Daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma
meriwayatkan bahawa pada suatu malam semasa di Mekah Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah berdiri lalu bersabda sebanyak tiga kali, mafhumnya:
“Ya ALLAH!
Adakah aku telah sampaikan?”
Lalu Sayyidina ‘Umar radhiallahu
‘anh yang merupakan seorang yang banyak mengadu kepada ALLAH TA’ALA pun bangun dan
berkata:
“Ya. (Saya menjadikan ALLAH TA’ALA sebagai saksi
bahawa tuan telah menyampaikannya). Tuan
(Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam) telah mendorong orang ramai ke arah
Islam, tuan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk itu dan telah memberi nasihat untuk umat.”
Kemudian Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Sesungguhnya keimanan pasti akan terus mengatasi
keadaan sehingga ia akan mengembalikan kekufuran ke tempat asalnya. Kamu pasti akan meredah lautan untuk
mengembangkan Islam.
Dan pasti akan datang kepada manusia satu zaman
yang mereka akan mempelajari Al-Quran dan mereka akan membacanya dan mereka
akan berkata: “Kami telah membacanya dan telah memahaminya maka siapakah yang
lebih baik daripada kami?”
Lalu Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda kepada
para sahabatnya:
“Apakah mungkin ada apa-apa kebaikan pada
mereka itu? (Yakni pada mereka tidak ada sebarang kebaikan pun, sedangkan
mereka berkata siapakah yang lebih baik daripada kami.)”
Para sahabat radhiallahu ‘anhum bertanya:
“Siapakah mereka itu, Ya
Rasulullah?”
Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Mereka adalah daripada kalangan kamu sendiri
yakni mereka ialah daripada kalangan umat ini dan merekalah yang akan menjadi
kayu api neraka.” (Tabarani:
Majma’ uz-Zawa’id)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhuma berkata
bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, mafhumnya:
“Berapa ramai orang yang berilmu tetapi tidak
mempunyai kefahaman agama (kefahaman yang sepatutnya ada bersama ilmu tetapi
tidak dimilikinya).
Sesiapa yang tidak mendapat manfaat daripada
ilmunya maka kejahilannya akan memudaratkannya.
(Sebenarnya) kamu akan sentiasa dianggap
sebagai pembaca Al-Quran selagi Al-Quran mencegah kamu (daripada dosa dan
perbuatan keji) dan apabila Al-Quran tidak lagi mencegah kamu maka pada hakikatnya
kamu tidak dianggap sebagai orang yang membacanya.” (Tabarani: Majma’ uz-Zawa’id)
Hari Juma’at
22 Syawal 1436 Hijriyah
7 Ogos 2015
No comments:
Post a Comment