LAPORAN MEDIA MENGENAI
IS
Kebelakangan ini terdapat berita-berita yang disiarkan oleh
media massa mengenai penahanan individu-individu yang disyakki terlibat dengan
pergerakan militan IS (Islamic
State) di Malaysia.
Pada 7hb. April 2015, dilaporkan bahawa seramai 17 pengganas
yang disyakki ada kaitan dengan IS (Islamic
State) ditahan oleh Polis DiRaja Malaysia.
Dan pada 17hb. April 2015, pihak
Kementerian Pertahanan Malaysia melaporkan bahawa seramai 70 orang askar
disyakki terlibat dengan IS.
IS
DIBENTUK DI TIMUR TENGAH
Militan IS dikatakan
dibentuk oleh Wahabi A’rab Saudi, Yahudi, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya
untuk memecah belahkan umat Islam di Timur Tengah dan Asia Barat kerana hendak menjaga
kepentingan negara-negara Wahabi A’rab Saudi, Yahudi, Amerika Syarikat serta
sekutu-sekutunya.
Dari segi geografi Timur Tengah terletak jauh dari Malaysia,
dan bahasa pertuturan juga berlainan; orang-orang di Timur Tengah mengguna
bahasa Arab dan orang-orang di Malaysia menggunakan Bahasa Kebangsaan (Bahasa
Melayu).
Walaupun jarak negara-negara di Timur Tengah itu jauh dan
bahasa pertuturan berlainan dengan Malaysia, pergerakan militan IS telah dapat menyusup dan menjalar
masuk ke Malaysia melalui agen-agen rakyat tempatan.
Individu-individu yang disyakki mengikut pergerakan militan IS itu mungkin telah lama dididik dan
dirangsang oleh agen-agen Wahabi yang berada di Malaysia.
Agen-agen Wahabi biasanya bertopengkan agama Islam
menggunakan kelulusan-kelulusan dari institusi-institusi pengajian tinggi dari
Timur Tengah sebagai tarikan untuk meyakinkan sesetengah orang Islam menyertai
pergerakan militan IS.
Ada kemungkinan bahawa di antara agen-agen itu berselindung
di sebalik pekerjaan mereka dalam negara.
MALAYSIA TANPA IS
Justeru itu, apabila individu-individu yang disyakki
terlibat dengan pergerakan militan IS
telah ditahan, maka sewajarnyalah bagi pihak-pihak berkuasa Malaysia mengesan
individu-individu yang menjadi kepala-kepala atau ketua-ketua yang bergerak
secara “under-cover” yang menaja,
membiayai, membekal persenjataan, melatih dan merangsang orang-orang baru dalam
pergerakan militan IS
tersebut.
Adalah menjadi harapan bahawa apabila kepala-kepala atau ketua-ketua
dan orang-orang yang menjadi agen pergerakan militan IS
itu ditangkap atau diusir, maka tiada lagi anasir-anasir jahat yang
membentuk pergerakan militan IS
di Malaysia.
Hari Juma’at
27 JamadilAkhir 1436 Hijriyah
17 April 2015