BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM
Dengan nama ALLAH yang Pemurah lagi Penyayang,
segala puji-pujian bagi ALLAH Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke
atas semulia-mulia Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad Sallallahu
‘Alaihi Wasallam dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian.
Firman ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA dalam
Surah Al-Baqarah, Ayat 32, maksudnya:
“(Malaikat itu menjawab): “Maha Suci Engkau (Ya
ALLAH)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau (ALLAH)
ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau (ALLAH) jualah Yang Maha Mengetahui,
lagi Maha Bijaksana”. Al-Baqarah
(V2: 32).
ALAM SEMESTA
DICIPTAKAN DALAM ENAM MASA
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah Al-A’raaf, Ayat 54, maksudnya:
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah ALLAH yang
menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Ia (ALLAH) bersemayam di atas
‘Arasy (yakni menurut cara yang layak bagiNya, kerana ALLAH ‘AZZA WA JALLA Maha Suci dari segala-gala cara
yang difikir dan difahamkan); Ia (ALLAH) melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih
berganti terus menerus), dan (Ia [ALLAH] pula yang menciptakan) matahari dan
bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya (ALLAH). Ingatlah, kepada ALLAH jualah tertentu urusan
menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci ALLAH yang mencipta dan
mentadbirkan sekalian alam.” Al-A’raaf
(V7: 54)
ALLAH TA’ALA memberitahukan
bahawa Dia (ALLAH) menciptakan alam: langit dan bumi berikut segala isinya dalam enam
hari, sebagaimana Dia (ALLAH) menyampaikan hal
itu di sejumlah ayat-ayat Al-Quran Al-Kariim.
Enam hari tersebut ialah Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Juma’at. Dalam enam masa itulah diciptakan seluruhnya,
termasuk penciptaan Adam ‘Alaihissalam.
Adapun pada hari Sabtu tidak ada penciptaan, kerana ia hari
ketujuh. Dan kerana itulah, maka hari itu di sebut Sabtu (Sabt) yang bererti al-Qath’ (terputus).
FAHAMAN SESAT
YAHUDI
Demikianlah di zaman Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
sendiri, orang-orang Yahudi menyampaikan faham dalam kalangan Arab Jahiliyah
bahawasanya hari Sabtu hendaklah dijadikan hari SABAT “beristirahat” sebab di
hari itu tuhan istirahat.
Sehingga ke hari ini, hari Sabtu dijadikan hari Sabat “hari
istirahat” bagi Yahudi.
Al-Quran Al-Kariim menolak fahaman yang sesat itu yakni ALLAH TA’ALA serupa dengan makhluk yang berkeadaan
penat dan lelah dan perlu beristirahat.
Firman ALLAH TA’ALA dalam Surah Ar-Rahmaan, Ayat 29 dan Ayat 30,
maksudnya:
“Sekalian makhluk yang ada di langit dan di
bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya (ALLAH). Tiap-tiap masa Ia (ALLAH) di dalam urusan
(mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya).” Ar-Rahmaan (V55:
29)
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat
Tuhan kamu (ALLAH), yang kamu (jinn dan manusia) hendak dustakan?” Ar-Rahmaan (V55:
30)
HARI YANG DISEBUTKAN
DI DALAM FIRMAN ALLAH
TA’ALA JUGA BERMAKNA ZAMAN DAN MASA
Di dalam Al-Quran Al-Kariim, ALLAH
TA’ALA berfirman dalam Surah
Al-Hajj, Ayat 47, maksudnya:
“Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan
kedatangan azab, padahal ALLAH tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di
sisi Tuhanmu (ALLAH) adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.” Al-Hajj (V22:
47)
ALLAH TA’ALA berfirman dalam Surah As-Sajdah, Ayat 5, maksudnya:
“ALLAH mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi
melaksanakan tadbirNya itu Ia [ALLAH] menurunkan segala sebab dan peraturan)
dari langit ke bumi; kemudian diangkat
naik kepada pengetahuanNya (ALLAH) (segala yang berlaku dari pelaksanaan
tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah)
banyak bilangan tahunnya seribu tahun menurut hitungan masa kamu yang biasa (yakni
satu hari satu malam bersamaan 24 jam).” As-Sajdah (V32:
5)
Dalam Surah Al-Ma’aarij,
Ayat 4, ALLAH TA’ALA berfirman, maksudnya:
“Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril
ke pusat pemerintahanNya (ALLAH) (untuk menerima dan menyempurnakan tugas
masing-masing, khasnya) pada satu masa yang adalah tempohnya lima puluh ribu
tahun (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang.” Al-Ma’aarij (V70: 4)
KIRAAN HARI
MENGIKUT EDARAN BUMI
Diperhatikan bahawa hari-hari yang disebut dalam Ayat-ayat
Al-Quran Al-Kariim itu adalah hari-hari yang dikira dari edaran bumi dan matahari
iaitu 24 jam sehari semalam.
Maka hitungan hari yang disebut dalam firman-firman ALLAH TA’ALA itu adalah hitungan hari mengikut edaran
bumi kita ini.
WALLAHU A’LAMU
BISSAWAB
Hari Juma’at
20 JamadilAkhir 1436 Hijriyah
10 April 2015
No comments:
Post a Comment