Bila generasi muda kafir dan generasi muda yang
serupa dengan mereka dari Eropah, Amerika Syarikat yang kehidupan mereka dalam
kesesatan, mencari-cari ketenangan jiwa dan mahukan kebahagiaan dan kepuasan
hidup; mereka membuat pelbagai perubahan gaya hidup mereka dengan
berbagai-bagai cara termasuk cara pakaian dan gaya potongan rambut.
Mereka memakai pakaian-pakaian yang mendedahkan
aurat yang boleh dilihat tumbul-tumbul daging badan, seluar ketat, baju sendat
dan seluar yang elok sengaja dirobek agar ia menjadi koyak rabak dan bertampal
di sana sini.
Bagi generasi muda lelaki, selain dari
berpakaian compang-camping, mereka bergaya dengan berbagai potongan rambut.
Mereka membiarkan rambut mereka panjang berserobeh hingga ke belakang, berbotak
“skin head”, potongan rambut “punk”, potongan rambut “Mohawk” dan
bermacam-macam lagi stail potongan rambut mereka.
Namun semua usaha mereka itu tidak kesampaian
dan mustahil mereka ketemu apa yang mereka cari-cari iaitu ketenangan jiwa dan
kebahagiaan hidup mereka. Mereka terus sesat dan lalai dalam kehidupan seharian
mereka.
Kini datang pula stail potongan rambut
cacak-cacakan bagi lelaki.
Potongan rambut cacak-cacakan itu sudah menjadi
trend bagi sesetengah kanak-kanak, remaja dan orang dewasa di Malaysia sekarang
ini.
MENGHARGAI RAMBUT
Bagi orang-orang yang beriman, penjagaan
kebersihan dan penampilan diri amatlah penting. Mengenai penjagaan rambut,
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melarang orang-orang Islam mukmin tidak
menjaga dan merapikan rambut mereka dan membiarkan rambut mereka kusut masai
dan menjadikan rambut mereka cacak-cacakan.
Atha bin Yassar radhiallahu ‘anh meriwayatkan
sebuah Hadis seperti berikut:
“Pada suatu hari ada seorang datang mengadap Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam dalam keadaan rambut dan janggutnya sangat kusut dan tidak
teratur.
Melihat itu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memberi isyarat
seolah-olah memerintahkan supaya orang itu merapikan rambut. Orang itu segera
berbuat seperti yang diisyaratkan.
Setelah ia pergi meninggalkan tempat, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda kepada para sahabat: “Tidakkah itu lebih baik, daripada kalau
seseorang di antara kamu datang dengan rambut kusut seolah-olah seperti
syaitan.” (Malik)
Dalam Hadis yang lain, Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anh meriwayatkan
sebagai berikut:
“Pada suatu hari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat
seorang berambut cacak-cacakan, Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kemudian
bersabda: “Apakah orang itu tidak dapat menemukan sesuatu untuk merapikan
rambutnya?” (Abu
Daud)
Hari Juma’at
5 Dzulhijjah 1439 Hijriyah
17 Ogos 2018
No comments:
Post a Comment