Bahagian Dua
Aku berkata kepada mereka berdua: “Sejak semalam aku melihat
perkara-perkara yang pelik. Apakah
perkara-perkara yang aku lihat itu?”
Mereka berkata: “Sekarang sesungguhnya kami akan memberitahu
kamu. Adapun lelaki pertama yang
dipecahkan kepalanya, dia ialah seorang lelaki yang mempelajari Al-Quran dan
dia meninggalkannya (dia tidak membacanya dan beramal dengannya) dan dia tidur
tanpa menunaikan solat fardhu.
Adapun orang yang dirobekkan pipi, hidung dan matanya, dia ialah seorang lelaki yang keluar sejak
awal pagi lagi dari rumahnya bercakap bohong (dan) pembohongannya tersebar ke
seluruh pelusuk dunia.
Adapun lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang berbogel yang
berada di dalam dapur tempayan pembakar roti ialah penzina-penzina lelaki dan
wanita.
Adapun lelaki yang sedang berenang di dalam sungai dan
dihumban dengan batu ke dalam mulutnya ialah orang yang makan riba.
Adapun lelaki yang hodoh rupa parasnya yang menyalakan api
dan berjalan mengelilinginya ialah Malik ‘alaihissalam penjaga neraka jahanam.
Adapun lelaki yang tinggi yang berada di taman itu ialah
Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dan kanak-kanak di sekelilingnya itu ialah setiap
kanak-kanak yang mati atas fitrah (Islam).”
Sebahagian orang Islam bertanya: “Wahai Rasulullah,
bagaimana dengan anak-anak orang musyrikin?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Anak-anak
orang musyrikin juga (di sana).”
Adapun orang yang sebahagian badan mereka cantik dan
sebahagian lagi hodoh ialah kaum yang mencampurkan amalan yang baik dan amalan
yang buruk, ALLAH
SUBHANAHU WATA’ALA mengampunkan dosa
mereka. (Bukhari).
Hari Juma’at
9 Ramadhan 1436 Hijriyah
26 Jun 2015
No comments:
Post a Comment