucunda yang dikasihi Allah Subhanahu Wa Ta'ala!
Baca Bismillah pembukaan kata
Semua kerja menjadi manis belaka
Bismillah yang utama
Mengatasi kata-kata yang ada
Sebelum makan Bismillah dibaca
Sebelum minum pun sama
Sebelum tidur jangan lupa
Bangkit tidur terus baca
Cucunda yang dijagai Allah Subhanahu Wa Ta'ala!
Sabda Nabi SAW kanan dikanankan
Yang kiri dikirikan
Tidak melanggar tata susunan
Tidak terbalik kiri menjadi kanan
Amal yang baik mula dari kanan
Kerja dari kiri bila terpaksa
Ambil makanan dengan tangan kanan
Tangan kiri guna beristinja
Masuk masjid langkah kaki kanan dulu
Keluar masjid langkah kaki kiri
Masuk masjid salam tak perlu
Solat tahyatulmasjid sebagai ganti
Cucunda yang diredhai Allah Subhanahu Wa Ta'ala!
Mulakan amal dengan teratur
Sempurnakan susunan tidak kabur
Mengikut perintah Allah Maha Perkasa
Supaya hidup kita jaya berjasa
Perintah Allah yang mana utama diutamakan
Yang kurang utama direndahkan
Mengikut tatatertib turutan
Patuh perintah Allah apa yang ditetapkan
Cucunda yang dimuliakan Allah Subhanahu Wa Ta'ala!
Dalam dunia ibu bapa terutama
Melaluinya Allah ciptakan kita
Dari kita tiada menjadi ada
Melihat dunia dan alam semesta
Sembah Allah tempat yang pertama
Taatkan ibu bapa tempat yang kedua
Menjunjung perintah Allah Yang Maha Esa
Sebagai membalas jasa mereka
Perintah Allah taatkan ibu bapa
Darjatnya tak sama rata
Ibu didahulukan kemudian bapa
Kerana tanggungan ibu lebih derita
Didalam Hadith, Nabi SAW bersabda
Disebut "ibumu" tiga kali kerana lebih utama
Allah kurniakan martabatnya tiga kali ganda
Kepada "bapamu" disebut sekali sahaja
No comments:
Post a Comment